Ya saya sokong...
dan henti2kanlah menggelarkan penyokong2 kerajaan ni sebagai buta atau bodoh...
dan penyokong pembangkang adalah cerdik dan tahu semuanya..dan begitu jua sebaliknya.....
rasanya lebih elok hidayahnet ni dijadikan landasan untuk berhujah dengan menggunakan bahasa yang lebih sopan....
Salam Ramadhan dan Salam Aidilfitri

[EMAIL PROTECTED] wrote:


Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin kepada semua....


Baguslah macam tu kalau saudara berfikiran macam tu. Teruskan lah usaha anda.


Pada saya, masing-masing ada pendapat dan haluan masing-masing. Saya menyokong apa yang baik dan saya pun bukannya buta tanpa menilai. Demikian juga sekiranya ada dakwaan yang bagi saya berat sebelah. Tidak semestinya apa yang didakwa itu betul bagi semua orang.   Perbincangan sudah dibuat, dan masing-masing lebih tahu menilai pendapat masing-masing. So, terpulanglah...... Sebagai menghormati para ahli yang lain (tempohari ada yang menegur kerana isu ini dah meleret-leret), saya ingin menamatkan perbincangan saya di sini kerana sudah jelas dengan pendapat masing-masing.

Daripada bisin-bising kutuk itu-ini bukankah lebih baik jika anda fikir strategi macamana nak laksana apa yang anda fikirkan, strategi macamana nak tukar pemimpin ke (kalau anda rasa nak tukar lah). Taklah bila tiba pilihanraya baru nak buat dan masa tu dah terlambat. Masuklah politik di gelanggang yang betul untuk menegakkan pendapat anda. Kalau gelanggang yang salah maka hujah anda hanya sekitar anda.

Buat saranan ke kerajaan ke, bagi suggestion yang anda rasa kerajaan patut buat. At lease pihak yang berwajib mendengar (sebab bukan semua orang yang memerintah itu sama seperti yang anda dakwa). Mungkin mereka lagi tahu. Berdialoglah dengan mereka sehingga anda faham. Jadi, berusahalah ...... Semoga berjaya dalam perjuangan anda.

Maaf zahir & batin.

asetip










      -----Original Message-----
      From: ruzaihan.junit [mailto:ruzaihan.junit]
      Sent: Tue 10/25/2005 9:38 AM
      To: [email protected]
      Cc:
      Subject: Re: FW: Bismillah [hidayahnet] Fwd: kawal harga minyak
     
     
      Assalamualaikum warahmatullah...
     
      Bukankah lebih elok memulakan bicara dengan salam? Kerana salam ini hanya
      diturunkan kepada mukmin...
     
      Anda betul la... memang anda betul bila kata nanti ada orang terkeliru.
      Kerana anda sendiri orang yang terkeliru. Yes... Nak bebaskan diri dari
      subsidi? Bagus... Anda mampu. Bagaimana dengan Pak Mat yang duduk di
      Segamat yang kerjanya hanya menoreh getah dengan pendapatan RM10 sehari.
      Bagaimana dan Mak Timah, ibu tunggal yang menyara 5 anaknya dengan menjual
      kuih di pagi hari?
     
      Bukan cakap besar. Tapi naiklah harga minyak hingga RM2.50 seliter pun
      insyaAllah saya masih mampu dengan kedudukan saya sekarang. Tetapi cuba
      fikirkan orang lain. Orang2 yang sengaja direndahkan pengetahuannya melalui
      propaganda media eletronik dan cetak. Orang yang terpedaya dengan
      mengatakan ini kerajaan yang mampu membela mereka tetapi sebenarnya memeras
      mereka.
     
      Saudara ambil kira kesan ke atas ekonomi negara semata2. Bagaimana dengan
      kesan terhadap kehidupan sosial? Seorang bapa, terpaksa menangung 6 orang
      anak. Dengan kenaikan harga barang yang melampau2, kesan dari kenaikan
      harga minyak, si bapa terpaksa bekerja lebih masa. Si ibu juga terpaksa
      bekerja dan meninggalkan tanggungjawab kepada anak yang sulung.
     
      Bagaimana kisah seterusnya? Fikirkanlah sendiri. Dah banyak terjadi di
      seluruh negara. Manakala ibu bapa yang muda pula mengambil keputusan untuk
      mengurangkan bilangan anak kerana bimbang tidak mampu. Maka jadilah 1
      tambah 1 sama dengan 1. Apa kesannya? Akhirnya, orang Melayu semakin tidak
      mampu dan semakin mengecut bilangannya. Manakala bangsa yang asalnya
      pendatang yang tetap mampu akhirnya menjadi majoriti.
     
      Manakah lebih utama? Agenda bangsa agenda tembolok pemimpin? Saudara dengan
      'tenang' katakan duit Petronas disalurkan untuk bahagian lain
      kemasyarakatan. Cuba senaraikan bahagian lain tersebut? Cuba? Tidak... Duit
      Petronas telah digunakan untuk pilihanraya baru2 ini. Termasuk untuk
      membayar calon pembangkang supaya menarik diri. Ingat UMNO ade duit RM4j?
     
      Nak tanya pakar pasal GDP boleh tapi siapa pakar tu? Sedangkan ulama boleh
      dibeli (Mashitah & Firdaus, sebagai contoh). Begitu juga hakim2. Bagaimana
      pula pakar2 yang memang bekerja untuk duit itu? Tak payah la. Kan saya dah
      kata. Ianya adalah laungan propaganda politik untuk membutakan mata rakyat
      dan seteusnya mengelirukan mereka. Contoh terbaik adalah saudara sendiri.
     
      Nak kurangkan kos kononnya kena kurangkan gaji saya. Kalau ada jaminan
      dengan kurangnya gaji saya semua barang akan turun harga, saya sanggup!
      Demi Allah saya sanggup. Biar saya susah di dunia asalkan saya senang di
      akhirat. Itu juga satu pengorbanan dari saya. Dan KERANA SAYA BUKAN SEPERTI
      PEMERINTAH YANG DALAM MERUNGUT KEKURANGAN BAJET TETAP NAK NAIKKAN GAJI
      MENTERI.
     
      Kenapa tak turunkan gaji para menteri dulu? Kenapa Pak Lah, Najib dan Hamid
      Osman yang sibuk promosi Islam Hadhari taknak ikut macam khalifah dulu2
      yang menjadi semakin miskin selepas bergelar khalifah? Kenapa menteri2
      mesti pakai kereta besar, ada bodyguard, rumah besar dan sebagainya?
      Kenapa? Itu duit siapa? DUIT SIAPA??? Duit anda, duit saya, duit petronas
      dan duit kita semua. Yang pasti bukan duit mereka.
     
      Jika kerajaan telah menurunkan gaji para menteri, telah memotong banyak
      perbelanjaan tidak perlu seperti promosi pemberian percuma dadah, kondom
      dan jarum suntikan tu, kalau kerajaan dah betul2 gunakan duit Petronas pada
      jalan yang benar, dan kemudian terpaksa juga menaikkan harga minyak,
      rasanya rakyat takkan bersungut. Kerana telah nampak di mata apa yang
      mereka usahakan.
     
      Saudara kata pilih pemimpin lain? Memang saya buat. Dan ramai orang buat.
      Tapi kalau dah terjadi macam peristiwa di Terengganu di mana beberapa buah
      bas pengundi hantu ditahan, kalau dah jadi kes seperti di Terengganu juga
      di mana rakyat disuap dengan wang 'kononnya' ehsan, kalau dah terjadi
      seperti di Selangor di mana SPR membantu BN dengan menutup lewat tempat
      mengundi, kalau dah terjadi seperti di Kuala Lumpur di mana kertas undi
      yang terpangkah calon pembangkang dijumpai dalam tong sampah dan kalau dah
      terjadi seperti di tempat2 lain di mana orang yang dah berbelas kali
      mengundi di kawasan itu tiba2 tercampak ke bukan kawasan lain sebaliknya
      negeri lain, bagaimana caranya hendak menewaskan mereka? Revolusi? Tak
      mungkin... Dari zaman Hang Tuah lagi orang Melayu pengecut angkat senjata.
      Hingga terpaksa tandatangan Pakatan Murni sebab takut sangat berperang.
      Akhirnya, jadilah kita seperti anak Palestin di bumi Malaysia Merdeka.
     
      Raya raya juga. Tapi ingat mereka yang serba kekurangan. Kalau orang yang
      sebelum naik harga minyak pun dah tak mampu nak beraya, bagaimana mereka
      nak beraya tahun ni? Tahun depan, selepas minyak naik lagi nanti? Jangan
      pentingkan diri sendiri. Cuba ingat orang lain. Kita mampu takkan mampu
      selamanya. Tiba2, kita yang dok sokong orang tarik subsidi ni, kena buang
      kerja pulak. Ha... Baru tau masa tu camne rasa orang yang susah hari ni.
     
      Terfikir pulak. Kalau Islam Hadhari ni diamalkan oleh para sohabat dan
      Rasulullah saw sendiri, kenapa Pak Lah tak berbuat seperti para sohabat
      yang berkeliling kota mencari orang susah bahkan sanggup belapar untuk
      orang lain ketika mereka menjadi khalifah? Agaknya orang yang dok sayang
      sangat kat kerajaan ni dan dok sokong sangat Islam hadhari ni boleh jawab
      kot? Wallhu'alam...
     
      Apa2 pun, macam orang Melayu yang lain, Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir
      Batin...
     
      Wassalamualaikum...
     
      - Abu Naqibah -
     
     
     
                                                                                                                                             
                            "asetip"@hoespc11.na.                                                                                            
                            xom.com                        To:      <[email protected]>                                             
                            Sent by:                       cc:                                                                               
                            [EMAIL PROTECTED]          Subject: FW: Bismillah [hidayahnet] Fwd: kawal harga minyak                       
                            s.com                                                                                                            
                                                                                                                                             
                                                                                                                                             
                                                                                                                                             
                            10/19/2005 05:22 PM                                                                                              
                            Please respond to                                                                                                
                            hidayahnet                                                                                                       
                                                                                                                                             
     
     
     
      Memanglah Petronas buat duit, tapi sebahagian tu dah jadi subsidi ke
      rakyat. Kerajan nak kurangkan subsidi minyak sebab nak salurkan ke
      bahagaian lain kemasyarakatan etc.
     
      Petronas buat deep sea exploration pun sebab nak dapatkan lebih minyak,
      salah satu daripada langkah untuk "energy security". Tapi jangan sebab
      jumpa telaga minyak baru then kita sudah fikir nak minta subsidi jer.
      Penemuan telaga minyak baru merupakan bonus dan dlm masa yang sama kita
      kena berusaha memajukan diri sendiri dan bebas dari subsidi minyak.
     
      Pasal nak compare dengan harga barangan lain dgn Malaysia. Kita buat
      comparison pasal minyak bukannya barangan lain. Kalau anda nak barangan
      lain juga turun maka semua orang terutamanya pengeluar kena turunkan harga
      barangan, gaji kena turun (itu pun kalau anda bersedia), harga barang
      mentah tempatan kena turun, harga barang metah import sudah pasti tak boleh
      turun! (kecuali kena subsidi - subsidi lagi). Tapi, masalahnya, macamana
      nak turunkan kos? Sanggup ke anda selama ni bertani jual sayur RM10/sebakul
      tiba-tiba nak kena jual RM2/sebakul? Jangan marah-marah. Kalau anda nak tau
      kenapa pergilah bertanya kat pakar ekonomi. Ianya ada kaitan dengan GDP dan
      economi balancing. Negara mana yg ada GDP tinggi tapi living cost rendah.
      Besok kalau Indonesia dan Vientnam sudah mencapai tahap ekonomi dan GDP
      seperti kita, sudah tentu RM100 yang anda katakan itu sudah jadi tidak
      cukup.
     
      Tapi yang pasti kecekapan tenaga merupakan salah satu measurenya.
     
      Beginilah, di bulan mulia ni tak perlu lah marah-marah. Nak lagi
      terperinci, pergilah tanya pihak berkenan yang berwajib. Tak baik buat
      provoke kat sini yang boleh mengelirukan orang ramai. Apa yang anda kata
      itu mungkin betul dimata anda tapi kurang tepat di mata orang yang pakar
      dan mahir.
     
      Mesti ada sebab yang anda kurang paham so, bertanyalah pada mereka yang
      lagi arif.
     
      Pasal masuk "duit masuk kocek" ni, saya no komen. Itu hanya Tuhan yang tau.
      Saya takut mencampurinya kerana tidak arif dan tahu terperinci
      berkenaannya. Takut nanti tersalah membuat fitnah.
     
      Kalau tidak suka pengurusan petronas, kenapa tidak tukar sahaja. Pemimpin
      tidak bagus kenapa tidak tukar saja. Kan kata kerajaan dipilih oleh rakyat,
      so pilih lah yang mana anda suka dengan proses pemilihan yang ada. Carilah
      kerajaan yang masing-masing rasa lebih adil. Bukan macam tu? Paling tidak
      kena berusaha bersungguh-sunguh dan menjadi contoh pemimpin yang adil. Buat
      macam apa yang kita katakan kearah keadilan.
     
      Minta maaf ler di bulan puasa ni. Tapi saya rasa penerangan selama ni sudah
      diberi. Maka, terpulanglah kepada masing-masing untuk menilainya. Cara
      terbaik untuk menilai ialah dengan berusaha dan membuat research
      mengenainya. Setelah itu, terpulanglah. Anda dengan pemikiran anda, saya
      dengan pendapat saya. Saya tetap dengan pendapat saya bukan kerana hendak
      menyokong penipuan politik, tapi lebih ke arah membaiki diri sendiri
      membebaskan diri dari subsidi, dan mengamalkan kecekapan tenaga. Kalau anda
      masih macam tu, itu hak andalah. Kita sudah berbincang dan cukup takat ini.
      Ikut kata hati masing-masing. Tak perlulah bising-bising sebab nanti ada
      orang yang lagi keliru...
     
      Sekian . Terima kasih dan minta maaf sekali lagi.
     
      asetip
     
     
     
     
                   -----Original Message-----
                   From: ruzaihan.junit [mailto:ruzaihan.junit]
                   Sent: Fri 10/14/2005 9:25 AM
                   To: [email protected]
                   Cc:
                   Subject: Re: Bismillah [hidayahnet] Fwd: kawal harga minyak
     
     
     
     
     
     
     
      --------------------------------------------------------------------------
     
      All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not
      in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or
      approved otherwise.
     
      If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a
      daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to
      change your mail delivery settings or email the moderators at
      [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
      Yahoo! Groups Links
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
     
      --------------------------------------------------------------------------
     
      All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
     
      If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
     
     
     
  _____ 

      YAHOO! GROUPS LINKS


           
      *      Visit your group "hidayahnet <http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet> " on the web.
             
      *      To unsubscribe from this group, send an email to:
            [EMAIL PROTECTED] <mailto:[EMAIL PROTECTED]>
             
      *      Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service <http://docs.yahoo.com/info/terms/> .


  _____ 




--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".



Yahoo! FareChase - Search multiple travel sites in one click.

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke