Assalammulaikum wbk.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin

Dengan izin barisan moderator budiman. Dengan
Ramadhan yang hampir melabuhkan tirainya, izinkan saya
menulis sepatah dua kata di dalam
konteks semangat Aildifitri yang semakin tidak
sabar-sabar untuk terbit di ufuk timur.

Rasa syukur saya panjatkan kepada Allah swt. yang
mengizinkan sekali lagi buat kita semua menyambut Hari
Raya Aidilfitri iaitu Hari
Kemenangan, hari yang telah dijanjikan oleh Allah swt.
hanya untuk
mereka yang berjaya melawan dan berperang dengan nafsu
dan berjaya
mengharungi rintangan serta dugaan sepanjang bulan
keberkatan dan
kerahmatan.

Sesungguhnya bulan Ramadhan itu bulan yang berganda
kerana segala
kebaikan yang dilakukan akan diganjarkan olah Illahi
dengan pahala yang
berganda-ganda. Tetapi ada kalanya kita terlupa atau
mungkin kita
sengaja buat-buat terlupa dengan dugaan dan ujian
Allah swt kepada kita
kerana di dalam bulan Ramadhan itu juga, nafsu kita
berganda. Berganda
dengan tamaknya ketika membeli lauk pauk berbuka,
berganda dengan sifat
tidak sabarnya ketika menghadapi sewaktu berbuka dan
berganda dengan
sifat membazir ketika membuat persiapan Aidilfitri.
Dari sifat buruk
dan tidak terkawal kita itu, adakah kita sebenarnya
telah mencapai erti
sebenarnya KEMENANGAN yang Allah swt. janjikan khusus
buat mereka yang
diterima 100 markah puasanya?

Bulan Ramadhan yang Allah swt. perkenankan hanya
kepada umat Muhammad
saw. yang bakal kita tinggalkan lagi beberapa hari
lagi, hanya datang
sekali dalam setahun. Tanya diri kita sendiri
sahabat, di dalam 30
hari
Ramadhan itu tidak semuanya benar-benar menghayati
Ramadhan. Orang
awam
seperti kita adakalanya telah memendekkan waktunya
selama seminggu
sehingga menjadi 23 hari Ramadhan sahaja. Kerana di
waktu
penghujungnya, kita hanya sibuk mengejar-ngejar
persiapan menyambut
Aidilfitri yang sepatutnya persiapan itu boleh kita
lakukan sebelum
Ramadhan lagi.

Mana perginya kita ketika amalan beribadah seharusnya
dipertingkatkan
khususnya di hari-hari terakhir Ramadhan tetapi kita
sibuk di
gendung-gendung dan di bazaar-bazaar pada siangnya.
Malamnya pula kita
sibuk dengan mempertingkat jumlah dan jenis kuih-kuih,
biskut-biskut
dan
kudapan raya sehingga kita terlupa dan sengaja
meninggalkan malam-malam
yang sepatutnya kita menambahkan saham beribadah kita.
Masjid dan
surau
semakin kurang dan semakin susut bilangan safnya.
Kita sibuk meniru
orang lain, bercerita tentang rahsia dan rahmat malam
seribu bulan
tetapi hakikatnya kita sendiri tidak pernah untuk cuba
menggapainya.
Memang secara teorinya senang, pelaksanaannya yang
sukar.

Allah swt. mengharamkan jasad umatNYA yang gembira dan
senang dengan
ketibaan Ramadhan dari api neraka. Begitu juga kepada
mereka-mereka
yang sangat berat hatinya meninggalkan Ramadhan.
Kerana itu, kalau
kita
dapat lihat siaran langsung solat di Masjidil Haram di
Makkah
Mukarramah, ramai di antara orang-orang alim dan soleh
menangis
meninggalkan bulan yang penuh dengan keberkatan ini.
Bagi mereka,
tidak
ada bulan lain yang menyamai bulan Ramadhan.

Adakah kita termasuk dalam golongan orang yang
bersedih dan dukacita
meninggalkan Ramadhan atau sebaliknya? Sementara
masih ada sisa
Ramadhan yang sahabat mungkin tidak sabar
meninggalkannya, sama-samalah
kita cuba mempertingkatkan nilai permarkahan puasa
kita agar dapat kita
menikmati kerberkatan dan hikmah berpuasa dan cuba
menghidupkan malam
Lailatul Qadar, jika mampu. Biarlah Ramadhan yang
cuma sekali dalam
setahun itu benar-benar memberi kesan yang keinsafan
dan ketakwaan
terhadap diri kita.

Maafkan saya andaikata tulisan saya kali ini
menyinggung perasaan sahabat semua. Bukan niat saya
hendak melekehkan KEMAMPUAN dan KEKAYAAN sahabat
semua. Apa yang saya luahkan ini sekadar satu bentuk
keinsafan yang terbit di dalam hati ini, itu sahaja.
Adakalanya kita perlu jujur dengan diri kita.

Saya dan keluarga mengambil kesempatan ini sekali lagi
untuk memohon maaf di atas segala kesalahan dan
kesilapan. Halalkan makan dan minum saya.

Akhir kalam, Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri
kepada semua warga egroups dan juga buat keluarga
sahabat semua. Raikanlah kemenangan sahabat semua di
dalam menentang NAFSU dan bukan kita berhari raya atas
nama menyambut kemenangan NAFSU ke atas diri kita!

Selamat berjuang dan berjaya. Semoga Allah swt.
memperkenankan pertemuan kita semua pada bulan
Ramadhan di tahun hadapan, insyaallah.

Allahhu Akbar!

Jazakalahu khairan katsira wassalammualaikum wbk.



Yahoo! Mail - now with Autocomplete that helps fill email addresses.

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke