-----Original Message-----
From: Mohd Yazid Mohamed - Automobile Financing 
Subject: FW: Dekatnya Tamar Dengan Kita



Dekatnya Tamar Dengan Kita

Ketibaan bulan Ramadan tidak meriah tanpa dapat menikmati buah tamar
sebagai juadah berbuka puasa. Seperti menjadi satu kewajipan bagi
setiap rumah untuk membelinya tidak kira dari jenis, gred yang paling
rendah
atau yang paling mahal seperti tamar ajwah 'pure' Madinah yang berharga
RM120.00 sekilo pada hari biasa manakala pada bulan ramadan harganya
menjadi lebih mahal. Tamar juga menurut kajian sains merupakan buah
yang khasiat dan kandungan gulanya cepat meresap ke dalam tubuh. Kita
selalu
mendengar kisah2 Rasulullah s.a.w. dengan pohon tamar. Nyata pohon
tamar punya sejarah yang cukup unik dan masih ramai tidak mengetahuinya.

Syukur dengan berkat mengunjungi Makkah dan Madinah untuk mengerjakan
umrah semasa pengambaran Drama Cinta Madinah yang bakal disiarkan
ceritanya pada saluran RTM bulan ini, saya dan semua krew dan artis
memperolehi satu lagi cerita istimewa asal-usul kejadian pokok tamar
dari Tuan Haji Isa Darus atau Pak Long (Kisah Pak Long Isa pernah
tersiar dalam Anis julai lalu).

Menurut cerita Pak Long , asal-usul kejadian pokok tamar adalah dari
lebihan tanah yang Allah s.w.t. ciptakan Nabi Adam a.s.
Pokok tamar betina tumbuh pada zaman Siti Maryam. Selepas Maryam
melahirkan anaknya Nabi Isa a.s., Siti Maryam telah diminta oleh Allah
s.w.t untuk menggoncangkan pohon tamar yang terdapat di tempat dia
melahirkan anaknya lalu gugurlah buah tamar masak dan di makan oleh
Siti Maryam.

Itulah sejarah yang pertama tamar menjadi ubat berkhasiat kepada
manusia. Siti Maryam dapat mengalas perut untuk mengumpul tenaga selepas
selamat
bersalin hanya dengan makan tamar, tanpa tumbuhan herba yang lain.
Ditakdirkan Allah s.w.t. dengan kelahiran Nabi Isa a.s. itu juga, Allah
s.w.t. telah tumbuhkan pokok tamar jantan di sebelah pokok tamar
betina.Dan untuk tujuan mendapat hasil buah tamar yang elok ia juga
harus
dilakukan menerusi kaedah 'kahwin bunga' (melakukan proses pendebungaan
betina dengan debu bunga jantan).

Untuk mengenali perbezaan di antara tamar jantan dengan tamar betina,
tamar jantan lebih tinggi pohonnya, berdaun keras menjulang ke langit.
Pokok tamar betina rendah sedikit dan daunnya dmelintuk ke bawah.
Pada bulan februari pohon tamar jantan berbunga setahun sekali sama
dengan tamar betina . Bezanya bunga jantan ia mengeluarkan debu-debu
halus. Pada bulan ini ketika tamar betina mengeluarkan bunga, petugas
(terdiri dari
mereka yang berbangsa Arab) akan memanjat pokok tamar betina dan
dijalankan proses kahwin bunga, ditepuk-tepuk,disapu dua tiga ranting
bunga jantan kepada setandan bunga betina yang terkembang dari
tandannya.
Ternyata untuk menghasilkan buah tamar yang elok berkualiti, ia mseti
'disenyawakan' oleh tangan manusia, tidak boleh melalui binatang atau
diterbangkan oleh angin. Pokok tamar tidak akan berbuah dengan sempurna
jika tidak dicantum oleh tangan manusia. Buah tamar tidak akan masak
jika suhu kurang dari 55oC.
Bulan Julai adalah musim tamar masak ranum manakala bulan ogos adalah
musim menuai.
Menurut Pak Long Haji Isa, bagi sebuah kebun memadai ada beberapa
batang sahaja pokok tamar jantan berbanding dengan ratusan pokok tamar
betina,
kerana debunga pada satu dahan pohon tamar jantan boleh digunakan untuk
proses pendebungaan dengan ratusan tandan pada pokok tamar betina .
Debu yang perlu digunakan pada setiap pokok terlalu sedikit. Bunga
jantan
ini juga boleh disimpan di tempat yang kering untuk kegunaan
berulang-ulang
kali selagi debunganya masih ada.
"Allah s.w.t. jadikan buah tamar cukup istimewa. Cuba perhatikan
sepanjang ia berada di atas pokok tidak ada seekor binatang atau burung
yang mematuk atau merosakkannya. Ini kerana buah tidak berbau. Allah
s.w.t pelihara dan memuliakannya. Ia mesti disenyawakan oleh tangan
manusia. Di Madinah hanya bangsa Arab sahaja yang sanggup panjat dan
turun naik ke atas pokok tamar untuk lakukan kerja pencantuman ini.
Bangsa lain tak mampu,
tenaga tak sekuat bangsa ni." Jelas Pak Long.

Pokok Tamar ayah saudara kita....
Mula-mula kami juga bingung kenapa keunikan ini berlaku pada buah yang
istimewa ini, lalu Mak Long Normah Morad, isteri Hj Isa Darus beri kami
sentuh debu jantan, "Gosok pada tangan dan cium," katanya.
"Masya-Allah bau air mani," kata kami tergamam. "Ya, memang bau air
mani, bau ini bukan semua makhluk suka. Pokok tamar kalau mahukan
buahnya elok, ia mesti disenyawakaan oleh tangan manusia, sebab pokok
ini Allah
s.w.t. jadikan dari lebihan tanah kejadian Nabi Adam a.s."
"Ringkasnya, dia umpama pak menakan(ayah saudara) kita. Sebab itu kita
tak boleh pandang remeh padanya. Rasulullah s.a.w. dan Nabi-Nabi lain
sangat sayang padanya. Sebab itu dikatakan sebaik-baik buah yang serasi
dengan
badan kita adalah buah tamar kerana ia sebahagian dari kita. Jadi
setiap kali menjamah tamar ingat-ingatlah asal kejadiannya. Buah ini
tidak
berbau kerana Allah s.w.t. nak pelihara kesuciannya di samping mudah
untuk
kita menguruskannya dengan kelebihan cuaca yang panas kering. Penjual
tak
risau lalat atau semut kerana bumi barakah ini."Ujar Pak Long dengan
senyum
lebar.

Petikan artikel dari Majalah Anis keluaran Oktober 2005.




------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Click here to rescue a little child from a life of poverty.
http://us.click.yahoo.com/rAWabB/gYnLAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 




Kirim email ke