TAG 1921: Rusuhan di Paris Harus Menjadi Tumpuan Kita (The riots in France must concerns us) Drp: Lidah Pengarang Manila Times – 9/11/05- Laman [EMAIL PROTECTED] |
Rusuhan dan pembakaran kereta, sekolah dan gereja di bahagian setinggan Paris dan di beberapa bandar besar di Peranchis sudah menjadi satu igauan kepada kerajaan Peranchis.
Selepas dua belas malam berturut-turut berlakunya keganasan itu, Presiden Jacques Chirac telah mengadakan mesyuarat darurat Kabinet pada hari Selasa lalu untuk memberikan kuasa kepada kerajaan tempatan untuk menguatkuasakan perintah berkurung (curfew) dan menyekat anak-anak muda yang merusuh untuk berada di rumah kediaman mereka. Orang Peranchis tidak menganggap kebebasan mereka secara ringan sahaja. Chirac terpaksa menguatkuasakan undang yang dirangka pada 1955 dulu untuk menyekat rusuhan dan tunjuk perasaan rakyat Algeria, satu ketika dulu yang menuntut kemerdekaan daripada Peranchis, di jalan raya Peranchis dan juga di Algeria.
Para penganalis berkata Peranchis belum pernah mengalami kemusnahan seperti ini di Paris sejak berlakunya rusuhan 'Commune' (keagamaan – penterjemah) pada abad yang ke-18 dan semasa puak kiri mengadakan tunjuk perasaan dan mogok dari tahun lima puluhan.
Pada malam Isnin sahaja, terdapat 330 kes tangkapan oleh polis dan 1,173 buah kereta terbakar. Dua belas pegawai polis telah mengalami kecederaan dalam pertempuran.
Bagaimana semua itu bermula? Penjelasan yang paling mudah ialah menyalahkan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Nicolas Sarkozy yang pada Oktober 19, mengisytiharkan 'satu peperangan tanpa belas kasihan' disebabkan keganasan yang berlaku di pinggir Paris. Pendekatan beliau yang tegas telah menyebabkan beliau dibenci oleh anak-anak muda yang papa kedana.
Pada 25 Oktober, semasa melawat Argenteuil, di pinggir Paris, Sarkozy telah mencemuh anak-anak muda yang merusuh itu dengan memanggil mereka sebagai penyangak setelah mereka membaling batu dan botol terhadap beliau. Anak-anak muda memberitahu para wartawan bahawa mereka naik angin setelah melihat mukanya di kaca TV sehingga mereka mahu memecahkan kaca TV itu.
Apa yang menyatu-padukan anak-anak muda beragama Islam itu adalah satu peristiwa yang terjadi dua hari kemudiannya pada 27 Oktober di daerah Clichy-sous-Bois. Di situ polis telah mengadakan sekatan dan memeriksa anak-anak muda dan orang-orang yang disyaki. Dua orang anak muda - seorang berasal daripada Mali, dan seorang lagi daripada Tunisia telah lari dan menyorok di sebuah stesen janakuasa (pencawang) elektrik di mana mereka terkena kejutan arus elektrik, dan mati. Sejurus kemudian Sarkozy memburukkan keadaan dengan melabel anak-anak muda itu sebagai arsonis dan pengganas.
Gelagat Sarkozsky laksana watak Inspektor Javert (dalam buku Les Miserables oleh Victor Hugo) sudah tentu tidak merupakan satu-satunya penyebab kenapa ribuan anak-anak muda naik menggila.
Kemarahan anak-anak muda itu adalah sama dengan kemarahan anak-anak Afrikan-Amerika di dalam rusuhan di Watts (Amerika). Anak-anak muda yang naik mengganas di beberapa pinggir kotaraya Paris mahukan satu keadaan hidupan yang lebih baik seperti anak-anak muda di Watts yang merusuh di Amerika satu ketika dulu.
Ramai anak-anak muda Peranchis telah membakar kereta, kedai bunga, sekolah dan gereja kerana dipinggirkan walaupun mereka lahir di Peranchis dan memegang kerakyatannya. Seperti yang disebut oleh seorang anak muda yang merusuh "mereka mempunyai kulit yang lain warnanya, dan agama yang berbeza". Kerana itu mereka tidak mempunyai pekerjaan dan masa depan. Mereka telah dilahirkan di Peranchis daripada ibu bapa yang datang daripada bekas jajahan Peranchis di Afrika. Kegemaran mereka hanyalah meniru lagu-lagu rap dan stail menyanyi kumpulan kulit hitam Amerika. Mereka mudah menubuhkan kongsi gelap dan cuba mengalahkan kongsi gelap lain ke jalan kemusnahan.
Seperti di mana juga di dunia ini, selalunya kumpulan samseng jalanan di Peranchis adalah saling bermusuhan. Untuk kali ini mereka telah bersatu padu disebabkan satu nawaitu dan kehendak naluri. Niat itu adalah meludah muka pihak berkuasa kulit putih dan mungkin juga melumpuhkannya.
Kita, RAKYAT FIIPINA, bukan sahaja harus sedar dan mempunyai perasaan bersatu padu dengan rakyat Peranchis dan kesengsaraan mereka sekarang. Kita juga harus rasa gusar betapa salah satu rakan niaga kita yang terbesar sedang digugat oleh rusuhan. Pengeksportan kita ke Peranchis pada 2004 berjumlah US$1285.36 juta dan pengimportan kita adalah dalam lingkungan US$333.47 juta.
Marilah kita sama-sama berharap dan berdoa bahawa kegilaan disebabkan peminggiran kaum miskin dan terpinggir ini tidak merebak laksana selesema unggas, beralih daripada Peranchis kepada negara lain di Eropah (kini sudah merebak ke Belanda dan Belgium – penterjemah). Laporan yang terkini menyebut bahawa sudah berlaku pembakaran kereta di Jerman, khususnya di Berlin. Frankfurt yang merupakan pusat kewangan antarabangsa sudah semakin menghadapi bahaya. Jumlah penduduknya sekarang adalah lima puluh peratus warga Turki dan umat Islam daripada negara-negara lain. Mereka juga adalah laksana golongan miskin di Peranchis dan sedang hidup melarat dan merempat.
Eloklah pengalaman Peranchis in mengingatkan kita kepada peminggiran rakyat Filipina beragama Islam Mereka ini adalah kaum Aeta, Subanon dan Cordilleran yang hidup merempat di tengah-tengah bandaraya kita. Kita mesti bantu mereka merasa tidak disisihkan oleh penduduk yang bukan beragama Islam. Kita juga mesti menghormati semua minoriti etnik yang miskin, tidak kiralah di mana mereka tinggal, baik di ghetto bandaraya kita ataupun di perkampungan nun jauh di Pampanga, Tartac, Mindoro dan Mindanao.
Tamat
Terjemahan MT-SPAR - 11.11.2005 (suntingan [EMAIL PROTECTED] - Emel: [EMAIL PROTECTED]/ [EMAIL PROTECTED])Laman [EMAIL PROTECTED] dihoskan oleh: Kelatedaily.net. Cerminan:bakongnet.com
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
