Terjemahan Al-Quran ini dihantar secara PERCUMA kepada ahli dari
masa kesemasa bermula dari surah pertama (Al-Fatihah) hingga ke
Surah 114 (An-Naas). 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
SURAH AN-NISAA' (Ayat 30 ~ 33)

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[30] Dan sesiapa berbuat demikian dengan menceroboh dan aniaya, maka 
kami akan masukkan dia ke dalam api Neraka dan balasan yang 
sedemikian itu adalah mudah bagi Allah, (tidak ada sesiapapun yang 
dapat menghalangnya). 

[31] Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu 
melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) 
kamu dan kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (Syurga). 

[32] Dan janganlah kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah 
kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk 
menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta 
benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana telah 
tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka 
usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang 
mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada 
Allah akan limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui 
akan tiap-tiap sesuatu. 

[33] Dan bagi tiap-tiap (lelaki dan perempuan yang telah mati), Kami 
telah tetapkan orang-orang yang berhak mewarisi peninggalannya iaitu 
ibu bapa dan kerabat yang terdekat dan mana-mana orang yang kamu 
telah membuat ikatan setia dengan mereka (untuk bantu-membantu dalam 
masa kecemasan dan kesusahan) maka berikanlah kepada mereka 
bahagiannya. Sesungguhnya Allah sentiasa Menyaksikan tiap-tiap 
sesuatu. 




 






------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Click here to rescue a little child from a life of poverty.
http://us.click.yahoo.com/rAWabB/gYnLAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke