Assalamualaikum w.b.t,

Para ibubapa yang kami sanjungi, sempena cuti sekolah ini, The Little Khalifah Shop akan mengadakan beberapa program bermula pada minggu hadapan (14/11/2005).  Program tersebut adalah seperti berikut :


1) Kelas Intensif Tajwid @ The Little Khalifah Shop

The Little Khalifah Shop akan mengadakan Kelas Intensif Tajwid Al-Quran untuk Kanak-Kanak pada 14/11/2005 sehingga 25/11/2005 (2 minggu) setiap hari pada pukul 9 pagi hingga pukul 11 pagi.

Objektif Kelas ini:
- Dapat mempelajari ilmu tajwid  dengan lebih mendalam.
- Memahami dan membaca Al-Quran dengan sempurna dan lebih baik.
- Dapat memperbaiki bacaan Al-quran dengan mengikut hukum-hukum tajwid yang betul.
- Dapat menerap dan meningkatkan kualiti pembacaan Al-Quran dalam diri anak-anak.
- Melatih kanak-kanak supaya berkebolehan dan mahir dalam membaca dan memahami Al- quran.

Had Umur : 10 keatas  (boleh membaca Al-Quran)

Yuran: RM 120.00 seorang  (termasuk senaskah Al-Quran)

Pengajar : Ustaz Nik Mohd Farouk


2) Kelas Jawi @ The Little Khalifah Shop

The Little Khalifah Shop akan mengadakan Kelas Jawi untuk Kanak-Kanak pada 14/11/2005 sehingga 18/11/2005 (5 hari) iaitu Isnin hingga Jumaat setiap hari pada pukul 11.30 pagi hingga pukul 1 petang.

Objektif Kelas ini:
-  Menggunakan kaedah pembelajaran yang ringkas dan mudah di fahami.
-  Menanam minat generasi muda untuk mendalami dan menguasai tulisan jawi.
-  Bersesuaian dengan sukatan pelajaran  JQAF yang dipraktikkan di  sekolah-sekolah.
-  Melatih kanak-kanak supaya berkebolehan dan mahir dalam membaca dan menulis tulisan jawi.
-  Supaya kanak –kanak dapat mengenal huruf-huruf jawi dan memudahkan mereka untuk membaca Al-Quran.

Had Umur : 5 hingga 7 tahun

Yuran: RM 120.00 seorang (Untuk 5 sesi kelas termasuk 1 set buku jawi)

Pengajar  :  Sister Nurul Haida


3) Little Khalifah Training

The Little Khalifah Shop akan mengadakan Kelas “Little Khalifah Training” untuk Kanak-Kanak pada 14/11/2005 sehingga 17/11/2005 (4 hari) iaitu Isnin hingga Khamis setiap hari pada pukul 2 petang hingga pukul 5 petang.

Objektif Kelas ini:
-        Dapat membantu ibubapa mengaplikasikan kaedah khalifah di dalam rumah
-        Dapat melatih anak-anak menjadi khalifah dengan baik
-        Dapat membantu anak-anak memahami bagaimana Allah mencipta Alam ini
-        Dapat memberi motivasi yang positif supaya anak-anak amat suka dengan peranan mereka sebagai Khalifah. (menjadi terbaik dalam akademik dan akhlaq)
-        Dapat mengajar anak-anak supaya mencintai Allah dan Rasulnya

Had Umur : 10 hingga 12 tahun

Yuran: RM 100.00 seorang (termasuk fail, Buku Mewarna, Buku Nota, sekotak oil pastel colour, pensil, pemadam, lencana khalifah, sijil dan juga juadah ringan)

Pengajar  :  Trainers Khalifah Institute


4)  Little Khalifah Baking Class

The Little Khalifah Shop akan mengadakan Kelas “Little Khalifah Baking” untuk Kanak-Kanak pada hari Jumaat, 18/11/2005 pada pukul 2.30 petang sehingga 6 petang.   Kanak-kanak akan diajar bagaimana untuk membuat muffins dan juga fruit punch.

Objektif Kelas ini:
-        Dapat mengajar anak-anak ilmu memasak yang mudah
-        Dapat melatih anak-anak tanggungjawab sebagai Khalifah Allah
-        Dapat mengajar anak-anak mengikut arahan
-        Dapat mengajar anak-anak supaya bersabar untuk menghasilkan masakan
-        Dapat mengajar anak-anak menghargai ibu yang memasak untuk mereka

Had Umur  :  5 hingga 12 tahun

Yuran : RM30 seorang

Pengajar  :   Sister Roslinah Daud


5)  Islamic Arts & Craft Class

The Little Khalifah Shop akan mengadakan Kelas “Islamic Arts & Craft” untuk Kanak-Kanak pada 21/11/2005 sehingga 25/11/2005 (5 hari) iaitu Isnin hingga Jumaat setiap hari pada pukul 2.00 petang hingga pukul 5 petang.

Objektif Kelas ini:
-        Mengajar anak-anak menjadi kreatif
-        Menggunakan kaedah pembelajaran yang ringkas dan mudah di fahami.
-        Menanamkan semangat cintakan Islam melalui ekspresi seni yang mudah
-        Dapat Menghasilkan buah tangan yang cantik untuk dijadikan kenangan

Programs : Day 1 : Making Scrapbook using Islamic Designs & Motifs
Day 2 : Learning about Khat : Art of Khat
Day 3 : Playing with Colours : 3D Futuristic Masjid
Day 4 : Design your own t-shirt
Day 5 : Playing with Clay : Kaabah in Mekah


Had Umur  :  7 hingga 12 tahun

Yuran : RM100 seorang (termasuk bahan-bahan arts & craft & juadah ringan)

Pengajar  :   Ustaz Fauzi


Program-program lain akan diumumkan pada masa akan datang.

Di antara program-program yang telah dirancang adalah Little Khalifah Tafsir Class (05/12/2005 - 16/12/2005), Stitch & Knit class (28/11/2005 to 02/12/2005), Intensive Arabic Class (28/11/2005 to 30/12/2005), Kelas Mengenal Keperibadian Rasulullah (28/11/2005 to 02/12/2005) dan Kelas Solat untuk anak-anak (20/11/2005)

Sila hubungi 03-41426269 atau 012-2576269 atau 012-6088304 atau emel kepada [EMAIL PROTECTED] untuk mendaftarkan nama anak-anak anda.   Tempat adalah terhad.   Pengangkutan disediakan bagi sekitar Ulu Klang, Keramat, Wangsa Maju dan Setiawangsa.

Wassalam,
The Little Khalifah Shop
No 89, Jalan 2/27F
Pusat Bandar Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur


To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke