Saya setuju cara ini untuk berdakwah.
Tapi dari pengalaman saya dgn orang Melayu ni, kalau soal agama
dibincang macam yang awak cerita tu, selalunya mereka mesti mengantok
atau cari alasan untuk tinggalkan majlis. Kerena mereka anggap mereka
tak perlu lagi discuss pasal perkara-perkara basic ni. Mereka lebih suka
bercakap tentang perkara yang lebih besar seperti perpaduan ummah,
ekonomi orang Islam, etc. Atau mungkin lebih suka cerita pasal
hukum-hukum cabang macam tarawikh 8 atau 20 rakaat.
Tapi bila tiba bab amalan selalunya mereka sangkut juga. Ramai
jiran-jiran saya yang datang ke surau untuk sembahyang tarawikh tetapi
meninggalkan solat fardhu berjemaah disurau/masjid samada dibulan
Ramadhan atau dibulan lain.
Soalan yg selalu bermain dikepala, apakah yang mereka cari di
surau/masjid tu pada malam bulan Ramadhan tu ?
     



>>> norjannah mohamed noh  15/10/2005 11:03:41 >>>
From: Fadzilah Hanim ar_rumaisa
Date: Wed, 12 Oct 2005 03:04:21 -0700 (PDT)
Subject: Jiwa Da'ie Otak Faqih 

 Jiwa Da'ie Otak Faqih                  07.10.2005
 

 

Assalamualaikum WBT. 

 

Semasa hayat Hasan al-Banna, beliau pernah berhadapan dengan suatu
peristiwa yang berlaku di bulan Ramadhan. Ahli Jemaah di sebuah masjid
bertelagah soal rakaat Solat Tarawih, sama ada patut dibuat 8 atau 20
rakaat. Suasana begitu tegang sehingga timbul bahasa-bahasa yang keras.


 

Akhirnya, apabila Hasan al-Banna muncul, beliau ditanya oleh mereka
yang bertelagah itu, mana satukah pendapat yang betul dalam hal ini? 

 

Kata Hasan al-Banna, "apakah hukum solat tarawih dan apakah pula hukum
menjaga kesatuan umat Islam?" Kata mereka, solat tarawih itu sunat,
manakala menjaga kesatuan umat islam adalah wajib. 

 

Lantas Hasan al-Banna menjawab, "apakah kamu mahu mengorbankan kesatuan
umat islam yang wajib itu hanya kerana soal solat terawih yang sunat?!
Bagi yang mahu menunaikan 8, tunaikan 8, bagi yang mahukan 20, bebas
juga berbuat demikian". 

 

Inilah yang saya maksudkan sebagai Jiwa Da'ie Otak Fiqh. Bagi kita yang
berperanan sebagai Da'ie, perlu sentiasa ingat bahawa tugas kita adalah
untuk mengumpulkan manusia seramai mungkin di bawah panji Islam. Untuk
itu kita perlu mengamalkan suatu akhlak yang diajar oleh Nabi SAW untuk
para Da'ie. Akhlak itu terpampang di dalam pelbagai peristiwa di zaman
Nabi SAW dan hari ini, ia boleh disebut sebagai akhlak "Seek to
Understand, Then to be Understood".

 

Kita perlu belajar untuk memahami mad'u yang diseru dan bukannya siang
malam pagi petang berleter marahkan orang ramai yang tidak faham-faham
akan mesej Islam yang kita cuba bawa. Dalam isu Hasan al-Banna di atas,
jiwanya sebagai seorang Da'ie tidak melihat perbalahan soal afdhaliyyah
Solat Terawih sebagai soal hukum atau masalah nas. Masalah yang berlaku
di masjid berkenaan adalah masalah SIKAP dan CARA BERFIKIR. Ini bukannya
masalah yang boleh diselesaikan dengan melambakkan sebanyak mungkin nas
al-Quran dan Hadith kerana dengan cara berfikir yang salah, tiada siapa
yang mampu menghargai nas al-Quran dan Hadith.

 

Inilah yang banyak berlaku di dalam masyarakat kita dan saya tidak
menyalahkan orang ramai seandainya mereka 'bosan' dengan pendekatan para
ustaz yang asyik menyelesaikan masalah dengan pendekatan 'hukumnya
ialah..."

 

Seorang Daie yang berjiwa Daie akan belajar untuk memahami mad'u yang
diseru, sebelum dia boleh meletakkan harapan agar mad'unya memahami
dakwah yang dia bawa. Mari kita semua bertafakur di KLCC Suria or One
Utama Shopping Complex selama 30 minit dan ukurlah berapa jarak manusia
di situ dengan mimbar-mimbar masjid dan 'usrah' kita. Pernahkah kita
menilai sudah berapa jauhkah masyarakat kita berubah dan sudah berapa
jauhkan kita mengubah pendekatan dakwah kita untuk mengejar perubahan
masyarakat?

 

Saya selalu terkenang dialog saya dengan seorang anak gadis kita yang
telah 10 tahun membesar di England. Semenjak usianya 10 tahun dan kini
telah 20, beliau dibesarkan di Boarding School, jauh dari alam Melayu
malah Islam barangkali. Dia mengajukan soalan kepada saya, "do you
believe in wearing scarf for Muslim girl? I don't believe in wearing
scarf. If God doesn't want us to show our hair, then He will create us
hairless!"

 

Soalannya amat provokatif. Dia juga bertanya soal kenapa mesti solat,
kenapa tak boleh bela anjing di rumah dan sebagainya. Seandainya saya
mengambil pendekatan jiwa Fiqh otak Da'ie, mungkin saya akan menjelaskan
hukum perempuan memakai tudung, tujuannya menurut al-Quran, ayat-ayat
dari surah al-Ahzab dan an-Noor dan 1001 penjelasan yang disambut dengan
menguap gadis tadi bersama abangnya yang senasib. Akhirnya saya akan
kagum dengan diri sendiri terhadap betapa banyakkan dalil yang berjaya
saya ingat dan bentangkan dengan fasih!

 

Tetapi saya cuba membawa gadis tersebut ke persoalan pokok. Saya
sebutkan kepada gadis tadi, "semua soalan anda tadi adalah persoalan ke8
dan ke9 kita. Ada persoalan awal yang perlu diselesaikan terlebih
dahulu".

 

"Oh begitu. Baik, apa persoalan utama awak?", tanya gadis tadi.

 

"Menyelesaikan persoalan TUJUAN HIDUP!" jawab saya.

 

"Penting sangatkah nak tahu tentang tujuan hidup?", tanyanya lagi.

 

"Cuba awak bayangkan, kita adakan permainan bola sepak, tetapi di
padang bola tiada tiang gol! Atau awak main golf tetapi tidak tahu di
mana lubangnya. Apa rasanya kalau awak terlibat dalam permainan seperti
itu?", saya menguji.

 

"Silly game.. mengarut!", ujarnya sambil tersengih.

 

"Well, kita mungkin ketawakan mereka yang main bola atau golf begitu,
tetapi sebenarnya kita sedang ketawakan ramai manusia yang hidupnya
tiada tiang gol dan tiada lubang golf. Kalau kita tak tahu tujuan hidup
kita yang sebenar, bagaimana kita nak fokus dan membuat prioriti? Saya
yakin saudari boleh setuju bahawa kegagalan untuk fokus dan membuat
prioriti, pasti mengundang kegagalan. Betul tak?", saya meneruskan
perbualan.

 

"I can agree on that, jadi soalannya sekarang ialah, apa tujuan hidup
awak?", beliau bertanya lagi.

 

"Hmm, awak rasa, saya ada ke jawapannya? Awak ada jawapannya? Apa yang
awak nak capai dalam hidup awak?", saya pula memberikan soalan
bertubi-tubi saya.

 

"Saya nak berjaya dalam kerjaya dengan pendapatan millions per year",
katanya dengan yakin.

 

"Bagi kita yang belum dapat pendapatan begitu, mungkin kita sangka itu
tujuan hidup kita. Tapi bagi yang dah dapat, macam jutawan-jutawan dunia
yang kita kenal, ketika mereka sampai ke puncak yang didaki,
rupa-rupanya jiwa mereka masih kosong dan mereka masih terus bertanya,
apakah untuk ini aku hidup? Akhirnya ramai di kalangan mereka yang bunuh
diri atau sekurang-kurangnya gagal dalam rumahtangga. Awak rasa itu
kejayaan ke?", saya bertanya kepadanya lagi.

 

"Hmm...", sepi tanpa jawapan...

 

"Saya rasa kita sama-sama tak ada jawapan sebab TUJUAN HIDUP kita telah
ada sebelum kita lahir. Jika kita tanya lampu ni kenapa dia diciptakan,
andai dia boleh menjawab, mungkin dia tak tahu kenapa dia berada di
sini. Logiknya kita kena tanya kilang yang membuat lampu itu tadi. Dan
kalau kita tanya ke kilang, mereka akan memberikan koleksi soalan dan
jawapan di dalam sebuah KITAB bernama Instruction Manual. Begitulah juga
dengan manusia. Jika mahu kepada jawapan, kenalah tanya kepada Tuhan
yang menciptakan manusia iaitu Allah. Dan Allah telah memberikan kepada
kita koleksi soalan dan jawapan di dalam Instruction Manual-Nya yang
bernama..."

 

"Al-Quran! What does the Quran say about our PURPOSE OF LIFE?", gadis
tersebut mengacukan soalannya.

 

"DAN tidaklah Aku jadikan Jin dan Manusia melainkan supaya mereka
mengabdikan diri kepadaKu. Adz-Dzariyat 56". Jawabku.

 

Lantas saya mengambil peluang untuk menjelaskan secara ringkas kepada
beliau konsep ibadah dalam Islam. Bahawa selain solat dan ibadah khusus
yang lain, apa sahaja pekerjaan yang kita lakukan jika memenuhi kriteria
Islam, maka ia jadi ibadah. Dan akhirnya saya membuat kesimpulan
berikut:

 

"Andainya saudari boleh menerima hakikat yang kita perlukan Tuhan dalam
hidup ini, maka barulah saya boleh menjawab soalan kenapa kita kena
sembahyang. Kita perlu sembahyang kerana kita perlukan Tuhan dalam hidup
ini. Dan jika saudari boleh setuju dengan kewajipan sembahyang, maka
barulah saya boleh terangkan kenapa saudari kena pakai tudung. Jika kita
mengadap Yang Di Pertuan Agung pun ada kod berpakaian, apatah lagi nak
mengadap Allah di dalam sembahyang dan di luar sembahyang, tentunya kita
kena bertudung kerana itu kehendak Dia. Dan jika awak setuju sampai ke
situ, saya boleh jelaskan kenapa Islam tak benarkan kita bela anjing.
Islam cuma mengajar, andai dijilat anjing, samaklah dengan air dan
tanah. Tetapi Islam tidak pernah mengajar kita supaya membenci anjing
dan memukulnya. Itu semua soal adat sahaja!"

 

Alhamdulillah dalam tempoh 1 jam pertemuan saya dengannya, itulah hasil
perbincangan kami. Walaupun kesannya saya tidak pasti tetapi
sekurang-kurangnya saya sudah mencuba untuk menghadapi mad'u saya dengan
Jiwa Daie Otak Faqih dan tidak sebaliknya. Gadis itu ada latar belakang
keluarga yang berbeza. Dia bukan seperti saya dan kehidupan saya. Kerana
itulah saya mesti terlebih dahulu cuba belajar untuk memahami keadaan
dia sebelum memutuskan apakah pendekatan dakwah yang patut saya ambil.
Andai saya hamburkan kemarahan atas provokasi gadis tadi, tentulah
perbualan kami terhenti di situ dan saya sekadar menggelengkan kepala
sambil tersenyum secara sacarstic, "inilah perangai bebudak sekarang!"

 

Sempena kedatangan bulan Ramadhan ini, dan atas nostalgia peristiwa
Hasan al-Banna itu, marilah kita bersama-sama mengutip mutiara pendakwah
yang hilang iaitu "SEEK TO UNDERSTAND, THEN TO BE UNDERSTOOD".

   

@ABU SAIF

www.saifulislam.com 

Cheras, Kuala Lumpur

7 Oktober 2005
 
 
 






--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do
not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless
sanctioned or approved otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get
a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to
change your mail delivery settings or email the moderators at
[EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily
digest".  
Yahoo! Groups Links



 





DISCLAIMER:

This e-mail (including any attachments) may contain confidential information. 
If you are not the intended recipient, you are hereby notified that any review, 
distribution, printing, copying or use of this e-mail is strictly prohibited. 
If you have received this e-mail in error, please notify the sender or Bursa 
Malaysia immediately and delete the original message. Opinions, conclusions and 
other information in this e-mail that do not relate to the official business of 
Bursa Malaysia and/or its group of companies ("Bursa Malaysia Group") shall be 
understood as neither given nor endorsed by Bursa Malaysia Group and Bursa 
Malaysia Group accepts no responsibility for the same. All liability arising 
from or in connection with computer viruses and/or corrupted e-mails is 
excluded to the fullest extent permitted by law.




------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Click here to rescue a little child from a life of poverty.
http://us.click.yahoo.com/rAWabB/gYnLAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke