Umno tidak gentar dengan pengedaran risalah pembebasan Anwar
Oct 6, 05
Pergerakan Pemuda Umno menganggap isu Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai satu isu kecil dan pengedaran risalah mengenai pembebasan beliau, tidak akan menjejaskan parti itu. Sebaliknya, Ketua Penerangannya, Datuk Azimi Daim berkata, Umno sebuah parti yang besar, kukuh dan tidak akan `pincang dengan pengedaran risalah tersebut.
Pemuda Umno tidak memandang perkara tersebut sebagai sesuatu yang boleh menjejaskan kekuatan parti secara keseluruhannya.
Mungkin ada orang yang terpengaruh tetapi jumlahnya kecil, katanya ketika diminta mengulas tindakan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengedar 500,000 risalah mengenai pembebasan Anwar sejak dua minggu lalu.
Azimi yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah berkata, risalah itu perlu diedarkan kepada ahli parti pembangkang dan bukannya kepada rakyat.
Pemecatan AnwarKatanya, ini kerana rakyat sudah tahu bahawa pemecatan Anwar adalah keputusan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu.
Pemecatan itu dibuat dengan sokongan penuh Majlis Tertinggi (MT) dan dibuat sebelum mahkamah membebaskan Anwar, katanya.
Beliau berkata, ini juga bermakna pemecatan tersebut tidak ada kena mengena dengan kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Islam Hadhari yang diperkenalkannya.
Azimi mendakwa PKR mengambil kesempatan daripada pembebasan Anwar untuk mengelirukan rakyat dengan mendakwa pemecatan Anwar kerana niat jahat pemimpin Umno. Semalam Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda PKR, Badrul Hisham Shaharin berkata
pihaknya mengedar 500,000 risalah bagi menjelaskan mengenai pembebasan Anwar supaya rakyat mendapat maklumat lengkap mengenainya.
Menurut Badrul Hisham, risalah tersebut diedarkan untuk menerangkan bahawa mahkamah telah mendapati Anwar tidak bersalah dan pemenjaraan beliau hanya konspirasi ciptaan buku `50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM.
500,000 risalah mengenai kebebasan Anwar
Oct 5
Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengedar 500,000 risalah bagi menjelaskan mengenai pembebasan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Timbalan Ketua Penerangannya, Badrul Hisham Shaharin berkata, risalah berkenaan diedarkan supaya rakyat mendapat maklumat lengkap mengenai pembebasan bekas Timbalan Perdana Menteri itu. Katanya, risalah tersebut diedarkan untuk menerangkan bahawa mahkamah telah mendapati Anwar tidak bersalah dan pemenjaraan beliau hanya konspirasi ciptaan buku `50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM.
Kempen ini untuk mempertingkatkan kesedaran orang ramai mengenai intipati penghakiman yang menyatakan buku
ini bukan sahaja fitnah tetapi wujud konspirasi untuk menjatuhkan karier politik Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kempen mengedarkan risalah ini dimulakan di Sri Gading, Johor pada 18 September lalu sempena ceramah yang diadakan di tempat itu.
Tempat-tempat yang menjadi tumpuan utama dalam pembahagian risalah ini ialah pasar malam, masjid, Pasar Ramadhan, tempat letak kereta dan semasa program ceramah, katanya.
Kesan kebebasan AnwarBadrul Hisham berkata, jika sambutan orang ramai menggalakkan terhadap pengedaran risalah itu sempena ketibaan Ramadhan, pihaknya akan mencetak sejuta lagi untuk diedarkan kepada orang ramai.
Selama ini, katanya, ramai yang menganggap pembebasan Anwar hanya berkisar kepada perintah Hakim Datuk Hishamuddin Yunus supaya penulis buku berkenaan Datuk Khalid
Jafri membayar pampasan RM4.5 juta kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Sebenarnya, kata beliau, pembebasan Anwar boleh memberi kesan yang besar kepada politik negara termasuk keputusan pilihanraya umum akan datang.
Cara Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengendalikan kes pembebasan Anwar ini akan dinilai oleh rakyat dan mungkin mempengaruhi pilihanraya umum nanti, katanya.
Angkatan Muda PKR, katanya, berharap dapat membahagikan sebanyak mungkin risalah tersebut kepada kakitangan kerajaan dan rakyat di akar umbi supaya mereka dapat mengetahui isu tersebut dengan lebih tepat dan jelas.
New and Improved Yahoo! Mail - 1GB of free storage!
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
| Divine inspiration |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
