Maju dan kaya tapi tak bayar hutang. Yang miskin pula boleh bayar hutang. Pelik nih! Pepatah Melayu ada kata 'Kokok berdegar-degar tapi pungkok bergelumang tahi' Berhati-hatilah dengan orang-orang macam ni.
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
Roslan SMS <[EMAIL PROTECTED]> wrote:Senarai tunggakan hutang kepada kerajaan Pusat
ROSLAN SMSBaru-baru in saya menulis artikel bertajuk Negeri maju hutang tak bayar iaitu ulasan mengenai kenyataan Kementerian Kewangan danLaporan Ketua Audit Negara berkenaan hutang-hutang kerajaan-kerajaan negeri terhadap kerajaan Persekutuan.
Untuk tatapan semua berikut saya sertakan carta yang disediakan oleh sahabat saya di PERAKAN http://www.perakan.net/ yang dibuat berdasarkan maklumat dari BERNAMA:
Dari carta ini kita dapat perhatikan bahawa negeri Kelantan yang dikatakan mundur, tidak membangun dan berbagai lagi tohmahan yang negatif itu hanya jatuh ditangga ke 10 berbanding negeri-negeri lain yang diperintah BN dari sudut jumlah hutang yang tertunggak.
Itupun saya difahamkan sebahagian besar dari RM46.61 juta itu sebenarnya adalah hutang yang diwarisi dari kerajaan Umno pra 1990.
Jika kita perhatikan kita dapat lihat juga bahawa Selangor mempunyai jumlah hutang yang lebih 8 kali ganda dari Kelantan. Manakala Melaka yang saiznya lebih kecil dari Kelantan mempunyai tunggakan lebih RM29.58 juta dari Kelantan.
Kalau negeri bergelar maju tetapi berhutang RM377.33 juta, apalah sangat yang mahu dibanggakan. Mengapa MB Selangor tidak memaklumkan darihal jumlah tunggakan ini kepada rakyat semasa ghairah mengisytiharkan Selangor Negeri Maju 2005 pada bulan Ogos lalu? Kasihan rakyat Selangor negerinya maju tetapi penuh dengan hutang.
Membangun Bersama Islam: Sokong sahaja kalau tak mampu
ROSLAN SMSAkhbar THE SUN hari ini membawa satu berita menarik dengan tajuk:
PAS says it wont stop sale of liquor
Menurut laporan Adun Umno dari Wakaf Baru, Mohd Rosdi Ab Aziz semasa sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan semalam bertanya soalan samada kerajaan negeri dengan slogannya Membangun Bersama Islam bercadang untuk menutup premis-premis menjual arak dalam negeri tersebut.
Bagi mereka yang membaca tajuk ini nampak seolah-olah terdapat percanggahan antara negeri yang mahukan Islam tapi dalam waktu yang sama tidak menghentikan jualan arak dalam negerinya.
Juga nampak seolah-olah ADUN Umno ini benar-benar prihatin lantaran konsep Islam Hadhari yang dibawa oleh partinya yang memerintah diperingkat Pusat.
Tapi hakikatnya benarkah demikian? Sekiranya kita menelaah jawapan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Takiyuddin Hassan jelaslah soalan ADUN Umno ini sungguh mengelirukan, nakal malah sebenarnya akan menyerang kembali diri dan partinya sendiri.
Takiyuddin menjelaskan bahawa kerajaan negeri yang berteraskan Islam tidak menghalang rakyatnya yang bukan beragama Islam dari meminum arak. Lesen premis arak Cuma dikeluarkan kepada restoran Cina yang mempunyai pelanggan bukan Islam sahaja. Tambah beliau kerajaan negeri meluluskan lesen premis bagi penjualan arak mengikut keperluan masyarakat bukan Islam sahaja, misalnya di Kota Bharu sebanyak enam lesen, Gua Musang (empat), Kuala Krai, Pasir Mas, Tanah Merah dan Tumpat masing-masing satu lesen premis.
