Assalamualaikum,
 
Kebencian pada regim penjajah di bumi anbiya' itu
tiba-tiba menjadikan aku teramat rindu
di rumah, di dapur gas, di peti ais
di monitor pc dan laptop
di skrin Nokia 6610i
di stesyen LRT, di restoren KFC
di dashboard mobil kesayanganku
Aku melihat rindu itu ada dimana-mana.
 
Aku kangen sekali
Melihat Islam itu meniti dari bibir ke bibir
Melihat berbondong-bondong manusia memeluknya
 
Tapi aku tahu
kerinduanku takkan terubat
sekadar mengadap pc
dan menari-nari di papan kekunci.
 
"Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman
di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa
 Dia sungguh- sungguh  akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi,
sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang  sebelum mereka berkuasa,
dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang
Telah diridhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar
keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan
menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahku-Ku
dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku.
dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu,
Maka mereka itulah orang-orang yang fasik" - AnNur 24:55
 
Bandaraya Kuala Lumpur.
14Nov2005


 
On 10/18/05, ISMAILY BUNGSU <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
 
 
NOTA
KAMAR
MODERATOR
 
 
  BANG MAILY
 
 ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ
 
Apa khabar orang KL? apa khabar orang Indon? apa khabar orang Jakarta? apa khabar orang budi kemuliaan, Utan Kayu, Pejompongan. Apa khabar orang Australia. Apa khabar orang Paris? apa khabar yang berada di London? tak terkecuali orang Chiba Jepun. Termasuk orang Itali, Sepanyol dan macam-macam. Udah lama tidak ketemu. Rindu tiba-tiba memuncak dan rindu itu pula melompat-lompat dari dahan ke dahan, dari pantai ke pantai, dari gunung ke gunung. Rindu itu melayang-layang bebas di angkasa bebas dan tiba-tiba rindu itu melanggar tembuk dan rindu itu pula menjadi batu yang tidak bisa berbuat apa-apa dan akhirnya rindu itu Bang Maily simpan di kebun hewan dan menjadilah ia muzium simpanan tontonan warisan bangsa dan lalu menjadi sejarah sepanjang zaman. Kesiannya rindu itu.
 
Salam pagi buat anda sekeluarga/terutama sekali ahli-ahli [EMAIL PROTECTED] dan doa Bang Maily agar anda semua dipelihara Allah dan dirahmati-Nya. Amin
 
 
ISMAILY BUNGSU
8:40am/14 Nov,2005
 
 



--
Wanna feel something new ??? Visit www.mykhilafah.com

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke