PERITIWA 13 OGOS 92 MENGUBAH AKU MENJADI OKU

Setiap insan ada sejarahnya, begitu juga aku. Tarikh 13 Ogos 1992
tetap terpahat dalam ingatanku kerana dari manusia normal aku telah
menjadi OKU pada tarikh tersebut akibat kemalangan jalanraya yang
menimpaku di Paloh Inai, Kuantan, Pahang semasa perjalananku mahu
menghadiri Muktamar PAS di Kelantan bersempena dengan kemenangan Parti
Islam SeMalaysia (PAS) pada pilihanraya umum tahun 1990 di Kelantan.

Akibat dari kemalangan itu, aku menjadi lumpuh sehingga sekarang.
Setelah 22 tahun hidup sebagai insan normal akhirnya nikmat itu
diambil oleh Allah SWT mungkin ada hikmahnya, sebagai seorang hamba
Allah aku redha akan segala ketentuannya. Mungkin Allah ingin
mengujiku semasa hidupku di dunia ini.

Kini aku hanya punya tangan, kepala serta sebahagian badan yang masih
berfungsi, insyallah akan gunakan untuk meneruskan perjuangan Islam
bersama-sama denagan PAS. Aku telah memilih medan dakwah secara
penulisan kerana di situ sahaja ruang yang ada dan mampu aku terokai.
Melihat rakan-rakan seperjuanganku yang kini terus aktif bersama PAS,
kadang-kadang aku berasa cemburu kerana aku sudah tidak mempunyai
keupayaan lagi seperti mereka.

Sahabat-sahabatku umpamanya Haji Ishak Ismail kini Bendahari PAS Pulau
Pinang, Shamsul Ketua Pemuda PAS Rembau, Mohd Zai Mustaffa beberapa
kali menjadi calon PAS dalam pilihanraya umum di Pahang, Adly Zahari
kini Setiausaha PAS Melaka, rakan-rakanku dalam Dewan Pemuda PAS Johor
dan sebagainya. Teruskan perjuanganmu, walaupun kini aku manusia OKU
aku tetap mengikuti perkembanganmu dan menyokong perjuanganmu.

Rasanya masih belum terlambat aku mengucapkan terima kasihku kepada
rakan-rakanku yang menziarahiku dan membantuku semasa aku terlantar di
Hospital Kuala Lumpur selama tiga bulan akibat kecederaan parah yang
ku alami. Aku terpaksa menjalani pembedahan dengan memasukan besi bagi
menyokong tulang belakangku yang patah dan pecah ketika kemalangan
itu.

Selepas itu aku menjalani rawatan pemulihan di fisiotheraphy dan
occasional theraphy selama setahun. Aku kini menjadi manusia baru,
manusia oku, kalau dulu semua kerja dilakukan dengan mudah tetapi kini
segalanya menjadi rumit dan memakan masa yang lama. Kerja yang dibuat
dalam masa beberapa saat kini menjadi sehingga setengah jam baru
selesai. Aku mula belajar semula bagaimana untuk memakai pakaian,
menulis, naik turun dari katil dan kerusi roda sehinggalah  akhirnya
menunggang motorsikal khas untuk orang cacat.

Akhirnya aku berjaya juga berdikari sendiri, sekurang-kurangnya tidak
menyusahkan orang lain. Aku kemudiannya menyambung semula pengajianku
yang tertangguh selama setahun itu. Jika dulu aku memang seorang yang
aktif, kini tidak lagi. Semasa di Sekolah rendah aku pernah mewakili
sekolah dalam acara 4X400 m, bolasepak dan bola baling. Di sekolah
menengah aku mewakili rumah sukan dalam catur, lompat tinggi dan
bolasepak. Aku juga minat bermain bola tampar, takraw dan badminton. 
Di Universiti aku terlibat dalam Persatuan Mahasiswa Islam, Exco MPP
iaitu sebagai ketua penerangan dan penerbitan. Kini semuanya telah
berlalu.

Kini dengan semangat, azam dan tekat yang baru, aku akan terus
menulis, semuanya ini  untuk perjuangan Islam yang aku yakini dan
memperjuangkan isu-isu OKU. Aku yakin Islam yang syumul ini masih
menerima aku dan masih terdapat ruang yang luas bagiku memperjuangkan
nasib OKU sepertiku.

Aku akan kembali lagi dengan isu-isu agama, politik, isu oku dan
sebagainya, insyallah…


--
"Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku kerana Allah Tuhan
Seluruh Alam"

PakNgah
http://pakngah70.blogspot.com/


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Click here to rescue a little child from a life of poverty.
http://us.click.yahoo.com/rAWabB/gYnLAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke