Assalamualaikum,
Keprihatinan akan kehalalan makanan adalah satu sikap yang terpuji. Orang kata, sebangsat-bangsat melayu-Islam, takkan sentuh babi atau yang haram. Itu general statement sahaja.
Malangnya, kesangsian hanya banyak difokuskan pada makanan sahaja. Seolah-olah, kalau bab makanan dah settle, bab lain is already taken care of... Is that so???
Dalam kita sibuk menjaga makanan, bagaimana pula dengan halnya dengan pakaian atau aurat wanita? Kenapa kita tidak sibuk-sibuk juga dengan banyaknnya pakaian contohnya pakaian yang dianggap milik orang Melayu iaitu Kebaya yang semua orang tahu, menonjolkan susuk tubuh si pemakai, yang bakal mendatangkan murka Allah jika dipakai dihadapan laki-laki ajnabi? Begitu juga fesyen-fesyen lain termasuklah tudung.
Berapa ramai orang beranggapan bahawa memakai tudung bermakna dada mesti tutup - bukan sekadar tutup rambut sahaja? Berapa ramai sedar bahawa TUDUNG BAWAL tidak memenuhi syarat memakai tudung kerana ia JARANG hingga nampak rambut, bentuk leher dan menyebabkan rambut terkeluar? Kenapa kita tidak war-warkan juga hal seperti ini supaya ia menjadi PUBLIC OPINIION bahawa memakai tudung mesti ikut nas (surah annur 24:31).
وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاء بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاء بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُوْلِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاء وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Berapa ramai wanita tahu tentang tabarruj? Berapa ramai sedar bahawa memakai wangian di hadapan lelaki ajnabi menyebabkan status wanita itu sama dengan pelacur ? (hadis).
Bagaimana pula halnya dengan sistem Muamalat? Adakah transaksi yang kita jalani setiap hari memenuhi akad sebagaimana yang dituntut Islam? Adakah sah mempunyai lebih dari satu akad (kontrak) dalam agreement yang kita tandatangani, contohnya Perjanjian Sewa Beli. Agreement sepatutnya kena specific. Kalau nak sewa, sewa ajelah. Kalau beli, belilah. Bukan sewa-beli (hire-purchase). Isu akad (contract) yang mengandungi akad batil (haram) adalah satu isu yang ramai umat Islam tidak aware, hingga menyebabkan mereka terjerumus dalam transaksi haram, bukan sekadar menjadikan hutang sebagai
"a way of life".
Bagaimana pula dengan sistem Perundangan? Adakah kita berpuas hati dengan Mahkamah Syariah yang hanya punya kuasa menjatuhkan hukuman denda tidak lebih RM5 ribu?
Bagaimana pula dengan Sistem Pemerintahan yang mengguna-pakai idea Lord Reid yang diilhamkan dari Common Law ciptaan British? Adakah kita berpuas hati dengan pemimpin yang mengaku mencari al-Ghazali tetapi tidak mengaku bahwa yang ditemui adalah Mawi?
Sebagai seorang practising Muslim, tanggungjawab kita bukan sekadar peka terhadap isu makanan sahaja. Tetapi kita kena peka juga dengan seluruh perbuatan dan benda yang melingkari aktiviti kita setiap masa dalam rangka memenuhi keperluan biologi dan naluri sebagai manusia.
Kita mungkin tidak tahu. Maka perlulah kita mencari ilmu supaya ketidaktahuan kita akan berubah menjadi tahu yang kemudiannya menjadi pemangkin untuk kita menjadi semakin peka bukan setakat hal makan-minum sahaja.
Semuga redha Allah Subhanahu Wa Taala sahajalah yang menjadi driving force dalam setiap tindak tanduk kita, bukan sekadar mencari manfaat dan mengelak mudarat yang didorong nafsu duniawi semata-mata.
Wassalam.
On 11/10/05, "suria" <"suria"> wrote:
Bukan setakat roti boy ni aja ada a few bakeries in town yang tak
ada logo halal Jakim pun tapi saya tengok ramai orang melayu yang
masuk membeli? lagi satu kedai roti floss tuu...walau pun pekerja
dia ada yang pakai tudung langsung tak ada logo halal?
bakery di sogo tetap penuh dgn orang melayu..beberapa kali saya
jenguk stil tak ada logo halal sebabnya kerap ke sana dan anak
memang nak makan roti terpaksa cari lain dia pun tahu no logo halal
means u cant eat...orang melayu suka take for granted kalau ada
pekerja melayu means halal? sedangkan logo halal jakim tu pun masih
dipertikaikan ini kan pula tak ada logo langsung?
kisah victoria station lebih memeningkan...kata status halal dah
ditarik balik but til now pekerjanya 90% melayu dan pelanggannya pun
rata2 orng melayu lagi?> [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
--- In [email protected], what a relief wrote:
>
> Wa'alaykumussalam... tanggungjawab ibubapa untuk memastikan
makanan yang dibeli untuk seisi keluarga, halal dan tiada syubahat..
tetapi sejauh mana ibubapa berkemampuan untuk mengawal kesemua
pembeliannya.. mungkin ada yang terlepas pandang.. disinilah peranan
utama pihak yang berwajib, samada JAKIM, Kementerian Dalam Negeri
dan apa jua Kementerian yang bertanggung jawab.. memastikan setiap
barangan yang diimport mematuhi kriteria2 yang ditetapkan, ditapis
pengimportannya dari masa ke semasa. Harus ada undang2 yang ketat
dan keras kepada mereka yang melanggar undang2 berkaitan umat Islam,
cthnya dalam bab pemakanan, premis makan.. dikenakan tindakan
undang, menyita/menutup premis makanan atau kilang pembuatan
makanan, pusat penyembelihan yang memalsukan logo halal. Malangnya,
yang mengaku beragama Islam dan duduk dikerusi2 yang
dipertanggungjawabkan tidak merasa berat akan masalah yang semakin
meruncing, sebaliknya mengambil ringan, dan remeh perkara2 ini
seolah2 ianya ada kes kecil.
> Kerana tidak prihatin dan kurangnya keimanan serta jahil maka
kita boleh lihat anak2 muda melayu Islam
menyajikan/bersubahat/menjual minuman arak di 7-Eleven tanpa ada
tegahan/bantahan. Seharusnya sebagai sebuah kerajaan yang diterajui
oleh pemipin2 yang majoriti beragama Islam sudah lama menyelesaikan
masalah2 yang mudah ditanggani ini. Jika dikatakan tiada dana, maka
dengan kompaun/denda juga yuran yang dikenakan kepada premis
makanan/ kilang/ individu sudah dapat sekurang2nya membiayai petugas
penyemak status halal. Pekerja boleh diambil dari kalangan orang
melayu Islam sendiri yang ketandusan mencari peluang pekerjaan.
>
> Ingatlah, wahai pemimpina samada dalam Kerajaan bahagian atasan,
di jabatan dan kementerian, tanggungjawab anda kepada ummah Islam..
sekiranya tidak diselesaikan masalah ummah ini.. kelak diakhirat
kami akan menuntut atas ketidak adilan, kelemahan anda dalam
menguruskan masalah2 ini.. hingga mengakibatkan kami bergelumang
dengan dosa kerana memakan makanan haram. riba dsbnya.. WALlahu'alam
>
>
>
> Assalammu'alaikum.......
>
>
>
> Saya tertarik untuk respon terhadap topik ini. Berdasarkan
pemerhatian saya, saya dapati memang menjadi kebiasaan masyarakat
Melayu Islam di Malaysia kurang prihatin tentang isu ini.
Kebanyakan mereka mengambil langkah mudah dengan beranggapan semua
makanan yang terdapat di pasaran Malaysia adalah terjamin halal.
Kalau diperhatikan, banyak 'jajan-jajan' atau makanan ringan anak-
anak kita yang tiada tanda halal dari Jakim tetapi diambil oleh anak-
anak atas kebenaran ibubapa mereka. Ini terutamanya manisan seperti
gula-gula "FruitPlus" dan "Sugus". Saya amat pasti ramai ibubapa
yang biasa membelikan anak-anak mereka dengan 2 contoh gula-gula
yang saya nyatakan di atas. Tetapi pernahkah anda sedar bahawa
tiada tanda halal dari Jakim pada bungkusannya? Banyak lagi
sebenarnya makanan ringan kanak-kanak yang kita tidak pasti
kehalalan dan kesuciannya tetapi diambil oleh kanak-kanak atas
kebenaran ibubapa kerana kita terlalu mengambil mudah tentang
perkara ini.
> Fikir-fikirkanlah......
>
>
>
> [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:> -------------------------------------------------------------------
>
> >
> >Assalamualaikum.....
> >
> >Saya ingin menarik perhatian saudara/saudari muslim yang
dirahmati Allah
> >tentang satu produk roti yang amat digemari oleh sebahagian
daripada kita
> >iaitu Roti Boy. Kalau anda prihatin tiada logo halal Jakim yang
terdapat di
> >premis-premis perniagaan ini mahupun dibalutan plastik roti
tersebut. Saya
> >pernah bertanyakan Manager di Premis Roti Boy di Subang Parade,
Subang
> >Jaya tentang ketiadaan tanda halal Jakim tersebut. Menurut
Manager
> >tersebut memang mereka tidak mempunyai tanda tersebut...... Hari
ini saya
> >berpeluang untuk bercakap sendiri dengan seorang pegawai Jakim,
Putrajaya
> >iaitu PN. Najibah - no tel - 88864851. Menurutnya, Pihak Roti Boy
setakat
> >hari ini tidak pernah memohon untuk mendapatkan status halal
daripada pihak
> >Jakim. Jadi nasihat Pn. Najibah ..selagi belum terbukti tahap
halalnya
> >produk tersebut sebaik-baiknya kita jangan makan.
> >
> >Jadi ...saya sekadar menjalankan tanggungjawab saya sebagai
saudara
> >ISLAM..terpulanglah kepada budi bicara dan rasa hati masing-
masing untuk
> >menentukannya. Ingatlah bahawa apa jua yang kita makan akan
menjadi darah
> >daging kita dan tahap ketaqwaan seseorang itu turut bergantung
terhadap
> >apa yang dimakannya.....
> >
> >Yang baik itu semuanya dari Allah ....dan buruk itu dari
kelemahan saya
> >jua.......TQ
> >
> >
> >
> > GåmâTherâpy®
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >
> >---------------------------------
> > Yahoo! FareChase - Search multiple travel sites in one click.
>
> _________________________________________________________________
> Block pop-up ads with MSN Toolbar. http://toolbar.msn.com.my/
>
>
>
>
>
>
> ---------------------------------
> Yahoo! FareChase - Search multiple travel sites in one click.
>
> Send instant messages to your online friends
http://uk.messenger.yahoo.com
>
-------
>
> All views expressed herein belong to the individuals concerned and
do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless
sanctioned or approved otherwise.
>
> If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish
to get a daily digest of emails by logging-on to
http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or
email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the
title "change to daily digest".
>
>
>
>
> SPONSORED LINKS
> Divine inspiration
>
> ---------------------------------
> YAHOO! GROUPS LINKS
>
>
> Visit your group "hidayahnet" on the web.
>
> To unsubscribe from this group, send an email to:
> [EMAIL PROTECTED]
>
> Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of
Service.
>
>
> ---------------------------------
>
>
>
>
> ---------------------------------
> Meet your soulmate!
> Yahoo! Asia presents Meetic - where millions of singles gather
>
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
--
Wanna feel something new ??? Visit www.mykhilafah.com
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