Bahagian pertama jawapan Takiyuddin ini sebenarnya boleh digunakan untuk membuktikan bahawa kerajaan Islam di Kelantan tidak pernah menekan atau melarang masyarakat bukan Islam dari mengamalkan apa yang dibenarkan oleh agama atau kepercayaan mereka (itupun bagi mereka yang ingin berbuat demikian).
Malah kerajaan Pusat dan kerajaan-kerajaan negeri milik BN dan Umno yang menjuarai Islam Hadhari lebih pemurah lagi sehingga langsung tidak mengawal samada pengeluaran lessen premis mahupun pengunjung-pengunjung premis.
Seterusnya Takiyuddin mengambil kesempatan memulangkan paku buah keras kepada ADUN Umno itu dengan mengatakan bahawa Kerajaan Kelantan menganggap amat malang sekali bagi negara ini yang diisytiharkan sebagai sebuah negara Islam, namun membenarkan kilang arak beroperasi.
Malah Harakahdaily melaporkan Takyuddin sebagai berkata:
Sedangkan menurut Imam Abu Hanifah negara umat Islam dibenarkan mengimport arak bagi kegunaan orang bukan Islam sahaja.
Bahagian kedua jawapan Takiyuddin ini seolah mengingatkan ADUN Umno itu agar jangan meludah ke langit akhirnya akan bertepek ke muka sendiri! Kerajaan Islam Hadhari Malaysia buka sekadar melesankan premis arak yang boleh dikunjungi oleh umat Islam malah dengan kilang-kilannya sekali dilesenkan.
Kilan-kilang ini pula dimiliki oleh syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia yang sahamnya boleh dipegang oleh umat Islam. Malahan syarikat-syarikat pengeluar arak itu juga boleh mengambil pengarah, pengurus dan kakitangan dikalangan orang-orang Islam (saya dfahamkan ada surau lagi dalam salah sebuah kilang arak itu).
Dalam hal ini lebih baik Umno menyokong sahaja usaha murni kerajaan negeri Kelantan, beri pandangan dan bantuan untuk Kelantan mempertingkatkan lagi usahanya untuk Membangun Bersama Islam, dalam keadaan kita tidak mampu berbuat apa-apa, lebih baiklah kita berikan sahaja sokongan kepada mereka yang mampu.Sila kunjugi ROSLAN SMS CornerNegeri maju hutang tak bayar
ROSLAN SMSPada bulan Ogos lalu Selangor telah diisytiharkan sebagai Negeri Maju oleh Menteri Besarnya Khir Toyo. Kini hampir 2 bulan berlalu, anak-anak Selangor masih terpinga-pinga dan tertunggu-tunggu limpahan kemajuan yang tak jatuh-jatuh pun ke riba mereka.
Dalam akhbar NST hari ini Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa usaha sedang dipertingkatkan untuk memungut hutang melebihi RM9 billion yang diberikan oleh kerajaan pusat kepada kerajaan-kerajaan negeri. Hutang ini termasuklah hutang yang diberikan kepada badan-badan berkanun negeri dan syarikat-syarikat milik kerajaan negeri.
Menurut laporan Ketua Audit Negara, tidak ada satu pun kerajaan neeri yang membayar ansuran hutangnya mengikut jadual, bermakna ada yang membayar namun tidak menepati jadual yang ditetapkan.
Tetapi yang lebih parah lagi terdapat kerajaan negeri yang langsung tidak membayar balik hutangnya sepanjang tahun lalu. Antaranya adalah Johor, Kedah, Pahang, Selangor, Terengganu dan Negri Sembilan.
Ya, kerajaan Selangor Negeri Maju, langsung tidak membayar sesen pun hutang mereka pada tahun lalu.
Sepanjang tahun 2004 sebanyak RM349.84 juta telah dibayar oleh kerajaan-kerajaan negeri yang berhutang (termasuk Kelantan) namun Selangor Negeri Maju tidak tersenarai! Maju-maju juga tapi hutang kenalah bayar.sila kunjungi BLOG Roslan SMS
How much free photo storage do you get? Store your holiday snaps for FREE with Yahoo! Photos. Get Yahoo! Photos
Yahoo! Music Unlimited - Access over 1 million songs. Try it free.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
