[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
Salam~
Genap 1 Oktober nanti, suka atau tidak, setuju atau bangkang, Kota
Bahru akan dilabel sebagai Bandaraya Islam. Apa motif sebenar
disebalik rancangan kerajaan negeri Che Siti Wan Kembang tu, wallahu
a'alam. Tak dapat nak diagak.
Namun ketika sibuk dengan persiapan menyambut tarikh sejarah itu,
Mawi telah dijemput untuk memuncakkan sambutan itu pada malam 30
September 2005 didalam konsert Tautan Kasih. Isu jemputan juara AF3
tersebut menjadi kontroversi dalaman pihak Dewan Ulamak PAS dengan
pentadbiran negeri. Dicelah-celah kekecohan itu ada pihak mengambil
pelbagai kesempatan misalnya penerbit Edisi Prima Sdn Bhd menerbit
sebuah buku 32 mukasurat berjudul Fenomena Mawi yang menjelaskan
kedudukan parti tersebut dalam isu hangat itu.
Ada desas-desus sahabat saya didalam jamaah PAS bersungut mengenai
isu tersebut namunnya mereka akur pada konsep "WALA' pada pimpinan"
justeru slogan itu dijadikan pembalut kemusykilan yang bergolak
dalam minda dan hati mereka. Kenyataan Ketua Dewan Ulamak, Ust Harun
Taib yang nyata bercanggah dengan niat TG Nik Abdul Aziz ternyata
menimbulkan kekeliruan dikalangan penyokong mahupun pendokong PAS
dalam mengutamakan kedaulatan hukum syarak atau Wala' pada
kepimpinan. Isu ini tenggelam apabila Pemuda begitu lantang
menyuarakan sokongan padu kepada saranan TGNA. Suara Dewan Ulamak
boleh dikatakan tewas dalam rimbunan dan sorakan Pemuda serta
penyokong setia TGNA. Ada juga beberapa sahabat saya yang
bertegas, "Matlamat tidak menghalalkan cara" tak kira siapa pun
kecuali Nabi SAW. Yang itu saya setuju. Apa pun suka atau benci,
konsert itu tetap berlangsung bagai yang dirancangkan. Outcome dari
acara itu, kita tunggu dan lihat, apa komen dan kesannya pada PAS
dan Kelantan.
Beralih kita kepada isu Bandaraya Islam. Saya agak terkejut tatkala
memandu masuk ke KB bulan lepas. Dibulatan Wisma Gerakan sebuah
papan elektronik menayangkan catatan, "Kota Bahru akan diisytihar
sebagai Bandaraya Islam pada 1 Oktober 2005". Tiba-tiba ada beberapa
soalan berlegar dalam fikiran saya.
Yang pertama, mengapa sekarang Kota Bahru perlu diisytiharkan dengan
gelaran itu ? Seolah-olahnya selama ini secara kasarnya adakah Kota
Bahru merupakan Bandaraya Kafir ?
Yang kedua, mengapa Kota Bahru sahaja ? Bagaimana dengan bandar-
bandar lain ? Mengapa tidak keseluruhan negeri itu diisytihar
sebagai negeri Islam ? Tentu penduduk dibandar lain juga teringin
tinggal dibandaraya Islam. Rasa saya tidak ada seorang umat yang
rela tinggal ditempat yang disandarkan pada nama Kafir.
Yang ketiga, apakah perbezaan ketara yang dilakukan oleh kerajaan
negeri terhadap sistem pemerintahan dan undang-undang di Kota Bahru
selepas diisytihar sebagai Bandaraya Islam ? Tentulah ada
perbezaannya sebagaimana yang Rasulullah SAW contohkan kepada kita
tentang pembukaan Kota Madinah sebagai sebuah Negara Islam yang
pertama seumpamanya. Penerapan hukum syarak seratus peratus,
perlaksanannya dan syariat itu dikembang keserata dunia melalui
dakwah dan jihad. Struktur pemerintahannya juga wajib mencontohi
negara Islam (Khilafah) yang Nabi SAW wariskan dalam tinta sunnahnya.
Jika benar niat dan usaha serius kerajaan negeri mengubah Kota Bahru
sebagai Bandaraya Islam sebagaimana Kota Madinah zaman permulaan
kekhilafahan Islam, demi jiwa saya ditangan Allah, nescaya saya
serukan seruan itu keseluruh pelusuk alam sedaya upaya saya. Akan
saya kerahkan tulang empat kerat ini membangkitkan kesedaran umat
Islam, bersepadu dalam menjayakan kewajipan tersebut.
Tetapi, apa yang saya khuatirkan ialah Kota Bahru adalah seperti
sebelum 1 Oktober 2005. Tidak ada perubahan mendasar yang dilakukan
melainkan sekadar menukar atau menokok tambah gelaran sahaja.
Motifnya mungkin sekadar meletakkan nama sebagai monumen penting
dalam lipatan sejarah generasi akan datang. Manalah tahukan, suatu
hari nanti sekiranya PAS tidak lagi memegang tampuk pemerintahan di
Kelantan, pemerintah baru terpaksa mengekalkan nama tersebut kerana
khuatir hilang pengaruh (undi) dan digelar 'pengkafir Kota Bahru'.
Waktu itu mungkin penyokong dan pendokong PAS akan tersenyum bangga,
"SAKSIKANLAH JASA PAS MENGISLAMKAN KOTA BAHRU"
Biarpun didalamnya bercampur aduk yang batil dengan yang haq !
Undang kafir diterap bergaul dengan undang-undang Islam. Makin parah
Islam nampaknya.
Kepada penyokong dan pendokong PAS, saya mohon maaf sekiranya
tulisan ini mengguris atau menggugat pendirian kalian. BUKAN maksud
saya memperlecehkan usaha kalian, bahkan ianya sebagai satu feedback
kepada halatuju perjuangan atas nama Islam. Islam itu suci, bukan
pada nama sahaja, bahkan seluruh intipati sumber dan ajarannya.
Janganlah dicemar nama tersebut demi kemaslahatan yang kita fikirkan
jangka pendek mahupun jangka panjang.
Akh fiddin.
Wassalam
Yahoo! for Good
Click here to donate to the Hurricane Katrina relief effort.
Yahoo! Music Unlimited - Access over 1 million songs. Try it free.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
