PENYEBARAN DAKWAH DAN PERLUASAN EMPAYAR ISLAM DI PARSI
Rujukan : Sejarah dan Kebudayaan Islam, Prof Dr Ahmad Shalaby, Jilid 1, 1988.
Fiqh Al-Harakah dari sirah Nabawiyyah, Haji Abdul Hadi Awang, Jilid 1 & 2, 1988.
Oleh: Pak Ngah
Di dalam artikel ini dan seterusnya penulis akan memfokuskan penulisan iaitu mengenai penyebaran dakwah Islamiyyah ke Parsi. Penyebaran dakwah Islamiyyah ini juga seterusnya meluaskan lagi empayar Islam terutama di dalam pemerintahan Khulafa' ar-Rashidin. Banyak peperangan yang ditempuh oleh umat Islam untuk menyelamatkan penduduk Rom dan Parsi dari cengkaman Kaisar dan Kisra' yang maha zalim kepada rakyatnya sehinggakan Orientalis mendakwa Islam disebarkan dengan Pedang oleh kerana banyaknya peperangan yang terpaksa ditempuh umat Islam dalam gerakan penyebaran dakwah Islamiyyah.
Semasa di sekolah rendah iaitu pada tahun 70-an, penulis amat mengagumi dua orang pahlawan lagenda iaitu Rustam Panglima Parsi dan Herculis Pahlawan Rom. Penulis banyak membaca buku cerita mengenai keperwiraan mereka. Semasa di tahun 80-an iaitu sewaktu penulis melanjutkan persekolahan menengah ke Maahad Hamidiah, tanggapan itu mula berubah apabila mempelajari sejarah Islam terutamanya di zaman Khulafa' ar-Rashidin, Kerajaan Umaiyyah dan Kerajaan Abassiyyah.
Barulah penulis sedar siapakah Rustam Panglima Parsi? Beberapa peperangan seperti al-Jasr(Jambatan), Mahran atau an-Nakhilah, al-Qadasiah, Mada'in, Jalula', Nahawand dan sebagainya di Parsi akan mendedah bahawa Rustam adalan penentang kuat penyebaran dakwah Islamiyyah. Mereka menggunkan cara-cara yang zalim dan paksaan ke atas tentera mereka umpamanya dalam pertempuran Mauqi'ah Zatus-Salasil yang dipimpin oleh Hormuz dimana tentera Parsi diikat dengan rantai-rantai besi supaya mereka tidak melarikan diri dari peperangan.
Tentera Rom dan Parsi juga menggunakan taktik membawa isteri, anak-anak dan harta kekayaan mereka yang dikumpul dibelakang balatentera peperangan dengan tujuan mengingati mereka bahawa kekalahan bereti hancurnya rumahtangga dan kekayaan mereka.
Kaum Muslimin berperang untuk membela keyakinan aqidah mereka walaupun tanpa anak dan isteri ikut serta dalam peperangan. Hanya kekutan aqidah dan keimanan yang menjadi beklan mereka, mereka cintakan mati sebagai Syuhada' kerana darjat yang tinggi yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada mereka. Tentera Islam berjuang untuk mati sebagai Syuhada' sementara tentera kuffar berjuang untuk hidup dengan segala paksaan yang dikenakan oleh pemerintah mereka. Lihat sajalah kezaliman kuku besi Empayar Rom dan Parsi yang sanggup mengikat perajurit mereka dengan rantai-rantai besi secara paksaan supaya mereka tidak dapat meninggalkan medan pertempuran.
Artikel seterusnya akan membincangkan bagaiman susana pergolakan hidup dan kepercayan Parsi yang menganut agama Majusi iaitu menyembah Api sebelum kedatangan Islam kesana.
Wallahu a'lam…
--
"Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku kerana Allah Tuhan Seluruh Alam"
PakNgah
http://pakngah70.blogspot.com/
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
| Divine inspiration |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
