--- rosimah ros <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

>  
> Puasa yang sihat 
> 
> Kunci bagi kejayaan yang berkesan ialah kawalan yang
> baik semasa berbuka dan bershur. Oleh itu semasa
> berbuka, eloklah memakan makanan yang mudah di
> hadam,mengandungi banyak serat dalam kadar yang
> sederhana. Amalan Rasulullah s.a.w memakan buah
> kurma (tamar) semasa berbuka adalah baik untuk
> kesihatan kerana tamar mempunyai kandungan
> karbohidrat yang tinggi disamping mengandungi asid
> amino ? diantaranya ialah triptofan yang didapati
> boleh menenangkan perasaan. 
> 
> Jangan makan terlalu banyak. Malah sewaktu berpuasa
> kita sepatutnya merebut peluang untuk berjimat
> cermat khususnya dalam hal perbelanjaan iaitu dengan
> mengawal kuantiti pengambilan makanan atau minuman
> agar tidak berlaku pembaziran tetapi bersederhana
> sama ada ketika berbuka atau makan sahur. Jika
> banyak juadah yang dihidang dari aneka jenis dan
> rasa, sudah tentu sukar untuk kita mengawal apa yang
> sudah ada di depan mata. Begitu juga dengan air
> minuman. Sediakan minuman dari bahan semulajadi
> serta elakkan menggunakan gula putih, sirap, pewarna
> dan perasa tiruan. Sebaliknya kita boleh menggunakan
> gula merah, madu lebah atau jus buah asli. Dalam hal
> ini, satu pertua yang baik diamalkan iaitu untuk
> mencuci usus dan menyenangkan pembuangan air besar
> ialah dengan meminum air yang dicampur dengan bunga
> kembang semangkuk dan biji selasih serta getah
> anggur semasa berbuka. Cuba elakakan daripada
> mengambil minuman berupa kopi dan teh kerana minuman
> ini mempunyai kafein yang boleh memberi banyak
> rangsangan kepada saraf dan jantung semasa berpuasa.
> Kafein juga sebenarnya memberi rangsangan kepada
> perut menyebabkan pengeluaran asid hidroklorik
> secara berlebihan dan ini boleh menyebabkan perut
> kita terasa pedih sehingga menyebabkan gastrik. 
> Kaedah puasa yang sihat juga adalah dengan
> mengurangkan memakan protein binatang semasa berbuka
> atau bersahur. Ini disebabkan protein binatang
> adalah makanan yang paling kompleks dan susah untuk
> dihadam. Ia juga adalah makanan yang mempunyai
> kandungan bahan buangan yang paling banyak lantaran
> keadaan ternakan dan cara ternakan yang diamalkan
> sekarang menyebabkan protein binatang menjadi bahan
> yang paling tercemar dengan bahan kimia dan berbagai
> jenis racun termasuklah kuman, horman, antibiotik
> dan logam-logam berat, racun serangga dan
> sebagainya. Sebagai gantinya, banyakkanlah memakan
> protein sayur dalam bentuk kekacang seperti kacang
> dhal, kacang soya, kacang hijau, kacang merah dan
> lain-lain Walaupun protein di dalam sayur tidak leng
> 
> kap, ia dapat diatasi dengan mempelbagaikan sayuran
> dan mencapurkan jenis yang dimakan di mana ini akan
> melengkapkan diantara satu sama lain. 
>  
>  
>  
> 



                
__________________________________ 
Yahoo! Music Unlimited 
Access over 1 million songs. Try it free.
http://music.yahoo.com/unlimited/




------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Click here to rescue a little child from a life of poverty.
http://us.click.yahoo.com/rAWabB/gYnLAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke