Suruhanjaya perlu ditubuh tangani isu kerugian Bank Islam
Friday, October 21 @ 10:19:36 MYT


Oleh ANIS NAZRI
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Hrkh) - Kerugian Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) sebanyak RM456 juta yang didedahkan baru-baru ini, perlu dilihat kelemahannya dari sudut pengurusan pegawainya, bukan kepada sistem itu sendiri.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, berkata ini kerana sistem kewangan Islam itu adalah yang terbaik dan dijamin keberkatannya, berbanding sistem konvensional.

Katanya, kerugian BIMB ini perlu dilihat dari sudut pengurusan, yang dibimbangi wujudnya 'tangan-tangan ajaib' yang menyebabkan kerugian ini.

Sehubungan itu, Ustaz Idris meminta ditubuhkan sebuah suruhanjaya siasatan ke atas pihak pengurusan BIMB yang bertanggungjawab bagi mengenal pasti segala kelemahan dan kesilapan yang dilakukan.

"Kita mempersoalkan, bagaimana BIMB boleh meluluskan pinjaman kepada beberapa negara dan wilayah berisiko tinggi, seperti Kosovo dan selatan Filipina, yang keadaan politiknya tidak stabil, sedangkan BIMB selalunya begitu tegas dan teliti sebelum meluluskan mana-mana pinjaman," tegas beliau kepada Harakahdaily.

Presiden Jemaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamaruddin, pula berkata kes ini perlu disiasat dengan lebih teliti bagi mengenal pasti punca kerugian tersebut, lebih-lebih lagi ia melibatkan 'hutang lapuk' yang didakwa sudah dikesan lebih awal.

"Sekiranya ada kelemahan di pihak pengurusan, pihak BIMB perlu merombak dan mengukuhkan lagi pengurusannya supaya lebih cekap dan berhati-hati" katanya.

Mengulas lanjut kemungkinan kurangnya kepercayaan pelabur terhadap BIMB, Zaid berkata ia bergantung kepada sejauhmana masalah ini boleh diatasi.

Katanya, jika masalah ini dapat diselesaikan dengan mengenal pasti punca BIMB mengalami kerugian, dan langkah-langkah yang diambil kemudian, kepercayaan pelabur mungkin akan pulih atau sebaliknya.

Sementara itu, seorang jurutera, Muaz Che Kamaruddin, 28, berkata sebagai sebuah badan yang berasaskan Islam, BIMB sepatutnya lebih berhati-hati dalam melaksanakan muamalat supaya tidak dipandang sebagai 'penyeleweng' ummah dan agama.

Beliau berkata, situasi ini dipercayai mampu menggugat kepercayaan pelabur-pelabur asing, di samping menimbulkan bermacam-macam spekulasi mengenai pengurusan kewangan Islam.

"Mereka akan mempersoalkan tentang kepakaran dan kredibiliti pegawai-pegawai BIMB, kerana sebelum ini, mereka dimaklumkan tentang kebaikan dan ketelusan sistem kewangan Islam.

"Bukan sahaja kepada pelabur asing, tetapi seluruh rakyat juga sudah sedia maklum mengenai perkara ini," kata beliau ketika dihubungi.

Katanya, Islam sudah menggariskan, segala amalan yang dijalankan dengan berlandaskan Islam akan menjamin kebaikan dan keberkatan, oleh itu pengurusan BIMB perlu berpegang teguh dengan panduan tersebut bagi mengelakkan salah faham di kalangan orang bukan Islam. - lanh/wn

Advertisement

Sultan Mohamad Al-Fateh Versi BM:
Kisah bersejarah ini menceritakan kemenangan tentera Islam semasa pembukaan Konstantiniah semasa zaman Empayar Byzantine. Bandar ini dibina dengan pembinaan yang kukuh dan kawalan yang begitu ketat sekali yang mana sebuah terusan air mengelilingi bandar tersebut dibina untuk menjamain keselamatan penghuninya.

[Klik Sini Belian Online]



How much free photo storage do you get? Store your holiday snaps for FREE with Yahoo! Photos. Get Yahoo! Photos

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke