Bila kita beli kereta kita bukan beli sekadar kereta. Kita beli kecantikan,
kemasan juga keselamatan.

Tepuk dada tanya selera

*BILA MELAYU MULA BERSUARA BUKANLAH BERMAKSUD UNTUK MENJATUHKAN SESAMA
MELAYU (JGN BERFIKIRAN SEMPIT)

-----Original Message-----
From: [email protected] [mailto:[EMAIL PROTECTED]
Behalf Of "Abd Mutalib Ibrahim"@nstp.com.my
Sent: Wednesday, 09 November, 2005 5:14 PM
To: [email protected]
Subject: Bismillah [hidayahnet] Re: Something about Proton...fromproton
staff I guess....


Bangsa yang tak akan maju tu ialah bangsa yang suka merendahkan kaum
sendiri. Tidak payah ada orang lain dari bangsa lain yang merendahkan
mereka. Cukup bangsa sendiri untuk merendahkan kaum mereka sendiri.
Banyak juga saya tengok orang Melayu nak jadi orang putih ni. Sebabnya
mereka nak jadi orang putih ialah sebab mereka memnadang rendah pada
bangsa sendiri. Cakap macam orang putih. Pakaian dan hiburan macam orang
putih. Cara makan macam orang putih. Pendek kata segala-galanya nak jadi
macam orang putih.
Pandai betul orang Inggeris dulu-dulu menyematkan perasaan rendah diri
dalam datok nenek kita dulu. Sampai sekarang anak cucu orang Melayu
masih terhegeh-hegeh nak jadi macam orang putih.


>>> "tokpayne"  31/10/2005 18:59:40 >>>
memang dah nasib atau sumpahan kita orang Malaysia, semua yang datang
dari lura negara itu sangat baik, tidakada cat cela. kereta, kain,
barang permainan, pinggan, selipar, kayu pembaris, doktor, pakar
pengurursan, peguam, konsultan, just name it. hatta mee, kalau bukan
mee jawa, sure tak sedap, nasi ayam, kalau bukan singapore chicken
rice, tak berapa sedap.

nasib proton ni pulak, bukan setakat economic reasons tapi saya
percaya lebih dari itu, ada agenda yang tersembunyi oleh pihak-pihak
tertentu yang sejak dulu tak suka, benci, cemburu, proton dilahirkan.
pihak dalam negara, pihak luar negara, sama saja. bukan kita tak
pernah tau bukan main banyak cubaan utk sabotage kereta proton. sampai
sekarang, berapa bijik proton dapat masuk indonesia, singapore,dan
lain-lain negara? ya la, depa meman bagi alasan, tapi itu lah dia:
"alasan". Hakikatnya ialah takbulih masuk.

Yang kita ni pulak, terikut-ikut dengan dakyah orang lain. tanpa kita
sedari, kita termakan apa yang depa senmua kata. proton tak bagus,
proton itu proton ini. kerajaan kita pun akhirnya termakan jugak
dengan taktik halus ini.

tapi jom kita tengok, yang jadi CEO proton tu orang bangsa apa
(melayu/malaysia), yang ramai kerja di proton tu orang apa
(melayu/malaysia), yang ramai jadi technician, engineer, manager
dsbnya orang apa (melayu/malaysia). tu sebabnya secara halus, orang
lain guna tektik untuk nak padamkan proton dari mukabumi ni. asakan
demi asakan, dari "pakar" luar hingga ke "pakar" dalam, orang biasa
hingga ke menteri, dari petani hingga ke ahli parlimen, sindir dan
kutuk proton.

bab patriotik: memanglah, melayu, cina, india, iban, dusun dll rakyat
malaysia ni, tak pernah ada sikap patriotik. penjajah dari portugis
hingga british dah berjaya sangat padamkan semangat patriotik kita
dalam apa hal pun.

buka kita rakyat biasa ni sahaja ynag macam tu, menetri pun tak nak
tunjuk semangat patriotik ni. kereta resmi proton perdana, tapi berapa
kerap depa pakai perdana? pakai mercedes jugak. menteri yang approve
AP pun pakai toyota harrier. yang herannya, pasai apa kerajaan
persekutuan dan kerjaan negeri tak buat official policy, kereta resmi
oleh PM, TPM, menteri, timbalan menteri, s/u parlimen, s/u politik, MB
exco, KSN, KSU dan sapa-sapa lagi yang entitled to offcial car, MUST
pakai ONLY perdana.Tengok PM India, pakai kereta Ambassador buatan
India jugak. walaupun kereta tu semua orang gelak kat shape dia.  tu
patriotik namanya. Bila ada mesyuarat resmi antarabangsa, pakai
perdana. ni tidak, bila ada IC, pakai mercedes pakai bmw.

ahh, malas la nak cakap bayak bulan2 posa ni. cakapun tak guna jugak.
kita orang melayu terutamanya, memang dah macam tu. yan pandai, fitnah
orang, adu-domba, surat layang, iri hati, hasad dengki. solat tak
tinggai, tapi hati berkarat dengan perangai buruk. tak tau mana
silapnya kita ni...

--- In [email protected], docsj30 docsj30 wrote:
>
> This message is not from me ar....just passing around a letter I
received....
>
>
----------------------------------------------------------------------------
--------------------------------
> Assalamualaikum,
>
> Yang ni saya kena jawab la sebab banyak sangat misinformation.
Biasanya
> information yang berpindah dari satu mulut ke satu mulut yang lain
> akan berubah menjadi sensasi. Itu lah masyarakat kita. Kita bukan
> mendapat firsthand info tapi berdasarkan cerita yang telah ditokok
> tambah. Ini dia cerita dari orang dalam yang duduk ditengah tengah
R&D
> PROTON.
>
> ...........ada kenalan dari kastam boleh confirmkan perkara
ni..member atuk
> kerja kastam kat kelang dan beliau sendiri yang maklumkan yg salah
> satu tugas dia adalah buat checking penerimaan barangan proton untuk
> di pasangkan di negara ni. Satu kontena enjin je..manakala kontena
> lain adalah pintu, body dan sebagainya. sama lah dengan kereta lain
> juga.
>
> Kalau kita lalu kat kawasan glenmarie tu, akan ternampak lah satu
tanda...
> Kilang Enjin Proton. Tanda tu tak duduk kat situ untuk suka suka je.
> Kalau kita jengok kat dalam.... Boleh nampak besi cair yang dituang
> kedalam acuan untuk membuat enjin block. Memang proton ada mengimpot
> enjin tapi dari kelas 1.2 dan 2 liter. 1.2l untuk Savvy (enjin
> Renault) dan 2l untuk Perdana. Tapi untuk enjin 1.3, 1.5, 1.6 proton
> buat sendiri. Untuk pintu pulak... hanya kereta kereta Perdana
sahaja
> yang proton beli pintu dari Mitsubishi. For your information, Untuk
> membuat pintu sahaja memerlukan dekat 20 acuan. Bayangkan lah 4
pintu.
> Modal itu shaja sudah hampir RM50juta. So untuk kereta yang volume
> kecil, kita beli dari luar. Untuk kereta Isawara, Wira, Waja, Gen2,
> Savvy...100% body dibuat di Malaysia.
>
> Bayangkan dah 20 tahun menanti kereta Malaysia yang sebenarnya tak
> keluar-keluar lagi.Bagi yang berkemampuan sudah tentu tak mahu
> menggunakan injin kenderaan berteknologi 70an, 80an dan 90an yang
> diubahsuai. Sudah tentu ramai nak teknologi terkini dan sebenarnya
> milik kita. Secara umumnya proton masih belum ada enjin sendiri
> lagi..jadi adalah sukar hendak dikatakan kalau ianya adalah kereta
> Malaysia yang sebenarnya. Pengeluaran kenderaan adalah berdasar
> injinnya barulah boleh dikatakan ianya kenderaan negara sebenarnya.
>
> Disini lagi ada misinformation. Memang untuk kereta Perdana kita
impot enjin
> dari Jepun. Untuk Savvy kita guna kan enjin Renault. Untuk Isawara,
> Wira dan Waja kita buat enjin di Malaysia walaupun design original
dia
> dari Mitsubishi. Tapi enjin Gen-2 adalah enjin terkini yang di reka
> oleh jurutera Proton dan dibina di Malaysia. Enjin tersebut
> menggunakan teknologi terkini. Jadi kenyataan diatas agak
menyesatkan
> sedikit. Naza, Perodua.... Masih lagi membawa enjin dari luar. Modal
> untuk mereka dan mengeluarkan enjin ni amat besar. Nak dapat return
> pun bukan nya sekejap. Tapi demi maruah dan kemajuan, kita korbankan
> keuntungan jangka pendek. Selagi kita tidak mengeluarkan enjin
> sendiri..selagi itu kita tidak tahu. Sekarang kita telah pun
> mengeluarkan enjin sendiri... orang masih tidak percaya. Itu lah
> masalah orang kita... memandang rendah kebolehan anak negara
sendiri.
>
> Selama ini proton bergantung kepada Mitshubishi sebagai rakan
> teknikal. Oleh kerana kontrak selama 20 tahun telah tamat. Maka
proton
> terpaksalah mencari rakan teknikal yang baru dan bermulalah masalah
> melanda proton. Sudah tentu rakan teknikal baru tidak mahu
meneruskan
> rekaan dan teknologi mitshubishi lagi. So apa kan jadi pada kereta
> proton yang ada sekarang ni untuk masa akan datang.
>
> Tidak wujud kontrak 20 tahun dengan Mitsubishi. Mereka adalah rakan
> kongsi. Bertahun tahun kita berkerjasama dengan Mitsubishi tetapi
> teknikal apa yang mereka turunkan. Kalau kita pernah berkerja dengan
> orang Jepun atau Korea, mereka inilah yang paling kemut ilmu. Tapi
bab
> nak korek ilmu kita, dia orang rajin habis. Atuk jangan terkejut
bila
> saya cakap yang idea kita pun banyak yang Jepun curi. So bila kita
> mula menuntut teknologi baru dari mereka... mula lah nak caj dan nak
> ikat royalti yang tak munasabah. Nak mintak copy teknikal drawing
> zaman dulu sekeping pun dia orang caj beribu ribu. Mula lah kita
> pandang teknologi dari barat dan teknologi sendiri. Sebab itu kita
> beli Lotus..Kita ignore Jepun. Bila kita design sesuatu yang lebih
> baik... laju je dia orang hantar balik information ke Mitsubishi.
Last
> last kita pun mula bersikap secrecy dengan dia orang... lama lama
dia
> orang fed up dan mintak keluar. Lagi pun dia orang dah nampak afta
> nanti dia orang akan masuk balik ke Malaysia.
>
> Perodua... kenapa daihatsu/toyota memberi enjin latest dia orang....
Sebab
> Perudua tu 100% milik Toyota/Daihatsu. Dah lama UMW menjual saham
dia
> orang kepada Jepun. Proton.... Milik Malaysia.
>
> Mungkin ada yang tahu dan ada yang tak tahu yang proton yang
digunakan
> pakaisekarang adalah barangan Mitshubishi. Samalah seperti kereta
> lain.. tukar lambang je..
>
> Inilah susah orang kita ni.... Banyak mendengar cerita sensasi yang
banyak
> ditaruk banyak rempah ratusnya..... Memang pada mulanya kita
> belajar... selepas itu kita buat sendiri. Saya adalah seorang yang
> terlibat dengan kerja kerja tersebut.
>
> o Saga - Base dia Lancer lama. Kita Cuma tukar depan dan belakang
sikit.
>
> o Iswara - base Saga, kita mula belajar untuk design kereta sendiri.
Masa ni
> Mitsubishi dah tak berapa setuju bila kita menubuhkan R&D. So kita
> menggunakan khidmat penasihat dari UK.
>
> o Wira - Disini berpuluh puluh designer dan engineer Proton dihantar
> ke Jepununtuk kerjasama design kereta baru. Proton dan Mitsubishi
> kongsi modal. Hampir 2 tahun kami disana. Bahagian tengah dikongsi
> bersama. Depan dan Belakang, design asing asing. Lampu depan dan
> belakang share sebab nak kurang kan cost. Hasilnya Proton Wira -
> Mitsubishi Lancer. Orang akan kata hah kongsi je sabab tak tahu buat
> kerja.... Tapi ada orang kata apa apa bila Ford dan Mazda berkongsi
> bahagian tengah? Ford Laser dan Mazda 323 adalah kereta yang sama.
Ada
> orang komplen? Bila orang Malaysia yang buat begitu... orang
Malaysia
> sendiri yang nak mengutuk. Tak ramai yang tahu seksa bekerja kat
Jepun
> sebab dia orang suka curi idea. Bayang kanlah semasa kami design
> dashboard untuk Wira...  masa tu Mitsubishi sudah pun siap soft
> tooling mould untuk dashboard kereta dia... Bila mereka tengok
> dashboard Proton. Mereka sanggup letak designer dia depan design
kita
> untuk mengubahsuai kembali rupa bentuk dashboard
> mereka. Kalau kita pernah tengok dashboard mitsubishi lancer...
hampir
> samakan. Itu mereka yang meniru bukan kita. Ianya menunjukkan kita
> bukan tak pandai... Cuma masyarakat sendiri berfikiran macam itu.
>
> o Perdana  - Untuk membuat satu satu design bukan nya murah. Nak
balik
> modal pun lama. Jumlah kereta yang dijual pun kena banyak. So kalau
> nak buat Perdana.... Sampai habis pun tak balik modal. So yang ni
> memang kita ambil kereta dari mitsubishi dan pasang di Malaysia.
Cuma
> kita tukar depan dan belakang, dan bahagian dalaman.
>
> o Tiara - Tiara adalah bukan product Proton. Ia adalah keluaran DRB.
> Tapi kita kena tunduk dengan arahan dari atas untuk mereka
menggunakan
> lambang Proton.
>
> o Waja - Waja adalah permulaan kita untuk menunjukkan kita mampu
> melakukan kerja sendiri. 100% didesign orang orang kita. Tapi untuk
> kejuruteraan kita memerlukan consultant dari luar..mainly dari
Eropah
> dan Amerika. Bukan sebab tak pandai tapi kita tak cukup kakitangan.
> Nak design kereta bukan seperti menjahit baju. Kabaikan dari
mengambil
> consultant dari luar memang mebuka mata kita... kita adalah setaraf
> dengan kebolehan mereka. Nak design kereta ni memerlukan beratus
ratus
> kakitangan. Bukannya sedikit.
>
> o Gen2 - 100% dedesign oleh orang kita.  Consultant dari luar hanya
sedikit
> sebab kakitangan kita semakin ramai. Kita mula menggunakan enjin
yang
> didesign sendiri.
>
> o Savvy - 100% dedesign sendiri. Cuma enjin sahaja kita menggunakan
> Renault sebab kita tidak ada enjin bersaiz kecil.  Well....
Kehebatan
> enjin Renault sudah terbukti bila mereka memenangi F1. Disin banyak
> berita palsu disebarkan oleh mereka yang tidak bertanggung jawab.
> Contohnya... Savvy adalah Tiara dan menggunakan chasis Tiara lama.
> Savvy tidak ada kena mengena dengan Tiara. Savvay adalah baru 100%.
> Tidak ramai yang tahu bahawa Savvy menggunakan HTHS steel. High
> Tensile High Strength Steel. Sebab tu body Savvy kuat. Memang ada
> terpampang kereta Savvy kemek kerana accident. Well... kereta
> mercedes, volvo, BMW pun kemek bila accident. Tapi tak ramai yang
> tengok keadaan dalaman Savvy yang accident tu... Intact. Kukuh.
> Saudara saudari... Bila kita design kereta ni..yang paling penting
> adalah keselamatan penumpang. Memang kereta dedesign untuk crumple
> bila ada impact. Itu untuk menyerap daya hentakan supaya bukan
manusia
> yang menerima hentakan kuat. Rating TUV Germany memberikan 3 star
> untuk Proton. BMW 5 series pun dapat 3 star. Ramai yang kata Savvy
ni
> tak sedap bila memandu. Tapi tanyalah yang bercakap tu... adakah
> mereka pernah memandu Savvy. Kebanyakan nya tidak. Hanya mendengar
> dari orang lain.
>
> o Lain lain - Ada banyak lagi yang saya tak boleh cerita sebab ada
> secrecy act. Proton pun ada design kereta untuk company lain dan ada
> membuat part untuk company lain. Proton ada juga buat reverse
> engineering untuk motosikal lumba (tahun tu dia champion) tapi kita
> tidak boleh menceritakan sebab dasar secrecy kita. Mungkin
sesetengah
> orang yang memakai certain kereta mewah tidak tahu yang part kereta
> mereka dibuat diproton. Kalau Proton tak elok... masakan mereka
> mengkontrakkan proton untuk membuat kereta mereka.
>
> Berbalik kepada masalah yang sedang dihadapi oleh proton. Kenapa
ianya
> harus berlaku perkara sebegini. Apakah yang sebenarnya telah berlaku
> dan dibuat oleh proton dalam masa 20 tahun untuk membina kenderaan
> nasional sendiri. Memang ada R&D proton cuba mendapatkan struktur
dan
> bahan-bahan untuk membuat injin tapi gagal mendapatkan resepinya.
>
> Tok..... Proton memang dah ada enjin sendiri. Yang terpasang dekat
> Gen-2 tu apa dia. Bab bab bahan untuk membuat enjin tu senang je.
> Kebanyakan pengeluar kereta menggunakan besi yang sama sebab
pengeluar
> besi dalam dunia ni bukan banyak. Kita Cuma bagi specifikasi je. Nak
> design enjin tu yang susah. Transmition yang paling susah. Untuk
info
> lah... kami masih lagi dalam process untuk mereka cipta transmition
> sendiri. Bukan macam nak buat karipap tau.
>
> Penubuhan proton sejak 20 tahun yang lampau tidak mencapai objektif
yang
> sebenarnya. Dimana silapnya? Berapa ramaikah yang tahu bilakah ilham
> proton ini sebenarnya timbul dan berapa lamakah usaha dilakukan bagi
> membolehkan impian ini tercapai. Mungkin ramai yang mengganggap
hanya
> seorang perdana menteri sahaja terlibat. Cuma pada zaman Tun M baru
> persetujuan dapat dicapai setelah Mitshubishi bersetuju menjadi
rakan
> teknikal dengan bersyarat. (syarat ni tak boleh lah diberi tahu..
> sebab ianya adalah OSA)
>
> Penubuhan Proton lebih mencapai objectif nya. Pada mulanya Proton
> hanya dirancang untuk membuat kereta bukan untuk merekacipta kereta.
> Kita menubuh R&D, Mitsubishi tidak setuju. Ye la... siapa nak bagi
> kita pandai kan. Cuba check dekat Perudua, berapa ramai jurutera
dari
> Proton bekerja dekat sana, Head of R&D Perudua... bekas Proton, Head
> of Styling... Bekas Proton, Head of Planning, Bekas Proton, Head of
> Production... bekas Proton (rasa rasanya dah kena kebas dekat Naza),
> Head of Engineering Services... Bekas Proton. Rata rata mereka yang
> senior dekat sana dari proton. We trained them... orang lain ambil
> cara senang je. Naza pulak.. Head of R&D.. bekas proton. Head of
> Production... Bekas Proton. Honda... pun ramai bekas proton, DRB
> Pekan... Head dia pun bekas proton, Inokom... head dia pun bekas
> proton. Itu kira head je... Bukan lagi kira engineer dan designer.
So
> it meets its objectif untuk memajukan orang orang kita. Mainly orang
> Melayu. Naza sendiri tidak menyangkal kereta Naza mainly didevelop
> oelh
> bekas kakitangan Proton. So... orang Proton tak bagus? Kita belum
lagi
> kira bekas pekerja proton yang diambil oleh consultant luar
negara...
> dari America, Eropah sampai ke Jepun. Tau tak kita kakitangan Proton
> telah memenangi pertangdingan mereka design kereta anjuran Ford.
> Beliau mendapat tempat pertama. Bukan bertanding diperingkat
Malaysia.
> Tapi di peringkat antarabangsa. Memang beliau mendapat tawaran kerja
> dari syarikat kereta gergasi Amerika dan Eropah. Tapi kami tabik
bila
> dia decide nak stay dekat Malaysia sebab tak nak anak anak membesar
> dinegara lain. Ada orang tau...?
>
> Selama 20 tahun proton pergantung kepada pemerintah yang sepatutnya
> telah boleh berdiri dengan sendirinya sekarang ini selepas
perjanjian
> tamat. Ibarat kata..berapa lama perlu bergantung.. tak kan dah 20
> tahun nak merangkak lagi..nak tambah masa untuk merangkak lagi.. so
> bila lak nak belajar berdiri dan berjalan sendiri tanpa di pimpin
> lagi..sebab tu exPM kata.. kalau dah tak boleh tutup aja.
>
> Proton boleh menjadi lebih baik kalau tidak ada tanggung jawab
kepada
> negara. Senang aja... buang sahaja pengeluar pengeluar yang
> bermasaalah. Tapi apa akan jadi dengan ekonomi. Itu tanggung jawab
> Proton untuk negara. Bayangkanlah penjanaan ekonomi proton untuk
> negara... berapa banyak kaki tangan Proton...8000. Berapa banyak
> kakitangan syarikat yang secara lansung untuk membuat part Proton...
> 100,000 orang. Berapa banyak bank dapat untung, berapa banyak
syarikat
> bumiputra yang naik? Bayangkanlah kami boleh membantu sedangkan
polisi
> kerajaan tidak membantu. Cuba ingat sebelum timbul nya proton.
Berapa
> banyak wakil jualan bumiputra untuk kereta toyota, nissan, honda?
0...
> Kosong.
>
> Mengenai masalah AP pulak perkara tu bukan perkara baru. Mungkin ada
> yang tak tahu yang proton juga mendapat AP. Kalau tak.. sure harga
> kereta proton tak serendah sekarang ini. Tak percaya boleh check
duti
> import yang dibayar untuk sebuah kereta proton. Nak check duti
import
> tak susah sgt.. cuma bandingkan harga kereta proton di kawasan bebas
> cukai.
>
> Kita memang tak payah bayar duti impot sebab kita buat kereta kat
dalam
> Malaysia. Tapi tetap kena cukai. Kita tak ada AP. Yang Proton kecewa
> kenapa terlampau banyak AP dikeluarkan. Lepas tu sebijik sebijik
> kerajaan kena tipu. Bayangkan lah kalau kereta KIA yang dibawa masuk
> ke Malaysia... harga yang di declare adalah RM8000. Tak masuk
akalkan
> bila kastam approve benda ni. Paling murah kereta yang pernah dibuat
> adalah dalam dunia ni adalah lebih kurang RM18,000. Itu baru bahan
> bahan dia. Belum lagi kira cost modal acuan, cost tenaga kerja, cost
> R&D. Bayangkan lah banyak mana kerjaan rugi pada cukai. Bayangkanlah
> banyak mana Naza untung.
>
> Dasar Automotif Nagara di perlukan bagi meneruskan perjuangan yang
belum
> tercapai disamping menjaga serta melindungi pemilik kereta proton
> sekarang ini.sejauh mana boleh bertahan tak tahu la..kalau tidak
akan
> bertimbunlah bakal besi buruk bila tiada lagi spare part proton
> (asalnya milik Mitshubishi) dan akan timbullah barangan made in
> Jinjang atau sewaktu dengannya.
>
> Saudara... Dalam banyak banyak negara pengeluar kereta, Malaysia lah
> yang paling kurang memprotect industry automotive mereka. Rakyat
> Malaysia juga lah yang paling tidak patriotic dalam hal hal kereta
ni.
> Walaupun kita telah merdeka, minda kita tetap diajar barangan lain
> lebih elok dan tidak membantu barangan sendiri. Saya ambil contoh...
> Thailand membuka pintu mereka untuk industri automotif...tapi ada
> syarat. Kereta yang dibina di Thailand harus lah di export keluar
> lebih dari yang dijual dalam negara nya. Korea... cuba pergi ke
Korea
> dan lihat sendiri disana. Nak cari kereta yang bukan dari
> Korea...susah. Sebabnya... 1 memang mereka patriotik. 2. Cuba pakai
> kereta import...Lembaga Cukai mereka akan menyusahkan pembeli kereta
> tu. Sebab kata mereka tentu banyak duit. Jepun... Semasa mereka
> belajar membuat kereta hampir 80 tahun dulu... nak naik bukit pun
> boleh undur (baca sejarah toyota), tapi rakyat mereka tetap bangga
dan
> tetap membeli. Cuba kat Malaysia.... Kutuk lagi ada.
>
> Saudara semua... kejayaan sesuatu project negara bergantung kepada
> sokongan dari rakyat sendiri. The more people buy, the cheaper
things
> can be. Economic of scale lah tu. Lagi banyak dijual, lagi rendah
cost
> pembalikan modal untuk setiap kereta. Nak buat sebijik kereta hampir
1
> billion cost dia. Macam mana nak balik modal kalau kita tak ambil
> untung. Kilang enjin lagi mahal... tapi kita korban kan keuntungan
> kerana kalau kita dok asyik beli enjin dari luar, masa mana kita nak
> belajar dan maju. Protn baru 20 tahun. Korea mengambil masa 40 tahun
> untuk kerata dia tiba ditahap ini. Jepun sudah 80 tahun, Barat sudah
> 100 tahun. Ini industri kereta. Kalau orang suruh kita fikir nak
buat
> plastik aiskrim tu pun majority kita tak boleh. Ini kereta. So yang
> mengutuk tu...fikir. Lagi banyak kita jual, lagi murah kita boleh
> jual... lagi banyak duit, lagi baik pembangunan yang kita boleh
buat.
> Setaip test dan setiap bahna baru yang nak direka memerlukan wang
yang
> banyak.
>
> Masalahnya sekarang siapakah yang bakal atau boleh dijadikan rakan
> teknikal. Walau pun Wak Segan nak join ngan proton tapi persaolannya
> boleh ke..? Kenapa..atuk kata macam tu..sebab Wak Segan ni guna
euro.
> Sudah tentu la harga kereta proton pada masa akan datang lebih mahal
> lagi.( salah satu sebab isu AP keluar) Nak mohon Nissan atau Honda
> atau Toyata jadi rakan teknikal memang agak sukar.
>
> Errr.... Ini kita bagi hint sikit sebab teruk sangat dah ni. Kita
> tengah develop kereta dengan VW. Sebab tu kita jangan dengar saja
> orang cakap.
>
> Kalau semua AP ditarik balik lagi banyak masalah akan timbul.. salah
> satunya adalah AFTA. Mampukah negara kita membayar ganti rugi kepada
> negara lain yang telah melaksana AFTA. Mungkin ada yang tak sedar
yang
> negara kita telah membayar ganti rugi RM bilion sebab menangguh
> perlaksanaan AFTA sebelum ni kapada negara Asean yg berkaitan.
>
> Memang kita akan kena penalti sebab ada perjanjian AFTA. Tapi bukan
> kita nak tarik AP macam tu aja. Jalan penyelesaian masih ada. Kalau
> negara lain boleh ada polisi dia orang yang membantu industri kereta
> meraka... kenapa kita tidak boleh. Kerana AP China boleh mengeksport
> kereta mereka ke Malaysia (kereta Chery hampis masuk), tapi polisi
> China masih lagi tidak membenarkan kereta kita masuk kesana. Memang
> dia kata boleh masuk tapi dah 5 tahun mencuba pun belum dapat
> kelulusan lagi. Banyak syarat lagi. India... nak masuk kesana kena
> letak deposit USD200 Million. Belum lagi nak set up kilang dan
> infrasturcture jualan. Cuba masuk kat Korea... Kita nak jual kain
kita
> kat sana pun dia orang tak nak beli walau pun kualiti kita bagus.
Kuat
> nya patriotik dia orang. Kita... apa yang nama lain selain dari
barang
> sendiri mesti bagus punya.
>
> Bagi yang nak membandingkan kereta kita dengan kereta German....
Bukan
> tak boleh buat. Boleh... tapi sanggup ke bayar harga kereta German
> untuk kereta buatan Malaysia.
>
> Tok.... Naza yang rata rata import kereta Cuma tukar bumper pun
boleh jadi
