GELANG TANGAN EMAS CUCUKU HILANG!
KECUAIAN KITA! @ PENCURI YANG LICIK?
Jika dulu saya pernah menulis artikel mengenai tumpasnya seorang peragut di Masjid Makmuriah. Kini ada satu lagi cerita mengenai kecuaian kita menyebabkan barang kita hilang. Semoga cerita ini akan memberi pengajaran kepada kita terutamanya apabila keluar bersiar-siar atau membeli belah di tempat awam terutama kawasan yang sesak dengan pengunjung.
Kisah ini berlaku kira-kira tiga bulan lalu iaitu dalam bulan September 2005 di sebuah pekan kecil bernama Sungai Besar. Pekan ini terletak di dalam Daerah Sabak Bernam, Selangor iaitu di utara Selangor yang bersempadan dengan Perak.
Bagi orang yang biasa ke Sungai
Besar terutama dari lembah Kelang, Perak dan Pahang mereka tentu menyebut Sungai
Besar ini sebagai Syurga Pakaian kerana
terdapat pakaian yang dijual dengan harga yang murah di pekan ini. Malah ada
yang menyamakan Sungai Besar seperti Pengkalan Kubur di Kelantan dan Tangkak di
Johor.
Setiap kali cuti terutama pada
hari Sabtu dan Ahad, akan berlaku kesesakan jalanraya di pekan kecil ini
terutamanya apabila hendak menyambut perayaan atau cuti sekolah. Ketika itu
jalan yang sepatutnya satu lorong akan menjadi seperti tiga lorong kerana
kereta yang berlapis-lapis. Keadaan ini mungkin berbeza dari keadaan lima belas tahun dulu.
Ekonomi Yang Yang, Arked Man,
Arked Warisan dan gedung-gedung pakaian begitu sinonim dengan pekan ini. Bukan
sahaja orang ramai membeli pakaian, malah peniaga pasar malam dan pasar harian
biasanya memgambil bekalan pakaian untuk jualan mereka di sini. Mungkin kerana
harga pakaian disini empat hingga lima
kali lebih murah dari di Chow Kit atau di Lembah Kelang.
Dalam kesibukan membeli-belah seorang datuk dan nenek membawa cucu perempuannya yang berusia dalam lingkungan dua tahun di pekan kecil ini. Cucunya sebenarnya balik bercuti ke kampung bersama orang tuanya dari Kuala Lumpur.
Semasa membeli-belah, rupanya kedua ibubapanya lupa menanggalkan gelang emas yang dipakai oleh anaknya. Cucunya dengan gembira mengikut datuk dan nenek pergi membeli-belah, bukan apa budak kecil memang suka kalau dibawa berjalan.
Semasa datuknya berada di kedai kasut, ada seorang perempuan yang boleh dipanggil makcik tersenyum-senyum ramah mendekati cucunya. Datuk dan nenek ini pula sibuk memilih kasut yang sesuai untuk cucunya, mereka pun membalas senyumannya. Akhirnya mereka membelikan kasut yang ada lampu, bila kanak-kanak ini pijak menyalalah lampu itu dengan berkelip-kelip dengan berbagai-bagai warna.
Setelah puas membeli-belah, mereka pun pulang ke rumah. Beberapa jam selepas itu, ibu anak kecil itu bertanya pada anaknya "Kakak mana gelang kakak?". Habislah hilang gelang tangan yang berharga RM500 itu. Kanak-kanak dua tahun manalah dia tahu, dengan selamba dia terus bermain-main dengan kasut baru yang ada lampu itu.
Datuk dan Nenek pun tak perasan macam mana gelang tu boleh hilang. Nak dikatakan tercicir gelang tu ketat, lagi pun dah lama pakai tek pernah tertanggal pun. Mungkinkah orang yang tidak dikenali yang tersenyum-senyum itu memotongnya semasa menghampiri kanak-kanak itu? Ini kerana datuk dan nenek itu baru perasaan, dua kali dia terserempak dengan orang yang sama di kedai kasut dan kedai pakaian.
Artikel ini bukan hendak menuduh sesiapa, tapi beringatlah kalau nak bawa anak kecil, pastikan mereka tidak memakai barang kemas yang mahal-mahal. Kehilangan boleh berlaku sama ada kecuaian kita atau liciknya Si Pencuri. Semoga kisah ini akan menjadi pengajaran yang berguna untuk kita semua.
Wallahu a'lam….
--
"Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku kerana Allah Tuhan Seluruh Alam"
PakNgah
http://pakngah70.blogspot.com/
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
