dakwaan terbaru abuya dalam rufaqa (walidah sampaikan dari alam ghaib ni)
1. Haji Asaari mendakwa dirinya memiliki tongkat Nabi Musa yang pernah menyelamatkan Bani Israel daripada ditelan laut Merah. Haji Asaari meyakini tongkat tersebut akan membantunya. Persoalannya ialah adakah mukjizat Nabi Musa masih ada lagi pada masa kini dan adakah Haji Asaari juga dikurniakan mukjizat seperti Nabi Musa?
2. Haji Asaari mendakwa dirinya boleh berbincang dengan Malaikat Maut untuk menangguhkan kematian para pemimpin pertubuhannya. Malah, dia mendakwa ajal kematian seseorang boleh ditukarkan kepada orang lain. Dirinya memilik 'karamah' sehingga mengetahui tarikh dan detik kematian seseorang. Dia mendakwa, mana-mana individu yang dianggap penting dalam cita-cita politiknya boleh ditangguhkan kematiannya.
3. Dia sering mendakwa mengadakan mesyuarat di alam ghaib bertemu dengan beberapa individu selain Rasulullah seperti Sheikh Suhaimi, Imam Shafie dan Imam mazhab serta ulama' terdahulu yang lain. Hasil mesyuarat tersebut akan diberitahu kepada para pemimpin melalui sesi ekspedisi yang dibuat pada selepas subuh setiap hari.
4. Haji Asaari mendakwa cinta Allah hanya boleh diperolehi dengan mencintai 'orang Tuhan' terlebih dahulu. Malah ia menjadi syarat utama mendapatkan cinta Allah. 'Orang Tuhan' adalah gelaran khusus untuk dirinya dengan menganggap dirinya wakil Tuhan di akhir zaman ini. Ini bermakna, untuk mencintai Allah dan menjadi orang bertaqwa, seseorang itu perlulah mencintai sepenuh hati terhadap Haji Asaari. Bukti kecintaan itu ialah dengan pengorbanan harta besar-besaran.
5. Haji Asaaari mendakwa 'roh' Kaabah telah berpindah ke dalam dirinya. 'Roh' Kaabah yang dimaksudkan di sini ialah 'sifat Kaabah yang boleh mengubah seseorang menjadi baik dan bertaubat'. Perkara ini timbul apabila seorang wartawan hiburan telah menziarahinya dan menyatakan bau badannya sama seperti bau Kaabah. Sehubungan itu, dia mengulas bahawa 'roh' Kaabah sudah berpindah kepada dirinya. Dia berpendapat, orang yang menunaikan haji dan umrah sudah tidak lagi rasa ingin bertaubat dan menjadi baik. Tetapi, dengan berjumpa dengannya, seseorang itu akan mendapat kesedaran dan membuat perubahan ke arah kebaikan.
6. Haji Asaari juga mendakwa dirinya berupaya untuk memantau para pengikutnya dengan kuasa roh. Dirinya mempunyai 'kuasa' boleh mengetahui gerak-geri, perbuatan dan rasa hati para pengikutnya walaupun berada jauh darinya. Perkara ini menjadikan para pengikutnya rasa dikawal oleh Haji Asaari sehingga takut dan tidak pernah mempertikaikan sebarang arahan Haji Asaari. Ketaatan membuta tuli timbul sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan Haji Asaari.
7. Pada setiap majlis kuliah ataupun ekspedisi, para pemimpin sering mengatakan 'roh Abuya' (Haji Asaari) hadir bersama dalam sesi tersebut untuk memantau dan melihat bagaimana hati-hati para pengikutnya. Para pengikutnya bertambah risau dan gusar kerana mereka berpendapat Haji Asaari mengetahui semua 'sejarah dosa' mereka. Dengan itu, penyucian dosa perlu dibuat dengan solat taubat dan memberikan seberapa banyak harta yang boleh kepada Haji Asaari.
8. Haji Asaari seringkali mendakwa semua arahan yang dikeluarkannya adalah arahan daripada pihak Rasulullah s.a.w. yang bertemu dengannya secara jaga. Ini menjadikan dirinya dianggap mulia oleh para pengikutnya dan mereka sangat taat kerana menganggap Haji Asaari adalah wakil Rasulullah. Sehubungan itu, setiap tindakannya akan disandarkan dengan arahan Rasulullah yang dipanggil 'mesej'. Setiap 'mesej' itu akan menjadi asas kepada ramalan-ramalan yang bakal berlaku di Malaysia terutama dalam konteks politik. Bagaimanapun, penulis mendapati 'mesej' itu tidak menjadi kenyataan malahan bertentangan dengan realiti yang berlaku.
9. Haji Asaari mendakwa dirinya boleh menyelamatkan pengikutnya daripada azab kubur dan ketika menjawab persoalan Malaikat Mungkar Nakir. Ini kerana peranan dirinya sebagai mursyid yang dapat memberi syafaat di akhirat.
10. Para pengikut didedahkan kepada amalan 'sunnah Abuya' yang merujuk kepada amalan ritual yang dibuat oleh Haji Asaari. Sebagai contoh, 'makan mengikut sunnah Abuya'. Secara tidak langsung, perkara tersebut telah mengikis konsep 'sunnah Nabi' di kalangan para pengikutnya. Konsep ini bertujuan untuk meningkatkan lagi rasa taksub di kalangan para pengikutnya dan mengkultuskan peribadinya secara berperingkat.
11. Dia menganggap dirinya adalah 'Super Soleh' iaitu orang yang paling tinggi ketaqwaan di dunia sekarang. Dirinya adalah ulama' yang bertaraf mujtahid dan mendapat ilmu secara ilham, secara langsung dan terus daripada Allah. Dia mendakwa dirinya boleh menyampaikan kuliah ilmu kepada para pengikutnya berasaskan ilham dan firasat yang Allah kurniakan terhadap dirinya.
12. Haji Asaari mendakwa dirinya adalah terpelihara daripada dosa, iaitu mahfuz (dipelihara Allah). Walaupun bukan ditahap maksum (terpelihara daripada dosa) sebagaimana Nabi, dirinya tidak akan melakukan maksiat atau kesilapan dan sentiasa dipelihara oleh Allah. Sekiranya melakukan kesilapan, Allah akan mengampunkan dosanya yang telah lalu dan akan datang. Dengan itu, segala ajaran dan arahannya tidak mungkin akan berlaku kesalahan dan perlu dipatuhi secara total.
13. Haji Asaari mendakwa dirinya adalah wali malah berpangkat Ketua Wali pada masa kini. Dirinya boleh memanggil seluruh wali secara ghaib dan membuat perjumpaan secara ghaib. Dia mendakwa, seluruh wali di alam ghaib telah 'berbai`ah' (mengikat janji setia) terhadap dirinya. Haji Asaari meminta para pemimpinnya agar mendedahkan kepada masyarakat awam tentang kewaliannya terutamanya ketika program seminar atau kuliah bersama mereka.
14. Haji Asaari mendakwa bahawa Aurad Muhammadiah akan menjadi 'mazhab' rasmi ketika 'zaman Daulah' berlaku nanti. Malah, dia berpendapat Imam Mahdi akan menjadikan ajarannya (Aurad Muhammadiah) sebagai mazhab rasmi.
15. Haji Asaari sering menyifatkan dirinya adalah ulama' bertaraf Rasul. Dia menamakan dirinya 'Rasul yang bukan Rasul'. Dia berpendapat, Allah telah menjadikan sifat kepimpinan Rasul ada pada dirinya.
16. Ketika menjalani tahanan kediaman terhad di Rawang, Haji Asaari tidak menunaikan solat Jumaat atas alasan bahawa khutbah Jumaat masa kini tidak mengikut syariat Islam kerana melibatkan unsur fitnah terhadap orang lain. Dia hanya bersembahyang Zuhur di rumah dan memberi arahan kepada para pengikutnya agar tidak mengikut ijtihadnya. Bagaimanapun, mengikut pemerhatian penulis, ramai di kalangan pemimpin lapisan pertama yang tidak bersembahyang Jumaat kerana mengikut ijtihadnya. Sebagaimana yang dimaklumi, kegagalan seseorang muslim menunaikan solat Jumaat merupakan satu jenayah syariah di semua negeri di Malaysia.
17. Haji Asaari mendakwa kekhusyukan dalam sembahyang hanya boleh dibuat jika para pengikutnya menyeru namanya (bertawasul) ketika sebelum takbiratul ihram. Dia mendakwa dirinya adalah wakil kepada Tuhan dan boleh membawa sembahyang tersebut ke hadapan Allah. Dengan itu, sembahyang tersebut akan diterima oleh Allah kerana Haji Asaari yang membawa ibadah tersebut kepada Allah. Allah menerimanya kerana kemuliaan dan ketinggian taraf Haji Asaari sebagai pemuda Bani Tamim.
18. Dia mendakwa memiliki perbendaharaan emas di alam ghaib yang akan keluar ke alam realiti apabila 'Daulah Islamiah' berlaku di Malaysia. Dia berkata emas itu akan menjadi 'rezeki' untuk membangunkan Malaysia dan negara lain yang menyertai gagasan 'Daulah Islamiah'. Haji Asaari berkeyakinan bahawa sekiranya Daulah berlaku, Malaysia akan menjadi negara terkaya kerana 'terbukanya rezeki dari langit'.
19. Galeri Abuya dibuat secara khusus mempamerkan koleksi peribadi Haji Asaari dan sejarah hidupnya bagi membangkitkan rasa taksub di kalangan para pengikut. Antara koleksi dalam galeri tersebut seperti gigi Haji Asaari, koleksi pakaian, tasbih dan pelbagai lagi.
Selamatkanlah ummat ini......wahai saudari/saudara ruzaihan........ jgn ikut sedap hati je cakap prkara yg kamu sendiri tidak pasti....mana kamu tau yang Ust Ashaari pernah cakap yang dia pernah bertemu dgn Rasulallah??? kalau dia tidak pernah cakap kamu sanggup tanggung dosa??he kalau nak tau cerita pergilah tanya Ust tu sendiri atau isteri2 dia.tahukah kamu cakap bohong itu apa hukumnya?tergamak kamu kata Ust tu pembohong? Astgfirullah....Ulama kalau dia bercakap adalah satu ijthad... kalau ramalan dia tepat dia dapat 10 pahala kalau tidak tepat dapat satu pahala..e kamu ngaji stakat mana a? klu tak khtam Alquran jgn bnyk cakaplah.... nanti krn mulut badan binasa.... klu kamu pernah kata Ust tu bermakna kamu umpat dia. org ngumpat ibadah smbhyangnya tak diterima oleh Allah sehinggah org yg kamu umpat tu maafkan kamu...
tapi untung kamu umpat ust tu krn dia tu pemaaf sblum org tu minta maaf dia dah maafkan.Org orgselalu tak usul periksa lepas tu tokok tambah pula.
dan suka dengar fitnah orgyang suka mengeliukan ummat islam.
[EMAIL PROTECTED] wrote:Assalamualaikum warahmatullah...------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Sokong 800%. Kalau dah haram tetap HARAM! Dulu masa baru kena haram kenapa
tak buat buku penerangan dan sebagainya? Kenapa masa masuk tv dulu taknak
cakap depan kamera yang orang kat JAKIM tu Wahabi & sesat? Sebaliknya
mengaku diri tu sendiri yang sesat?
Ashaari tu, kalau jadi perawi hadith, semua hadith riwayatnya jadik hadith
dhoif. Sebabnya dia dah menipu di depan umum. First dia menipu bila
mendakwa jumpa Nabi saw secara sedar. Ok... Pengikut2 dia yang dah taklid
buta cakap, dia dipaksa buat pengakuan tu. Bermakna dia menipu juga! Dia
menipu yang dia pernah cakap jumpa Nabi saw walaupun dia tak pernah cakap.
Layakkah penipu jadik pemimpin agama?
Saya pun dah rimas dengan cerita Arqam ni. Tutup je la. Harap moderator
sedar bahawa gerakan Arqam ni pertubuhan yang DIHARAMKAN! Kalau dulu saya
secara tak sengaja terhantar artikel tentang Syiah yang kemudian
dipulangkan oleh moderator, kenapa artikel2 Arqam boleh lepas pulak?
Sedangkan Arqam TELAH DIISYTIHARKAN SEBAGAI SESAT. Tak ada bezanya Arqam
dengan Syiah...
Maaflah kalau menyinggung mana2 pihak. Sekadar mengingatkan. Sebab yang
terselamat kat akhirat nanti yang mengikut Nabi Muhammad saw, bukan Ashaari
Muhammad.
Wassalamualaikum warahmatullah...
- Abu Naqibah -
[EMAIL PROTECTED]
.na.xom.com To: [email protected]
Sent by: cc:
[EMAIL PROTECTED] Subject: Re: Bismillah [hidayahnet] Menyingkap Rahsia Arqam
om
10/28/2005 05:01 PM
Please respond to
hidayahnet
waalaikumsalam,
harap selepas ini janganlah adalagi kisah kisah
al-arqam dlm hidayahnet ini. Banyak sangat dah kisah
arqam kat cari dot com ni. Rimas aku
--- [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED] wrote:
> Assalamualaikum....
>
> Mohon keizinan daripada moderator...
>
> Ashaari Perdana Menteri Malaysia?
>
Dengan Mengingati Allah, Hati Akan menjadi Tenteram
__________________________________
Yahoo! FareChase: Search multiple travel sites in one click.
http://farechase.yahoo.com
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not
in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or
approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a
daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to
change your mail delivery settings or email the moderators at
[EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
Click here to rescue a little child from a life of poverty.
http://us.click.yahoo.com/rAWabB/gYnLAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/
Enjoy this Diwali with Y! India Click here
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
--
"Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku kerana Allah Tuhan Seluruh Alam"
PakNgah
http://pakngah70.blogspot.com/
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
