"Dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan, mengetahui (dengan yakin, bahawa keterangan-keterangan) yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu (mengenai hari kiamat dan lain-lainnya) itulah yang benar serta yang memimpin ke jalan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji."(As Sabak:6)

Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang



SOALAN:

Saya mempunyai kemusykilan berkaitan solat witir selepas mengerjakan
terawih. Seperti yang saya fahami Witir itu adalah penutup segala solat.
Justeru setelah selesai mengerjakan terawih di masjid biasanya kita akan
meneruskan dengan witir. Maka sempena bulan ramadan ini saya berazam untuk
bertahajud dan membuat solat hajat di tengah malam namun saya telah
mengerjakan solat witir selepas terawih di masjid. Adakah solat sunat saya
ditengah malam itu dikira sah atau diterima amat mengelirukan saya. Bolehkah
ustaz menerangkan kemusykilan saya ini.

Sekian terima kasih.


Wa'alaikumsalaam Wr Wb

JAWAPAN:

Inilah yg ramai orang keliru, keliru besar, baguslah saudari tanya. Kalau
selepas kerjakan witir immediately selepas tarawih,kemudian pada masa
tahajjud saudari hendak solat malam, saudari kena "membuka" semua solat
sunnat yang sudah ditutup.

Kalau tak buka, maka sesia sahaja lah solat sunnat malam saudari. Sebab
witir dah tutup "acara" solat sunnat kita sepanjang hari.

Ini adalah satu masalah yg sepatutnya dihuraikan oleh imam-imam atau
ustadz-ustadz yg melakukan solat tarawih, malang tidak.

Cara membukanya ialah dengan pertama sekali saudari solat 1 rakaat mutlaq
atau dengan niat untuk "membuka atau membatal" witir yang sudah dilakukan.
"Membatal atau membuka" semula solat sunnat tidak bererti solat witir
saudari semasa selepas tarawih tiada pahala, ada,dont worry.

Jangan risau pasal niat, niat itu gerak hati, just lakukan 1 rakaat sunnat
mutlaq, kerana niat saudari untuk buka semula solat sunnat.

Selepas solat 1 rakaat, kemudian boleh saudari solat tahajjud berapa banyak
yang mampu, kemudian saudari tutup semula solat malam tadi dengan solat
witir, solat witir paling sedikit satu rakaat dan paling banyak 11 rakaat.

Sampaikanlah kepada mereka yang tak tahu atau masih jahil tentang masalah
ini.

Satu lagi masalah ialah orang yg tidak solat ba'diah Isyak tetapi tunggu
solat tarawih atau nak buat solat tarawih.

Perlu diingatkan bahawa solat 2 rakaat ba'diah (selepas) Isyak adalah
rawatib muakkadah, yakni Nabi S.A.W. tidak pernah tinggalkan hatta dalam
peperangan atau musafir, apatah lagi mukim.

Menurut ulama, 2 rakaat ba'diah Isyak lebih pahala dari 8 atau 20 atau 36
rakaat tarawih, sebab solat tarawih adalah tidak muakkadad.

Bersama-sama lah kita beramal bersesuain dengan ilmu dan sunnah Nabi S.A.W.

Harap maklum.

Wassalam.



Does your mail provider give you FREE antivirus protection?
Get Yahoo! Mail


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke