Assalamualaikum warahmatullah... Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Sesungguhnya aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan sesungguhnya aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan rasulNya. Selawat berserta salam buat Nabi Junjungan Muhammad SAW yang mempunyai keperibadian mulia & diutuskan sebagai ikutan. Juga buat sekalian muslimin & orang2 yang beramal soleh...
Bismillahir Rahmanir Raheem... Pada Maghrib 3 November tempohari, tamatlah sudah 29 hari Ramadhan. Alhamdulillah. Ramai dari kita yang berjaya menahan lapar dan dahaga di siang hari. Hanya… Tidak pastilah sama ada seramai itu juga yang beroleh pahala puasa. Dan di pagi 4 November pula, Aidilfitri disambut dengan meriahnya. Ramai2 keluar menunaikan sunat Aidilfitri (walaupun tidak pernah solat fardhu) dan kemudian ziarah menziarahi sambil bersalam2an memohon kemaafan. Biasanya, paling gembira di Aidilfitri ini adalah kanak2. Iyalah. Selepas bersalaman bersama ahli keluarga & mengutip ‘tol’, mereka berjalan pula ke sekeliling kampung membuat ‘collection’. Teringat saya ketika zaman kanak2 dahulu. Saya juga tidak melepaskan peluang untuk membuat ‘collection’. Tetapi di zaman saya, jumlah kutipan sedikit sahaja. Tambah lagi, kami perlu masuk ke dalam rumah dan beraya terlebih dahulu. Berbeza dengan kanak2 zaman sekarang. Saya tidak pasti di tempat lain tetapi kalau di tempat saya, Johor Bahru, kanak2 biasanya akan memberi salam sambil menghulurkan tangan di pintu. Kadang kala bersalam pun tidak. Masuk beraya? Huh! Jangan diharap. Pernah juga saya ajak mereka masuk. Tahu apa mereka jawab? “Tak apalah bang. Kami nak cepat ni.” Fuh! Tak salah gaya bisnesman. Atau kata abang saya, tak salah macam peminta sedekah. Sebenarnya, ini satu budaya songsang. Amalan meminta2. Asalnya anak2 digalakkan beraya di sekeliling kampung setakat untuk merapatkan silaturrahim. Kemudian dimasukkan unsur pemberian duit raya apabila perubahan zaman berlaku. Kemudian zaman kian berganti dan akhirnya budaya ziarah menziarahi berubah sama sekali menjadi budaya meminta2. Memang ini tidak betul. Tetapi siapa yang tidak betul sebenarnya? Kalau diingat2… Semasa saya kecil dulu, ada juga tuan rumah yang tidak menjemput kami masuk dengan alasan malas hendak melayan kanak2 dan kami hanya diberi duit dari muka pintu. Mungkin ini puncanya. Berpunca dari sedikit sikap malas ini akhirnya kita ‘berjaya’ membentuk sebuah masyarakat jenis baru. Berjaya melahirkan generasi pelapis yang menganggap Aidilfitri ialah hari meminta duit dari jiran. Sebenarnya, jika dinilai semula, perkara ini tidak hanya berlaku kepada peristiwa kanak2 yang membuat ‘collection’ ini. Mari kita alih pandangan sebentar kepada gejala2 sosial yang kian berleluasa dalam masyarakat kita hari ini. Paling mudah, kita ambil perbuatan muda-mudi yang bercumbuan di khalayak ramai sebagai satu topik untuk dibincangkan. Rasanya budaya berpimpin tangan, berpeluk & bercumbu depan khalayak bukan lagi asing bagi remaja kita. Saya ingat kisah kedua orang tua saya. Ketika ayah dan emak ditunangkan, mereka saling tidak pernah berjumpa. Atas sifat ingin tahu, ayah telah pergi menghendap emak di rumahnya. Malangnya Mak Teh saya terserempak dengan ayah dan lekas2 memberitahu emak. Apa lagi, kelam kabutlah emak bersembunyi di dalam bilik. Begitu kisah orang dulu2. Jangan nak berpegang tangan, bersua muka pun telah terasa malunya. Selang beberapa tahun, budaya bencinta mula dianggap lumrah kehidupan di kota. Jika berdasarkan filem2 klasik, dapat dilihat zaman A-Go-Go sebagai zaman permulaan keruntuhan akhlak remaja. Pasangan yang bercinta, berpeluk2an, menaiki skuter bersama, mula dianggap perkara yang normal. Malah ibu bapa ketika itu yang menetang akan dianggap kolot dan tidak mengikut peredaran zaman. Dekat berikutnya, zaman berubah lagi. Remaja mula ke disko (dangdut belum ada masa tu…). Dan perubahan berlaku lagi… Dan lagi… Dan lagi… Hingga kini telah terlalu banyak evolusi budaya yang telah kita lalui. Sama ada sedar atau tidak, kita mula semakin redho dengan kejanggalan dan kerosakan identity Melayu Islam yang diperjuangkan oleh datuk nenek dan moyang kita puluhan malah ratusan tahun dahulu. Tidak percaya? Pergilah ke mana2 kompleks membeli belah. Lihatlah, sedang remaja yang bertudung sibuk berkepit dengan jantan masing2. Itu yang menutup aurat. Dapat bayangkan yang berpakaian seksi pula? Hm… Teringat zaman kuliah saya di KL. Ketika itu, PWTC memang cukup terkenal dengan ‘Taman Bunga’nya. Alah… Yang di sebelah sungai, kawasan gelap itulah… Tak pasti sama ada keadaan telah berubah sekarang ini. Tengoklah orang buat maksiat di situ. Tengok boleh tapi jangan tenung. Kalau tenung juga, faham2lah apa yang bakal terjadi. Berani tegur perbuatan mereka? Melalui cerita teman, pihak Jawi pun kena belasah oleh ahli2 maksiat di situ. Dan di JB juga apa kurangnya. Dulu di tempat letak kereta Pantai Lido, selalu dipenuhi oleh ‘kereta2 rosak’. Saya tahu sebab saya salah seorang ‘mat skodeng’ ketika itu. Asal malam minggu, setelah puas berkonvoi dengan kapchai kami, kami pun singgah ke Pantai Lido. Lampu motorsikal dimatikan sambil kepala menjengah2 kereta mana yang ‘sedang dipomen’. Kalau ada, kami akan parking motorsikal kami dan kemudian menonton bersama2. Langsung tidak terlintas di fikiran kami untuk mencegah maksiat ketika itu. Malah kami akan berasa hampa jika tiada ‘kereta rosak’ pada malam itu. Tetapi itu dulu. Sepuluh tahun dulu. Kini Pantai Lido bukan lagi tempat kereta rosak semenjak kerajaan menaikkan Danga Bay. Alhamdulillah… Tapi yang ingin saya ceritakan ialah sifat kami. Tanpa kami sedar sebenarnya kami menggalakkan persundalan dalam masyarkat. Tanpa kami sedar, kami telah bersubahat… Inilah masalah kami. Inilah masalah kita. Jadi, berbalik kepada soalan saya yang mula2 tadi, kesemua kitalah yang tidak betul. Hari ini, bila kita melihat sepasang pasangan remaja berpegangan tangan, tidak timbul rasa janggal dalam hati kita. Jika kita melihat seorang perempuan yang sepatutnya muslim mendedahkan separuh dari dadanya dan memakai skirt yang panjangnya tidak sampai satu inci dari celah kelengkang, juga tidak timbul rasa geram (marah… bukan geram yang ‘tu’!) dalam hati ini. Tetapi sedarkah kita, perbuatan itu menggalakkan mereka sebenarnya. Pengaruh barat terlalu kuat dalam minda bukan sahaja anak2 remaja, bahkan kita sendiri. Apa sahaja yang menjadi kebiasaan barat sepuluh tahun dulu, mula kita terima sebagai kebiasaan buat kita pada hari ini. Dan kini masyarakat barat membudayakan ‘mengandung dulu baru bertunang’ (pakai dulu bayar kemudian?). Kita merasa janggal dengan budaya itu hari ini tetapi akan janggalkah kita dalam tempoh sepuluh tahun lagi? Jika menyemak ‘track record’, kemungkinan besar kita akan bersedia menerima budaya tersebut. Mungkin bukan dalam tempoh sepuluh tahun. Mungkin tidak dalam tempoh terdekat ini. Tetapi percayalah. Jika kita tidak mula lakukan perubahan iman bermula dengan diri kita hari ini, ia akan mula diterima dalam masyarakat kita. Sedangkan bersekedudukan juga kita mula anggap perkara biasa. Ingat kes Noritta? Jadi hari ini, kita perlu tanamkan dalam hati sifat membenci perkara2 songsang ini. Hari ini juga, kita perlu tanamkan azam untuk mengubah kesongsangan tersebut. Mungkin tangan kita terlalu kecil untuk mengubah dunia tetapi ianya sudah cukup besar untuk mengubah keluarga kita. Mari kita perbetulkan diri kita, kemudian keluarga kita dan orang2 lain yang dekat dengan kita. InsyaAllah, dengan ehsanNya kita mampu menyelamatkan maruah bangsa kita. Saya hanya ingin mengajak kepada kebaikan. Jika ada yang tersinggung atau tidak suka dengan apa yang saya tulis ini, saya harap sudilah memaafkan saya. Namun, tidak salah rasanya jika kita luangkan sedikit masa untuk memikirkan masa depan dan hala tuju generasi kita. Dengan masalah sosial yang kian meruncing, gejala murtad yang berleluasa, tidakkah anda merasa inilah masanya untuk kita kembali ke jalan yang benar? Kanak2 membuat ‘collection’ dan para remaja membuat maksiat. 2 gejala yang kian berubah mengikut zaman dan kian merudum nilai moralnya. Kedua2nya disebabkan sifat malas ambil tahu dan kelalaian kita sendiri. Sampai bila kita harus terlalai? Perlukah kita tunggu sehingga nanti anak2 yang berbinkan ibu sebagai satu fenomena biasa dalam masyarakat kita? Tidakkah ketika itu sudah terlalu terlambat? Jawablah sendiri… Sekian buat kali ini. Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk adalah akibat kejahilan saya sendiri. Wabillahitaufiq walhidayah, Wassalamualaikum warahmatullah -Abu Naqibah- Komen & kritikan membina dialu-alukan. Email saya di [EMAIL PROTECTED] ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
