Salam sejahtera,
Walau apa pun nama atau bahasa yang kita gunakan mestilah jangan sampai menyinggung perasaan orang lain,kita harus peka dalam soal ini.Saya mempunyai beberapa kawan yang berbangsa india dan mereka kurang senang jika dipanggil keling walaupun saya pernah memberitahu mereka akan sejarah Raja Keling itu.Dari riak wajah mereka saya pasti mereka tidak mahu ditanyai tentang sebab musabab mereka tidak suka dipanggil keling.
Marilah kita hentikan memanggil atau memberi gelaran2 yang tiada disukai oleh sesiapa saja tanpa mengira warna,kulit,bangsa atau agama.
Harap maaf jika tersinggung dengan komen saya ini..
Yang Daif lagi Lemah;
Shah
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
Apa salahnya memanggil Keling kepada masyrakat India. Keling ialah pangilan klasik atau istilah lama untuk bangsa India di Tanah Melayu. Ini mengikut sejarah kumpulan awal orang dari benua India ke Tanah Melayu ialah dari Kerling atau Kerlinga di India. Orang Kelantan dan Terengganu tidak memanggil India kepada orang India. Mereka sejak dari berzaman hingga sekarang memanggil Keling bagi orang India. Ia perkara biasa. Kalau orang India terasa terhina dia punya fasallah!
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
Roslan SMS <[EMAIL PROTECTED]> wrote:Bagaimana mengawal lidah ahli Parlimen
ROSLAN SMSBukan lagi satu rahsia bahawa ahli-ahli parlimen terutama dari parti pemerintah Umno/BN memiliki rekod sering mengeluarkan kata-kata kesat dan biadap dalam dewan rakyat.
Fenomena ini berlaku barangkali kerana pertama mereka memiliki majoriti yang luar biasa besarnya, lantas menyangka yang pendapat dan pandangan orang lain tidak berharga dan kedua kerana di dewan rakyat selain dari sesama ahli parlimen, kakitangan dan pelawat, mereka menyangka tidak ada orang lain yang dapat mendengar dan memerhati gelagat mereka.
Beberapa tahun lalu kita pernah mendengar rakaman kata-kata kesat dan nista dilemparkan umpamanya kepada Karpal Singh ketika beliau berucap. Seolah-olah bangsa dan budaya Karpal itu adalah bahan momokkan bagi si BN dan Umno.
Ulamak tahi kucing, pakai sahaja serban tapi bodoh adalah antara ayat-ayat biadap yang pernah dilemparkan terhadap ahli-ahli parlimen PAS.
Dan yang terkini adalah apabila wakil BN dari Yan menggunakan istilah KELING terhadap masyarakat India Malaysia.
Itu tidak termasuk kata-kata jolokkan berbau seks yang ditujukan kepada ahli-ahli wanita, seperti yang biasa dilemparkan apabila wakil Batu Gajah.
Dan biasanya juga apabila dibawa ke perhatian Speaker, mereka yang biadap ini samada akan dilepaskan dengan memohon maaf atau kadangkala dilepaskan begitu sahaja.
Hairan walaupun memilki pendidikan yang tinggi dan dihormati pula pada mata masyarakat namun apabila diberi peluang berucap mereka mudah lupa keperibadian mereka masing-masing dan boleh dalam sekelip mata sahaja bertukar menjadi badot dan haiwan yang tidak berakal.
Penyakit celupar mulut ini bukan sekadar merebak di Dewan Rakyat, malah demikian juga di Dewan-dewan Undangan Negeri. Di DUN Terengganu kita pernah mendengar ADUN Umno melabelkan ADUN Pembangakng dari PAS sebagai BABI!
Inikah jenis ahli-ahli parlimen yang dilahirkan oleh Malaysia yang sedang bergelut mahu menjadi negara maju itu?
Cuba kita perhatikan contohnya House of Commons, parlimen di UK. Kebebasan diberikan kepada ahli-ahli parlimen untuk berucap dan berbahas, dan mereka di sana menggunakan peluang tersebut seluas-luasnya. Bezanya mereka tidak menggunakan kata-kata kesat sebagaimana yang sentiasa bermain di bibir ahli-ahli dari BN/Umno itu.
Berkemungkinan jika kita tayangkan secara langsung sidang dewan, sekurang-kurangnya rakyat jelata dapat menilai dan memerhatikan gelagat wakil masing-masing. Di ketika itu yang badot dan berperangai umpama haiwan mungkin akan berhati-hati kerana memelihara survival masing-masing.
BLOG ROSLAN SMS
Yahoo! FareChase - Search multiple travel sites in one click.
Get My Web - a better way to save web pages
To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.
Yahoo! FareChase - Search multiple travel sites in one click.
Yahoo! FareChase - Search multiple travel sites in one click.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