> taraf kereta nasional. Perodua yang tak pernah design kereta sendiri
(Cuma
> design bumper depan belakang) pun dapat taraf kereta nasional...
Proton
> sekurang kurangnya telah mendidik ramai anak bangsa dalam kemajuan
> teknologi. Dah ramai hasil dari pengalamn bekerja dengan proton
> diambil untuk sektor R&D ditempat lain. Bayangkan lah satu kumpulan
> Advance Engine Research Proton terus diambil oleh Petronas. Bukan
> sorang.... Kesemuanya. Nak kerja dengan R&D proton..... Paling
minimum
> 2nd class upper. 1st class berlambak. Selepas berpengalaman...
> Perodua, Naza ambil.
>
> Tapi saya tak marah bila orang kata macam macam pasal proton. Itu
hak
> mereka. Tapi fikirkanlah tenaga yang kami beri untuk meajukan negara
> dalam bidang teknology. Boleh sebut tak company mana lagi dalam
bidang
> industry yang betul betul menggunakan kepakaran anak Malaysia dalam
> bidang R&D ni. Kalau kita tidak belajar... sampai bila kita tidak
akan
> tahu. Dan sampai bila kita akan bergantung dengan orang luar.
>
> Tapi Bab support selepas jualan.... saya sendiri pun tak puas hati.
> Sabotaj pun Proton dah biasa kena.... Orang curi part semasa
delivery
> kerata tukar dengan part tiruan atau lama. Yang kena komplen...
> proton. Tapi yang hairannya semasa Perodua recall balik 4000 unit
> Myvi.... Tak ada pulak yang kutuk. Letak sebelah sebelah Myvi dan
> Savvy... check performance dia. Then baru tahu nak kata apa. Jangan
> dengar orang cakap je... test sendiri. Baru tau.
>
> Tak lama lagi akan keluar Savvy Auto-Manual.... Maksudnya dua dua
> jenis gear ada dalam kereta. Malas nak tukar gear... swith to auto.
> Nak main ciluk
> ciluk... switch to manual. Errr... siapa kata kita guna tecnology
70an?
>
> --- panjang sgt..he..he..
>
> --- Lagi panjang jawapannya.
>
> --- Protonite
>












--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do
not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless
sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get
a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to
change your mail delivery settings or email the moderators at
[EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily
digest".
Yahoo! Groups Links








DISCLAIMER:

This e-mail (including any attachments) may contain confidential
information. If you are not the intended recipient, you are hereby notified
that any review, distribution, printing, copying or use of this e-mail is
strictly prohibited. If you have received this e-mail in error, please
notify the sender or Bursa Malaysia immediately and delete the original
message. Opinions, conclusions and other information in this e-mail that do
not relate to the official business of Bursa Malaysia and/or its group of
companies ("Bursa Malaysia Group") shall be understood as neither given nor
endorsed by Bursa Malaysia Group and Bursa Malaysia Group accepts no
responsibility for the same. All liability arising from or in connection
with computer viruses and/or corrupted e-mails is excluded to the fullest
extent permitted by law.






--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or
approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a
daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change
your mail delivery settings or email the moderators at
[EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links













------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke