--- In [EMAIL PROTECTED], Abu Qutaibah <[EMAIL PROTECTED]> 
wrote:

Assalamualaikum warahmatulLah,
 

Ramadhan demi ramadhan telah berlalu meninggalkan mereka yang 
ghaflah dengan enjoy yang sementara dan memberikan semangat untuk 
golongan yang berlumba-lumba dengan para solehin dan mukminin. 
Sukaria golongan mukmin terpancar setiap kali anak bulan ramadhan 
menjelmakan dirinya. Inilah musim memohon kebebasan daripada 
kepanasan azab neraka, mengharap keluasan rahmat tuhan dan meminta 
ganjaran yang berlipat ganda.

Di Masjid an-Nabawi ini, ramadhan telah berulang-kali singgah dan 
pergi. Perubahan demi perubahan telah berlaku seiring peredaran 
zaman dan pertukaran generasi. Memang ramadhan adalah satu musim 
perubahan. Apabila tiba ramadhan, hati-hati yang ghaflah juga 
berubah menggagau-gagau erti khusyu', kemanisan dan keyakinan. 
Sungguh hairan jika ketibaan ramadhan dianggap biasa oleh sebilangan 
insan. Tiada perubahan apatah lagi penambahan. Ya Allah, berilah 
perlindungan.

Bila fajar ramadhan mula menyinsing di laman Taiyyibah, para huffaz 
al-Quran mula memimpin suasana menggandakan tadabbur al-Quran. 
Bersemaraklah tadika-tadika, sekolah-sekolah, pejabat-pejabat dengan 
nasihat, bimbingan, peringatan dan pelajaran al-Quran. Ummat al-
Quran tatkala ini memang sangat digeruni lantaran hubungan mereka 
dengan kitab Allah dan ketegaran semangat anak-anak kecil menghafaz 
kalimah-kalimah suci di dalam dada. Inilah teman inilah hiburan. 
Para salaf dahulu berkata: "Aku merasa hairan dengan insan yang 
tidak menghafaz al-Quran. Dengan apakah ia menghiburkan jiwanya?"

Di Masjid an-Nabawi ini, para imamnya memimpin solat tarawih sambil 
menghabiskan bacaan al-Quran. Setiap kali berakhir ramadhan, 
sekurang-kurangnya seseorang yang menjadi makmum akan menghabiskan 
dua kali bacaan al-Quran. Sekali bersama imam dan sekali lagi bacaan 
sendiri di siang ramadhan. Tahun ini seorang imam baru telah 
dilantik mengisi kekosongan berikutan salah seorang daripada mereka 
iaitu as-Syeikh Solah al-Budair telah ditugaskan menjadi imam di 
Makkah pula. Kalau dahulu bacaan as-Syeikh Solah mengalirkan air 
mata rakyat Madinah, kini beliau telah dimiliki oleh rakyat Makkah. 
Demikian juga, as-Syeikh Abdullah 'Awwad al-Juhaniy, imam Masjid 
Quba yang terkenal dengan kenyaringan suara. Beliau juga telah 
dilantik menjadi imam di Makkah. 

Namun, rakyat Madinah masih memiliki Imam Ali al-Huzaifi yang pakar 
di dalam makhraj huruf serta Imam muda Abdul Muhsin al-Qasim. as-
Syeikh Abdul Muhsin al-Qasim, seorang imam muda yang mula giat 
menulis dan berdakwah kepada masyarakat. Beliau seorang yang mesra 
dan merendah diri. Apabila bertemu dengannya, kita merasa seperti 
kawan biasa yang sudah lama berkenalan. Bukan mudah sebenarnya untuk 
mendapatkan kemesraan apatah lagi apabila seseorang sudah berpangkat 
tinggi dan berjawatan besar. Mudah-mudahan mereka diberikan 
ketetapan di dalam perjalanan memimpin masyarakat ke arah kebenaran.

Masjid Nabawi juga menyaksikan beberapa perubahan lain. Antaranya 
ialah siapnya sebuah perpustakaan digital mini yang memuatkan lebih 
kurang dua puluh buah komputer. Komputer-komputer ini dilengkapkan 
dengan kitab-kitab digital dan sebuah pangkalan data yang 
menghimpunkan maklumat berkenaan kitab-kitab yang wujud dalam 
perpustakaan masjid nabawi. Ia juga membenarkan anda melawati laman-
laman web tertentu berkaitan manuskrip dan cetakan kitab sepanjang 
waktu. Mungkin ada yang tidak tahu lagi berkenaan perpustakaan kitab-
kitab masjid nabawi. Namun, perpustakaan inilah yang menjadi tempat 
para penuntut ilmu membuat rujukan dan tempat saya juga menghayati 
kehebatan ulama silam. Kalau hendak mencari perpustakaan ini, 
arahkan perjalanan anda ke tengah-tengah masjid nabawi dan carilah 
Pintu Umar. Ada sebuah bilik yang disediakan untuk pengunjung awam 
melihat koleksi manuskrip al-Quran dan kitab-kitab ulama, gambar-
gambar Madinah dan peta besar Kota Madinah.

Selain itu, Maahad al-Haram al-Madani juga semakin rancak menerima 
pelajar. Maahad ini berkonsepkan sekolah pondok yang para pelajarnya 
datang mempelajari ilmu di dalam masjid nabawi dalam bentuk halaqah-
halaqah ilmiah. Sesetengah guru menggunakan white board untuk 
mengajar terutamanya pelajaran faraidh. Pelajar-pelajar ini akan 
menduduki peperiksaan dan memperolehi sijil apabila tamat alam 
persekolahan nanti. Setiap pagi, jika kita menuju ke pintu keluar di 
bahagian kanan peluasan masjid nabawi, kita akan melihat anak-anak 
kecil ini menadah kitab menimba ilmu daripada guru-guru mereka.

Sekiranya anda ingin berkongsi ilmu dengan penuntut-penuntut yang 
belajar di Masjid Nabawi, bawalah bersama anda beberapa keping cd 
kosong dan hulurkannya kepada petugas di Perpustakaan Audio Masjid 
Nabawi. Cakera padat anda akan dikembalikan dengan rakaman pengajian-
pengajian di Masjid Nabawi yang disediakan sejak penubuhan 
perpustakaan audio ini. Anda juga boleh memilih untuk merakamkan 
khutbah, bacaan al-Quran  dan sebagainya dalam format mp3. Semuanya 
tentu sekali dalam Bahasa Arab. Bagi mereka yang ketinggalan dalam 
memahami Bahasa Arab, berusahalah untuk mendalaminya kerana anda 
akan merasai kemanisannya apabila membaca al-Quran. Ia juga adalah 
bahasa globalisasi umat kita.

Bumi Madinah juga menyaksikan pembangunan yang semakin pesat. Di 
sesetengah tempat, kita merasa seperti berada di daerah Palestin 
akibat runtuhan-runtuhan bangunan yang akan dibangunkan projek lain 
di atas tapaknya. Saya membayangkan jika saya mengambil gambar di 
kawasan ini, tentu saya dianggap berada di kawasan bekas letupan bom 
di Iraq atau Palestin. Apalah keadaan umat Islam di sana dalam 
suasana ramadhan yang penuh meriah ini? 

Bangunan asas untuk Universiti Taiyyibah telahpun siap. Menurut 
maklumat yang saya terima, universiti ini adalah sebuah universiti 
maya yang memberi peluang untuk penuntutnya mempelajari ilmu dalam 
pelbagai pengkhususan di samping pelajaran agama. Universiti ini 
diilhamkan oleh salah seorang pensyarah di Universiti Islam Madinah 
dan salah seorang yang terlibat dalam bahagian teknologi maklumatnya 
ialah penuntut Malaysia di Universiti Islam Madinah. Saya masih 
kurang pasti tentang kos dan cara permohonannya. Tetapi universiti 
ini akan membuka ruang untuk penuntut-penuntut dari negara yang 
menghalang rakyatnya mempelajari pengajian Islam secara formal di 
Tanah Arab sekaligus menyebarkan seruan Islam ke pelusuk alam.

Hari ini isu utama yang berlegar di bibir rakyat Arab Saudi ialah 
isu pembebasan wanita. Kita seperti berada di dalam satu situasi 
peperangan. Golongan pembebasan wanita ini terbahagi kepada golongan 
yang benar-benar inginkan wanita membantu kaum lelaki dalam 
perkembangan Islam dan golongan yang mengambil kesempatan akibat 
desakan Amerika terhadap situasi negara-negara Arab. Saya hanya 
berdoa semoga Allah mengembalikan perancangan jahat kepada golongan 
yang merancangnya dan memberikan kemuliaan kepada pendokong tauhid 
dan sunnah.

Kembali kepada cerita ramadhan, apa kata kita lakukan sedikit 
homework dengan meneliti ayat-ayat al-Quran yang menyebut tentang 
azab neraka? Di berapa tempatkah Allah taala menyebut berkenaan azab 
dalam al-Quran? Apakah pakaian luaran dan pakaian dalaman ahli 
neraka? Selepas itu, kita hayati makna hadis RasululLah sollalLah 
alaihi wa sallam yang menyatakan bahawa puasa adalah pelindung. Moga-
moga kita lebih menghayati anugerah puasa yang dikurniakan oleh 
Allah kepada kita. Puasa adalah anugerah istimewa untuk umat 
Muhammad seandainya umat ini tahu kedudukannya, kehebatannya dan 
kelebihannya di sisi Allah subhanahu wa taala.

 

Saudara kalian,

Abu Qutaibah al-Eidrus

Taiyyibah.

 

Taiyyibah adalah nama lain bagi Madinah. Madinah mempunyai beberapa 
nama seperti yang disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh 
Imam al-Bukhariy dan lain-lain.


                
---------------------------------
 Yahoo! Music Unlimited - Access over 1 million songs. Try it free.
--- End forwarded message ---







------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Click here to rescue a little child from a life of poverty.
http://us.click.yahoo.com/rAWabB/gYnLAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke