PERSEKUTUAN MELAYU REPUBLIK ARAB MESIR (PMRAM) DIPAKSA BERDAFTAR DENGAN KEDUTAAN SATU RAMADHAM MERUPAKAN NOTIS TERAKHIR.

 

KAHERAH 3  OKT.  SATU RAMADHAN; NOTIS AKHIR, PMRAM DIPAKSA BERDAFTAR DENGAN KEDUTAAN ATAU MENGHADAPI TINDAKAN SELANJUTNYA

 

“Patutlah PMRAM buat alasan seribu alasan,tak mahu daftar dengan ketutaan, yang jelas dah terang dan nyata, merupakan penentang kerajaan, hentikan sendiwara bodoh tu”

2 oktober 2005

 

“sapa yang anjurkan kursus student baru kat ismailiyah tu akan terima padah”

2 oktober 2005

 

“Dua tahun saya cuba pujuk PMRAM, sia2 saja,hari ini JPM buat program di ARMA,dia buat di Ismailiyah, jauhnya tempat, tak maklum pun, inilah degil & sombongnya PMRAM”

2 oktober 2005

 

“Wahai pemimpin PMRAM, cukuplah bersendiwara, esok jam 11 pagi bukan lagi masa jual temberang, kalau anda jujur dan ikhlas,sayang agama bangsa dan negara,esok daftar,pesana last dari saya”

3 oktober 2005

 

 

Inilah pesanan berbentuk sms kepada pimpinan PMRAM khusus dari Encik  Mohamed Arifin,Ia merupakan Atase  Kebajikan  Penutut Malaysia Kaherah (JPMK)

 

Sejarah telah mencatatkan bahawa, kehadiran PMRAM ke bumi bertuah ini amat dipentingkan oleh pelajar Malaysia di bumi anbiya, hadirnya kedutaan Malayisia adalah dengan permintaan PMRAN selepas kemerdekaan Malaysia 1957.

 

PMRAM adalah organisasi yang ditubuhkan semenjak 1930 lagi. Namun, organisasi ini bermula dengan nama Persekutuan Putera-putera Semenanjung (PPS) seterusnya bertukar namanya kepada Persekutuan Melayu Mesir (PMM) pada 1952 seterusnya bertukar kepada nama Persekutuan Melayu Republik Arab Bersatu (PMRAB) dan akhirnya Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) pada 1971.


Desas-desus dari Mesir ada mengatakan bahawa PMRAM telah dituduh terlibat dengan parti pembangkang dan pihak PMRAM telah menafikan sekeras-kerasnya di hadapan Dato’ Hamid Othman, Dato’ Zainal Abidin Abdul Kadir serta Dato’ Shafie Mohd Salleh pada 3 September 2004 yang lalu.


Menurut sumber yang boleh dipercayai mendakwa, kalau ingin benar mengaitkan PMRAM dengan pembangkang hanya kerana individu-individu tertentu yang pernah bergiat aktif dengan PMRAM kemudian terjun ke politik pembangkang, maka sejarah PMRAM menegaskan bahawa salah seorang Presiden PMRAM, Datuk Wan Mokhtar Ahmad yang menjadi presiden dari tahun 1959 hingga 1961 (ketika itu jawatan presiden masih lagi menggunakan istilah Yang DiPertua Persekutuan Melayu Mesir) telah terlibat aktif dengan UMNO malahan menjadi Menteri Besar Terengganu dalam tempoh yang panjang. Malah, Dato Hamid Othman yang sangat setia dengan perjuangan UMNO hari ini adalah antara Badan Pengurus PMRAM satu ketika dulu.


Kalaulah PMRAM benar-benar terlibat dengan sebarang pergerakan politik, pasti PMRAM sudah lama ditarik pendaftarannya oleh Kementerian Kemasyarakatan Mesir kerana melanggari undang-undang tubuh PMRAM yang menyatakan bahawa PMRAM tidak boleh sama sekali terlibat dengan mana-mana pergerakan politik baik politik dalam Mesir atau luar Mesir. Umum telah mengetahui bahawa kerajaan Mesir begitu keras dengan pergerakan Ikhwan Muslimin. Mereka pun boleh benarkan PMRAM bernaung di bawah salah satu kementerian Mesir. Ini tidak akan berlaku seandainya PMRAM adalah salah satu sayap pembangkang!


Persatuan-persatuan kampus di Malaysia turut melahirkan tokoh-tokoh politik kerajaan mahupun pembangkang. Hal ini tidak mampu dinafikan lagi.PMRAM juga sama seperti persatuan-persatuan tersebut.


Krisis PMRAM dengan Kedutaan Malaysia di Mesir bermula apabila PMRAM menentang penubuhan Kelab UMNO di Mesir pada tahun 1982. PMRAM begitu menentang penubuhan Kelab UMNO tersebut kerana ia merupakan pertubuhan yang melibatkan politik. Apa tidaknya, sesiapa yang ingin menyertai Kelab Umno maka seseorang itu terpaksa mengisi borang keahlian UMNO terlebih dahulu !


Malah PMRAM dikatakan seolah-olah organisasi ala-PAS apabila kebanyakan ahlinya memakai jubah dan berniqab(berpurdah). Malah, wujud tohmahan songsang yang mendakwa PMRAM memaksa pemakaian sedemikian dan menolak pemakaian baju kurung.


Faktor-faktor sedemikianlah maka PMRAM dilabelkan sebagai organisasi yang cenderung ke arah parti pembangkang (PAS).


Baiklah, kini lihat pula apakah organisasi-organisasi yang telah diiktirafkan oleh Kedutaan Malaysia di Mesir. Organisasi itu adalah Nadi UMNO Republik Arab Mesir (NUMRAM), Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM) Mesir, Persatuan Pelajar Malaysia Mesir (PPMM) dan ALAMI.


Nampaknya organisasi yang pro-UMNO sahaja yang diiktiraf oleh Kedutaan Malaysia di Mesir dan tidak yang lainnya.


Kini jelaslah sudah, kerangka untuk mengUMNOkan semua pelajar yang terdapat di Malaysia serta pelajar-pelajar Malaysia di luar Negara secara paksa sedang hebat berlangsung. Seandainya pelajar tidak menurutinya maka padahlah jawabnya.


Sampai bilakah mahasiswa Malaysia di serata pusat pengajian di seluruh dunia akan terus di’paksa’ dengan sedemikian rupa?.

 

 

komando67.....


Yahoo! for Good
Click here to donate to the Hurricane Katrina relief effort.

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke