][ KEASTA IIV ][
Puisi - Sajak - Syair
________________________________________________
}|{ Aku Akan Berhenti Mengharap}|{
 
Saat ini,
Aku akan berhenti,
Dari segala harapanku,
Dari segala citaku,
Dari segala anganku,
Dari segala bahagiaku.
 
Saat ini,
Aku tewas padaMu,
Akan segala inginMu,
Akan segala tulisanMu.
Akan segala kun fayakunMu,
Akan segala ketentuanMu,
 
Dengarlah manusia,
Aku akan berhenti berharap,
Kerana kaki sendiri,
Akan berhenti melangkah,
Aku akan berhenti mengharap,
Kerana tanganku ini,
Tangan yang menahani.
 
Dengarlah manusia,
Aku akan berhenti mengharap,
Kerana aku tidak mahu,
Mendengar ibuku mengaduh,
Aku akan berhenti mengharap,
Kerana aku benci dengan diri ini,
Diri yang mengukir kesusahan mereka.
 
Tuhan dengarkanlah,
Aku telah kalah denganMu,
Mungkin memang ini yang Kau mahu,
 
Tuhan....
Sekiranya nyawa ini bisa ku gadai,
Untuk kesenangan mereka,
Akan ku gadainya tuhan.
 
Aku tidak sanggup hidup,
Digerumani tangisan mereka,
Aku tidak sanggup hidup,
Dinyanyikan rintihan mereka.
 
Aku pernah berdoa padamu,
Jika ajal mereka sudah tiba,
Kau gantilah ia dengan nyawaku,
Biarku pergi menggantikan mereka,
Takkan ku relakan Kau,
Bawa mereka pergi sebelum ku.
 
Ibu...
Ayah...
Ariku...
Aku akan berhenti mengharap,
 
Kalau dapat ku hadiahkan nyawaku,
Aku mahu ianya menjadi lautan emas,
Aku mahu menglipur segala duka,
Agar segala airmata itu akan sirna.
 
Sapulah airmatamu ibu,
Jika ini bagiku,
Akan ku relakannya demimu,
Aku akan mati tanpamu.
 
Tuhan...
Kun fayakunMu,
Akan ku nanti,
Sebagai gadaian,
Bukan pengharapan...
 
Yang Benar Hambamu,
 
Ju`an Einriqie


coollogo_com_153604088.gif 
~ Be Souled With His Souls ~


Yahoo! for Good
Click here to donate to the Hurricane Katrina relief effort.

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke