Oleh: zain y.s

Bid'ah hasanah. Apakah ada di dalam urusan agama apa yang dinamakan sebagai bid'ah hasanah?

Sering dikatakan bahawa membukukan al-Quran dan al-Hadis itu sebagai bid'ah hasanah. Bila Nabi yang mulia s.a.w. menyatakan "Sesungguhnya setiap bid'ah itu saiyi'ah/keji", maka apakah mungkin ada bid'ah lain dari bid'ah yang keji. Apakah ada apa yang dinamakan sebagai bid'ah hasanah.

Dalam suatu perkara, apabila ada di sana dalil yang boleh disandarkan, samada secara umum atau secara khusus apakah perkara itu kita masih lagi mahu menamakannya sebagai bid'ah.. Tetapi bid'ah hasanah.



Bila membukukan hadis itu ada petunjuk dari syarak secara umum, maka mengapa kita menamakannya sebagai bid'ah, tetapi hasanah. Bila kerja-kerja menyusun ilmu usul feqh yang tidak ada pada zaman nabi s.a.w. dilakukan tetapi ada petunjuk dari syariat yang menganjurkan apakah dapat kita katakan ia sebagai bid'ah.

 

Semua itu bukan bid'ah, samada hasanah atau wajibah atau mandubah (sunat) atau apa sahaja. Ia bukanlah perkara yang direka-reka dalam hal agama, tetapi ia memang ada di dalam agama.

 

Mengatakan sesuatu yang memang ada petunjuknya di dalam agama sebagai bid'ah baik dikatakan sbg hasanah atau apa sahaja adalah suatu perkara yang ganjil dan pelik. Kerana bid'ah dan tidak bid'ah adalah dua perkara yang saling bertolak ke belakang. Saling bertentangan yang tak mungkin bersatu. Apabila ia memang sesuatu yang direka-reka dalam agama, maka ia adalah bid'ah. Bid'ah hanya satu.. Dholalah. Bila ada petunjuknya maka ia adalah bukan bid'ah.

 

Berikut ini adalah fatwa syeikh Yusof al-Qaradhawi berkaitan dengan bid'ah dan komentarnya mengenai pembahagian bid'ah. Juga penjelasan di sekitar maksud sebahagian ulama membahagikan bid'ah kepada beberapa macam.

===========================

 

Soal: Apakah dia pembahagian bid'ah? Adakah benar di sana terdapat bid'ah hasanah (baik) dan bid'ah saiyi'ah (keji)?

 

Jawab: Berlaku pertentangan pendapat antara kalangan ulama tentang pembahagian bid'ah. Sebahagian mereka membahagikannya kepada bid'ah hasanah dan bid'ah saiyi'ah. Sebahagiannya pula menjadikan bid'ah kepada lima bahagian seperti hukum syar'i. Semua pembahagian ini tidak ada asalnya. Kerana hadis s.a.w. menyatakan: "Setiap bid'ah itu dhalalah." Ia adalah sesuatu yang diada-adakan yang tidak berada di bawah mana-mana asal atau sumber dari sumber-sumber tasyri' (pensyariatan) atau ia bukanlah perkara yang ada dalilnya dari mana-mana dalil hukum.

 

Dr Syeikh Yusof al-Qaradhawi menyatakan:

Di sana sebahagian ulama membahagikan bid'ah kepada: Hasanah dan Saiyi'ah. Manakala sebahagian dari mereka membahagikannya kepada lima bahagian, menurut pembahagian hukum-hakam syarak: Bid'ah wajib, sunat, makruh, haram dan harus/mubah.

 

Al-Imam al-Syathibi telah membahaskan masalah ini secara terperinci, dan ditengah-tengah beliau membahaskannya itu beliau berpendirian: Bahawa pembahagian ini adalah perkara yang direka-reka yang tidak ditunjukkan oleh mana-mana dalil syari'i pun, malah pembahagian itu sendiri saling bertolak-tolakan. Kerana hakikat bid'ah itu ialah sesuatu yang tidak ditunjuki oleh mana-mana dalil syarak, tidak juga oleh mana-mana nash syarak dan tidak dari qaedah-qaedahnya. Kerana jika di sana terdapat suatu dalil syarak yang menunjukkan atas wajibnya sesuatu, sunat atau harus, mengapa pula perkara berkenaan dikatakan bid'ah (hasanah). Ia sebenarnya (bukanlah bid'ah hasanah) tetapi perkara berkenaan telahpun masuk di bawah keumuman amal yang diperintahkan atau perkara yang dibolehkan (membuat pilihan).

Akhirnya natijahnya adalah satu, kerana mereka mengatakan bahawa penulisan al-Quran, menghimpunkannya dalam satu mushaf, menyusun ilmu Nahu, Usul Feqh dan ilmu-ilmu Islam lain adalah sebagai bid'ah wajib dan sebagai fardu kifayah.

 

Manakala sebahagian yang lain tidak bersetuju perkara-perkara di atas (penulisan al-Quran, menghimpunkannya dalam satu mushaf, menyusun ilmu Nahu...) itu dinamakan sebagai bid'ah hasanah. Kata mereka: "Pembahagian ini adalah pembahagian untuk bid'ah dari sudut bahasa sahaja. Yang kami kehendaki dengan bid'ah adalah bid'ah dari sudut syarak. Tentang perkara-perkara di atas, kami mengeluarkannya dari senarai bid'ah. Adalah tidak baik jika ia disebut sebagai sesuatu yang bid'ah. Yang utama adalah kita berpegang kepada Hadis yang mulia; kerana hadis datang dengan lafaz berikut dengan terang dan nyata: "Maka sesungguhnya setiap bid'ah itu dholalah (menyesatkan)."

 

Dengan keumuman lafaz hadis di atas, maka apabila dikatakan: "Setiap bid'ah itu dholalah" maka tidak perlulah kita katakan lagi: "bid'ah itu ada yang baik, ada yang keji, ada yang wajib, ada yang sunat dan seterusnya...." Pembahagian sebegini adalah tidak perlu.

 

Apa yang benar ialah, bahawa kita katakan apa yang telah disabdakan oleh s.a.w. di dalam hadisnya: "Maka sesungguhnya setiap bid'ah adalah dholalah." Yang dimaksudkan adalah bid'ah sebagaimana yang telah ditahqiq oleh al-Imam al-Syathibi: "Bid'ah ialah jalan di dalam agama yang direka-reka/diada-adakan." Iaitu yang tidak ada asal-usulnya dari syarak, tidak juga dari al-Quran, al-Sunnah, ijmak, qiyas, mashlahah mursalah dan tiada di kalangan fuqaha' yang menyatakan dalil mengenainya.

Sumber: Islamonline.net

 

(teks fatwa dalam bahasa arab)

 

Fatwa Al-Bouty: Tiada Bid'ah Hasanah

 

Soal: Saya telah terbaca kata-kata di dalam buku anda (al-Islam Mulaz Kulli al-Mujtamaat al-Insaniah) dengan tajuk ( Laisa Kullu Jadid Bid'ah). Di dalamnya anda menyatakan bahawa di dalam Islam tidak terdapat apa yang dinamakan sebagai Bid'ah Hasanah atau Saiyi'ah. Dan saya dapati perkataan anda ini telah bercanggah dengan apa yang ditulis oleh al-Nawawi di dalam kitab Syarhun Nawawi Ala Shahih Muslim, ketika beliau menjelaskan Hadis-hadis tentang Bid'ah. Dan juga bercanggah dengan tulisannya di dalam kitab Tahzib al-Asma' Wal Lughaat. Bahkan beliau (al-Nawawi) membahagikan Bid'ah itu kepada 5 bahagian: Wajib, sunat, makruh dan seterusnya...

Al-Imam Ibnu Hajar juga telah menyatakan begitu di dalam kitabnya Fathul Bari ketika menjelaskan tentang hadis-hadis Bid'ah solat Tarawih. Begitu juga dengan al-Imam al-Izz bin Abdus Salam di dalam kitabnya Qawa'idul Ahkam.

Apakah sebenarnya penjelasan di sebalik ini semua?



 Jawab:

Mereka yang membahagikan Bid'ah itu kepada beberapa bahagian seperti al-Nawawi dan selainnya, sesungguhnya mereka itu memaksudkan bid'ah dari sudut bahasa. iaitu mengada-adakan  sesuatu yang baru yang tidak pernah ada sebelumnya. Inilah makna ibda' (bid'ah) dengan maksudnya yang umum. Ia seperti yang dikehendaki di dalam hadis: "Barangsiapa yang menunjukkan satu sunnah yang baik, maka baginya pahalanya dan pahala orang yang beramal dengannya..." Al-Hadis.

 

Manakala Bid'ah menurut syarak dan istilah, iaitu mengada-adakan sesuatu yang baru di dalam urusan agama yang tidak wujud sebelumnya. Ia tidak terbahagi kepada hasanah (baik) atau saiyiah (buruk). Bahkan bid'ah dalam agama sentiasa saiyi'ah (buruk). Ini berbetulan dengan sabdaan s.a.w.: "Setiap Bid'ah itu dhalalah..."

 

Sumber: http://www.bouti.com/bouti_fatawa_c129.htm


Yahoo! FareChase - Search multiple travel sites in one click.

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke