Ketentuan  Takdir.

Kata orang "jodoh di tangan Tuhan", itu satu kebenaran. Tapi saya percaya setiap sesuatu itu belaku, ada sebab musababnya. Saya antara gadis yang lewat bertemu jodoh. Sehingga sekarang usia mencecah usia 30th tapi masih sendirian. Saya tidak salahkan takdir Tuhan semata-mata, sebaliknya saya rasakan inilah yang terbaik untuk saya.

 

Mengkaji Diri.

Setiap orang yang mungkin manghadapi apa-apa masalah, sama ada masalah rumah tangga, kerja atau lewat bertemu jodoh, cuba kita renung ke dalam diri kita dan cari di mana puncanya. Misalnya saya, anak sulong yang lebih mementingkan tanggung-jawab terhadap adik-adik, apatah lagi dengan ketiadaan orang tua. Disamping itu saya juga agak cerewet. Kerana sudah pernah memikul tanggung-jawab terhadap adik-adik menjadikan saya terlalu berhati-hati dalam memilih pasangan hidup. Saya juga seorang yang tidak boleh diperlakukan sesuka hati. Saya sukar hendak bertolenransi dengan "kemahuan" lelaki.

Saya seorang yang terlalu mempertikaikan risiko berkomitment. Kadangkala keterlaluan. Sebab itu saya tidak salahkan tadir semata-mata. Sebaliknya saya bersyukur dikurniakan hidayahNya untuk mengkaji diri dan memperbaikinya.

 

Pernah saya mengenali seorang kawan yang berusia lewat 30an, belum bertemu jodohnya tetapi langsung tidak pernah mengambil ikhtibar untuk menkaji dirinya. Sebaliknya dia mengeluh dan sering tertanya-tanya mengapa nasibnya begini!?. Sedangkan saya sebagai kawan dapat melihat apa puncanya.

 

Mencari Hikmah.

Seringkali ujian Allah adalah hadiah untuk hamba yang di kasihi. DIA mahu kita mengkaji diri dan memperbaiki. Namun bagi mereka yang tidak membuka minda akan terus-terusan menyalahkan takdir, enggan mencari hikmah dalam memperbaiki diri sendiri tapi sebaliknya mengambil langkah yang jauh lebih sesat dan salah.

 

Dugaan yang hebat.

Sebenarnya untuk hidup sendirian bukanlah sesuatu penyiksaan buat saya. Tetapi yang terlalu menyakitkan adalah tanggapan masyarakat dan tekanan yang diberi. Saya seorang gadis yang saya rasa tak kurang paras-rupa dan budi bahasa tapi masih belum berumah-tangga. Sering kali masyarakat menganggap saya "desprate". Sudah tentu boleh terima sesiapa saja, walaupun penagih dadah, lelaki tua, suami orang, lelaki tak bekerja dsb. Untuk lelaki begini munkin saya boleh jawab "NO".

 

Dugaan yang lebih dahsyat yang terpaksa saya tempuhi adalah gangguan seksual dari lelaki-lelaki miang berstatus suami orang. Ajakkan seks dari saudara seagama tanpa segan-silu. Sungguh memalukan!. Terus terang saya katakan, lelaki yang berperangai buruk begitu, kalau dia bujang, kaya dan kacak sekalipun tak mungkin saya sudi jadikan suami. Saya pun hairan kenapa sebilangan besar kaum lelaki beranggapan seolah-olah kami kaum perempuan yang belum berkahwin ini, begitu memerlukan hubungan "lelaki perempuan" walaupun dengan jalan yang terlarang. Nauzubillah!

Lantaran Dugaan sebegitu yang sering saya terima, saya tertanya sendiri di mana kesalahan saya. Kalau dulu saya jenis yang tidak begitu kisah tentang pakaian, sekarang saya labuhkan tudung, longgarkan dan labuhkan baju. Saya bataskan hubungan baik saya dengan kaum lelaki.

 

Bersyukur.

Saya bersyukur kerana dugaan Allah sebenarnya adalah untuk menjadikan saya insan yang lebih baik.



Do you Yahoo!?
New and Improved Yahoo! Mail - 1GB free storage!

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke