Assalamualaikum,

Saya baca artikel ni dlm suratkhabar Utusan hari ni (6 Okt 2005)...

Air gamat mampu ubati demam denggi?

Saudara Pengarang,
KETIKA negara kita berhadapan dengan wabak demam denggi, saya berasa wajib 
untuk berkongsi pengalaman yang mana terpulang kepada para pembaca untuk 
mencuba atau mungkin ada mana-mana pihak yang dapat mengkajinya.

Kali pertama saya mengalami perasaan cemas akibat penyakit `tiada ubat' ini 
ialah apabila anak bongsu saya mengalami demam yang amat sangat, muntah 
darah dua kali sebelum sampai ke HUKM. Dia muntah darah sekali lagi apabila 
berada di wad.

Dalam keadaan yang mencemaskan ini, saya telah berikan anak saya minum air 
gamat sebanyak dua sudu dan mencampurkan sedikit air gamat ke dalam air 
minumannya tanpa pengetahuan doktor.

Anak saya yang mulanya tidak mampu untuk minum air dengan banyak, akhirnya 
dapat minum dengan baik dan tidak muntah darah lagi. Adakah kerana air gamat 
ini? Tetapi yang pastinya anak saya dibenarkan keluar selang beberapa hari 
dia dimasukkan ke hospital.

Lebih kurang setahun kemudian, saya sendiri menghidap demam denggi. Tanpa 
pengetahuan doktor, saya juga minum air gamat. Doktor yang merawat saya 
berasa hairan apabila mendapati bilangan platelet saya naik sehinggakan 
beliau bertanya apa yang saya makan yang boleh menyebabkan platelet saya 
begitu. Saya pasti hanya air gamat dan makanan hospital sajalah yang menjadi 
makanan saya selama menerima rawatan.

Ditakdirkan, besan saya pula dijangkiti demam denggi dan telah dimasukkan ke 
Hospital Tun Ampuan Rahimah, Klang. Ketika melawatnya di hospital saya telah 
bawakan air gamat. Alhamdulillah bilangan plateletnya naik seterusnya 
menghilangkan rasa cemas di hatinya dan keluarga.

Semasa menghadiri satu majlis perkahwinan anak seorang kawan, saya telah 
diberitahu bahawa kawan saya itu dimasukkan ke hospital akibat demam denggi. 
Saya telah mencadangkan kepada beliau untuk cuba minum air gamat.

Dia dibenarkan keluar hospital selang beberapa hari kemudian. Bilangan 
plateletnya yang rendah sudah naik semula.

Itulah pengalaman saya, terpulanglah kepada sesiapa yang menghidap demam 
denggi ini untuk mencubanya sebagai satu ikhtiar di samping mendapatkan 
rawatan di hospital.

Di sini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih 
kepada para doktor dan jururawat HUKM yang baik-baik belaka ketika merawat 
saya dan anak. Semoga Allah memberkati segala kebaikan tuan dan puan 
sekalian. - SALEHA OTHMAN, Cheras, Selangor.

p/s: saya mmg amalkan minum jeli gamat ni... kalo ada sesiapa yg nak cuba 
boleh hubungi saya... 012-6028905 (salina)...

_________________________________________________________________
Get your mobile ringtones, operator logos and picture messages from MSN 
Mobile http://msn.smsfactory.no/





------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Click here to rescue a little child from a life of poverty.
http://us.click.yahoo.com/rAWabB/gYnLAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 




Kirim email ke