| Cabaran cuaca sejuk di Kashmir, Pakistan |
| Written by Admin | |
| 15 Okt 2005 : Dalam kesibukan Haluan Malaysia mengatur persiapan terakhir untuk menghantar pasukan perubatannya yang pertama ke Kashmir, Pakistan, pelbagai isu telah dibincangkannya. Di antaranya ialah mengenai cabaran-cabaran yang dijangka terpaksa dihadapi oleh anggota pasukannya. Ini termasuklah masalah cuaca yang tidak menentu di sana. Ketika ini, Haluan meramalkan bahawa iklim di Kashmir adalah di sekitar 13 darjah Celsius. Dan di dalam beberapa hari yang mendatang, kadar suhu dijangka akan terus menjunam. Keadaan tersebut akan menjadi lebih teruk pada malam hari. Ketika memberikan taklimat mengenai perkembangan terkini di Kashmir, Dr Roniyuzam Bin Abdul Malek berkata, Anda perlu membuat persediaan yang rapi memandangkan keadaan cuaca di sana jauh berbeza berbanding dengan iklim tempatan. Pada waktu siang hari, pakaian jenis baju-t mungkin mencukupi untuk anda. Tetapi pada malam harinya, beg tidur yang tebal pun barangkali tidak dapat melindungi anda daripada kesejukan. Dr Roniyuzam yang pernah mengunjungi daerah bencana tersebut beberapa tahun yang lalu, turut boleh berbahasa Urdu. Beliau mempunyai pengalaman yang luas di dalam misi perubatan antarabangsa hasil daripada penyertaannya di dalam beberapa pasukan perubatan yang lain sebelum ini. Di dalam Misi Kemanusiaan Pakistan-Kashmir (MKP) yang dianjurkan oleh Haluan Malaysia, beliau akan mengetuai pasukan yang pertama yang akan berlepas pada 19 Okt 2005. Pasukan ke 2 juga telah bersedia untuk berlepas sekitar 26 Okt 2005 kelak. Masyarakat boleh membuat sumbangan secara terus kepada mangsa-mangsa melalui Haluan Malaysia di akaun berikut:
Untuk maklumat lanjut, hubungi HALUAN melalui talian 019 366 8484, 019 230 4465 atau 013 206 5499. |
Sumber: Laman web Haluan.
Yahoo! Music Unlimited - Access over 1 million songs. Try it free.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
