][ KEASTA II ][
- Surat -
_______________________________________________
 
}|{ Surat Ju`an ll }|{
 
" Selamat Malam Bulan,.
 
Dua ribu empat dan dua ribu lima merupakan tahun yang paling menyiksakan nyawaku, dan dua tahun ini jugalah tahun di mana kebanyakan karyaku kini terhasil. Dari kesendirian aku berpindah kepada kemurungan, lalu berjalan pada titian kesedihan lantas melintasi neraka yang ku diami sekarang ini. Seolah-olah hidupku adalah sebuah puisi panjang yang akan terus menulis hingga akhirku.
 
Adakalanya aku bertanya, siapa aku? Seseorang yang terlalu berbeda perasaannya sedangkan aku sendiri tidak mengerti. Jika ada sesiapa yang melihatnya dalam masa dua tahun ini, itulah dia pendita yang gila; sesat dalam cahaya. Pencarian diri dan identiti memang sesuatu yang merupakan rohaniah, terlahir dari dalam. Seperti pencarian manusia akan langit-langit dunia. Pencarian adalah sesuatu yang diringi dengan seribu satu macam pertanyaan. Persoalan tentang apa yang dicari merupakan adat bagi yang mencari, kerana dari situlah pencarian akan mati satu demi satu. Seperti aku, aku mencari diriku di belakang cermin, diri yang kau kenali melalui surat-suratku.
 
Bulan...
Apa sudah kau bertanya pada tuhan ke mana harus ku pergi? Terlalu payah kakiku untuk berjalan kini. Aku diikat gegari bayanganku. Aku seolah-olah mengerti akan ketentuan aku, tetapi adakalanya ianya terasa begitu fana yang membuatkan aku tidak percaya pada perasaanku. Aku seolah-olah bisa melihat diriku pada sepuluh tahun akan datang, tetapi bila ku tatap diriku kini di cermin, segalanya itu akan luput dari benak fikiran. Aku bimbang jika akhirnya aku nanti sebagai bukan sesiapa, kerana aku begitu yakin bahawa aku dilahirkan ke bumi sebagai seseorang. Seseorang yang ditakdirkan sebagai Ju`an. Sebagai seseorang yang melihat segalanya dari dalam. Seorang pencinta cinta yang kadangkalanya terlalu bersendirian, hingga kesepian mengganggu kainnya.
 
Kehidupan terlalu mistik dalam hidup seorang aku. Lahir sebagai seorang yang ditugaskan pada agama, lalu diselaputi jiwa pada kesenian pencipta. Sanya aku takut untuk menjadi dewasa, kerana masa itulah yang akan aku bawa hingga aku dewasa, bukan dari kanak-kanak, kerana masa itu telah dihapuskan dalam keremajaan. Manusia tidak akan menjadi manusia sehingga dia dewasa dan berpijak di atas kakik sendiri. Seharusnya itulah aku, tetapi lihatlah aku bulan, aku selemah reranting yang jatuh dari pohonan.  Silaraku cuma ada sehelai dua dedaunan. Sepertinnya bahagia juga tiada tertulis bagi pujangga ini. Mungkin bahagia harus dicari, tetapi di mana... "
 
Yang Benar
 
Ju`an Einriqie


coollogo_com_153604088.gif 
~ Be Souled With His Souls ~


Yahoo! Music Unlimited - Access over 1 million songs. Try it free.

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke