Assalamu 'alaikum....
Sesamalah kita berdoa semoga Ayah Pin bertaubat dan
kembali kepada ajaran Islam yang sebenar, semoga Allah
mengampuni akan segala dosa2 Ayah Pin, jgn asyik dok
ngutuk jer,,, tuhan marah tau! Silap2 kita pulak yang
lagi banyak dosa dari Ayah Pin pulak nanti lagi
haru!... Pas tu, kalo nak hukum ke...apa ke...kita
sama2 serahkan kepada pihak yang bertanggungjawab
untuk menguruskannya.
Tentang menggabungkan perayaan Deepavali ngan
'Aidilfitri tu pulak saya rasa takde masalah sebab
yang nyambut 'Aidilfitri ialah kita yang Muslim
manakala yang lagi satu tu disambut dan dirayakan oleh
penganut Hindu. Kalo dah tarikh perayaan itu serentak,
takkan kita nak pisahkan pulak? Boleh ke salah satu
perayaan itu didahulu-kemudiankan??....semata-mata
kerana tarikhnya yang jatuh pada hari yang sama?
Yang pentingnya, kita masing-masing menghormati antara
satu sama lain...bukannya turut sama merayakan hari
perayaan mereka.
Secara ringkasnya, cuba rujuk ayat terakhir Suratul
Kaafirun....LAKUM DIINUKUM WA LIYADIIN......"
Wassalam.
--- [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED] wrote:
> Tidak dapat dinafikan bahawa pihak musuh Islam akan
> mengambil kesempatan ke atas ayapin (ayah pin) -
> kalau nak panggil dia 'ayapan' pun tak apa sebab dia
> dah bukan lagi Islam. Sesiapa yang jumpa dia tolong
> beritahu tak payahlah dia pakai nama Arifin lagi
> kalau dia memang dah tak berminat dengan Islam. Nama
> itu bukan hak dia. Kesempatan yang diambil oleh
> musuh Islam ke atas 'ayapin' pasti dalam bentuk
> kewangan dan moral. Ini tidak dinafikan sebab
> dikatakan 'ayapin' memang banyak duit dan The Star
> itu mungkin salah satu dari penyumbang sokongan
> moral. Kita tak perlu boikot The Star. Tapi kalau
> penjual akhbar yang boikot lebih berkesan.
>
> Secara zahir kita tak rasa rugi besar kalau ayapin
> seorang saja yang murtad. Cumi kita semua mungkin
> akan menanggung rasa bersalah yang amat besar dan
> kita semua semua sebenar bersalah kerana kita yang
> begini ramai (dan sebahagian kita ada kuasa) gagal
> 'memulih' ayapin yang cuma seorang. Kewujudan ayapin
> menyebab kita semua menanggung beban yang amat besar
> kerana semua yang terpengaruh dengan ajarannya ialah
> orang Islam. Kalau pengikut-pengikutnya itu bukan
> Islam tak kisahlah. Kalau dia ayapinkan orang Hindu
> lagi baik. Kalau dia ayapinkan orang Kristian lagi
> baik sebab dia boleh mengurangkan bilangan penganut
> agama-agama ini yang terkenal memusuhi Islam.
> Sekarang ini jelas bahawa pihak berkuasa gagal
> menangani sepenuhnya masalah yang ditimbulkan oleh
> ayapin. Usaha membenteras ayapin setelah BN
> memerintah Terengganu hanya gimik UMNO sahaja. Usaha
> ini telahpun dibuat semasa pemerintahan PAS tetapi
> kurang berkesan dan kurang publisiti disebabkan oleh
> kurang bantuan dan sokongan dari
> pihak yang ada lebih kuasa. Gimik tetap gimik sebab
> ia bertujuan untuk publisiti. Kalau ia bukan gimik
> untuk publisiti, ayapin sudah pasti kena tangkap
> sebab PDRM memang pasukan yang terkenal cekap.
>
> Kesimpulan: Oleh kerana pihak berkuasa nampaknya
> gagal menangani sepenuhnya masalah ayapin (walaupun
> dengan undang-undang) maka kita semua umat Islam
> harus mengambil tanggungjawab dengan kemampuan
> masing-masing untuk menghapuskankan ayapin
> (ajarannya).
>
> "Abd Mutalib Ibrahim"@yahoo.com wrote:
> Seperti yang saya pernah tulis tempoh hari,
> menangkap Ayah Pin itu
> adalah salah satu cara untuk menghapuskan pengaruh
> Ayah Pin. Tidak
> menagkapnya pun adalah satu cara untuk menghapuskan
> pengaruh Ayah Pin.
> Kerana jika ia tidak ditangkap, bermakna ia masih
> dalam buruan. Orang
> yang dalam buruan susah nak kumpul pengaruh dan buat
> payung dan teko
> macam di Terenganu itu.
>
> Saya kira lebih baik dia hidup dalam buruan beberapa
> lama, sehingga
> pengaruhnya hilang kemudian baru ditangkap dan
> dibicarakan selepas isu
> ini dah jadi basi. Sekurang-kurangnya Ayah Pin tidak
> lagi mendapat
> perhatian akhbar.
>
> Cuba saudara lihat akhbar The Star tempoh hari yang
> memberi publisiti
> besar-besaran kepada agama Ayah Pin siap dgn
> gambar-gambar sekali
> termasuk synopsis ajaran Ayah Pin yang menekankan
> konsep muhibbah dan
> perpaduan sesama kaum diMalaysia ini. Jika ajaran
> Ayah Pin ini dibiarkan
> panas didalam akhbar, besar kemungkinan ajaran ini
> akan menarik simpati
> golongan liberal termasuk Islam liberal seperti SIS
> diMalaysia ini. Ia
> juga mungkin boleh menarik perhatian pihak luar yang
> ingin sekali untuk
> menjatuhkan imej Islam di dalam dan diluar negeri.
> Jika ini berlaku, isu
> ini mungkin agak sukar untuk dikawal oleh pihak
> berkuasa agama di
> Malaysia ini.
>
> Saya rasa tidak perlu ada fatwa untuk menjelaskan
> bahawa menggabungkan
> Deepavali dan Hari Raya Aidil Fitri didalam satu
> perayaan adalah haram.
> Ini kerana menyambut Hari Raya Aidil Fitri adalah
> disyariatkan oleh
> Agama Islam dan sunnah Nabi Muhammad SAW.
>
> Sementara Deepavali adalah perayaan menyambut
> kemenangan kebaikan atas
> kejahatan. Kebaikan yang dimaksudkan ialah
> kemenangan Dewa Krishna
> keatas seorang raja yang jahat bernama Nakasura.
> Kepada penganut Hindu
> Dewa Krishna dalam bentuk Sri Rama adalah salah
> seorang jelmaan tuhan
> yang besar.
>
> Agama Islam pula tidak mengakui adanya tuhan selain
> Allah SWT dan
> Muhammad sebagai pesuruhnya. Agama Islam juga
> menyatakan melakukan
> syirik kepada Allah SWT samada didalam hati,
> percakapan atau perbuatan
> boleh merosakkan iman, i.e KAFIR dan segala amalan
> kebaikannya tidak
> diterima dan selepas mati dia akan dimasukkan
> kedalam golongan orang
> yang rugi SELAMA-LAMANYA.
>
> Jadi menyambut perayaan yang berasal usul dari
> kepercayaan yang syirik.
> i.e perayaan yang menyekutukan Allah dengan
> lain-lain makhluk atau
> makhluk khayalan sekalipun adalah perbuatan yang
> syirik dan haram.
> Menggabungkan perayaan yang syirik dengan perayaan
> yang disyariatkan
> oleh Allah SWT adalah juga syirik dan bukan dari
> perbuatan orang yang
> beriman kepada Allah, Rasulnya dan Hari Pembalasan.
>
> Cenderung kepada amalan syirik juga adalah haram
> seperti menggalakkan
> penggabungan perayaan yang disyariatkan dengan
> perayaan yang ada unsur
> syirik. Menggalakkan disini termasuklah perbuatan
> seperti memberi komen
> yang positif seperti merapatkan perasaan muhibbah
> sesama kaum, perpaduan
> sesama kaum, integriti nasional, masyarakat
> sederhana dan liberal dan
> toleransi dan entah apa apalah lagi.
>
> Tuan adalah digalakkan untuk bertanya tentang
> perkara ini kepada orang
> yang lebih mengetahui daripada saya. Saya hanya
> menyampaikan apa yang
> saya belajar dari ustaz-ustaz yang mengajar
> kitab-kitab tauhid.
>
> Sekianlah adanya.
>
> Wassalam. Selamat meyambut Hari Raya Aidil Fitri
> kepada semua .Mohon
> ampun dan maaf segala yang terlanjur dan terkasar
> selama ini.
>
>
>
>
> >>> Pak Belalng 30/10/2005 11:53:45 >>>
> Telah beberapa purnama Ayah Pin meninggalkan kita
> tanpa sebarang
> berita. Ura-ura Ayah Pin hendak menubuhkan kerajaan
> dilangit mungkin
> faktor utama mengapa sehingga berita ini ditaip
> pehak berkuasa agama
> semacam sepi sahaja untuk menangkapnya.
>
> Lainlah kalau Ayah Pin hendak menubuhkan kerajaan di
> muka bumi ini.
> Mungkin pehak berkuasa agama termasuk Jakim akan
> lebih aggresif untuk
> menangkapnya. Semacam ada pilih kasih pehak berkuasa
> agama terutama
> Jakim dalam menjalankan tugas mereka!
>
> Masyarakat umumnya sudah maklum akan berita Ayah Pin
> terkeluar dari
> agama Islam. Dengan berita audio video dan keratan
> akhbar yang
> menunjukkan cara sembahyang Ayah Pin macam mirip
> sami Hindu. Semacam
> membawa erti bahawa Ayah Pin penganut agama Hindu.
>
> Jadi dengan dwi perayaan yang hampir sama tarikh
> sambutannya antara
> Deepavali dengan Hari Raya Aidil Fitri,sudah pasti
> melambai kepada Ayah
> Pin agar pulang kepangkuan keluarga dan pengikutnya
> yang tercinta.Ayah
> Pin bebas hendak merayakan mana-mana perayaan
> mengikut seleranya atau
> kedua-duanya serentak.
>
> Tetapi kalau mengikut Fatwa Mufti negeri Perak yang
> tidak diwartakan,
> haram menyambut DeepaRaya serentak? Tak tahulah
> sejauh mana kebenaran
> Fatwa Mufti tersebut. Tetapi memandang ramai
> dikalangan pemimpin UMNO
> turut merayakan sambutan DeepaRaya. Sebagai
> menghormati pemimpin Barisan
>
=== message truncated ===
__________________________________
Yahoo! FareChase: Search multiple travel sites in one click.
http://farechase.yahoo.com
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Click here to rescue a little child from a life of poverty.
http://us.click.yahoo.com/rAWabB/gYnLAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved
otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the
title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/