Militan, keganasan, terrorist, bom, menyembelih orang, berani mati, 
jihad semuanya sinonim dengan Islam. Hari ini pejuang Islam tidak 
dilihat sebagai penyelamat, pelindung, pembawa kasih sayang dan 
kebahagiaan tetapi membawa gambaran keganasan, kekerasan dan 
kehancuran. Begitu sekalilah buruk dan hinanya wibawa Islam dan para 
pejuang Islam di akhir zaman ini.  Tetapi apakah itu ajaran Islam 
sebenarnya. Yang dikatakan berjuang di jalan Islam itu apa dan 
bagaimana rupaya? Bagaimana pula  Rasulullah dan para sahabat 
berjihad dan melaksanakan perintah berjuang pada jalan Allah. 

Islam itu selamat dan menyelamatkan. Rasulullah adalah pembawa kasih 
sayang. Dalam 74 kali peperangan Rasulullah tidak pernah sekalipun 
membunuh, bukan kerana Baginda tidak handal menghayun pedang dan 
memacu kuda, tetapi Baginda adalah penyelamat. Baginda menawan musuh 
dengan akhlak dan kasih sayangnya dan bukanya melalui hujung pedang. 
Tidak di nafikan para sahabat sangat aktif dan berjaya di medan 
perang mengalahkan musuh. Tetapi kita kurang mengkaji apa rahsia di 
sebalik kejayaan mereka. Sejarah membuktikan bahawa dalam 
keseluruhan peperangan bilangan tentera musuh lebih ramai dari 
tentera Islam tetapi tentera Islam mendapat kemenangan kerana apa? 
Bukan kerana factor kekuatan lahiriah tetapi sebenarnya kerana 
kekuatan taqwa. Tuhan yang menghantarkan tenteranya nya untuk 
mengalahkan musuh. 

Tetapi sesungguhnya umat Islam sering terlupa bahawa yang Tuhan 
minta kita berjuang di jalanNya itu bagaimana. Apakah jihad itu 
bermaksud pedang dan darah, nyawa sebagai tebusannya atau bagaimana? 
Kalau begitu mari kita cungkil maksud Tuhan dan arahan Tuhan 
mengenai tuntutan berperang atau berjuang di jalan Allah.

Allah Taala berfirman  dalam Surah An Nisa' : 84  yang bermaksud ;

"Hendaklah kamu berperang atau berjuang pada jalan Allah, tidak 
diberatkan kecuali pada diri kamu dan digalakkan kepada orang 
mu'min. Moga-moga Allah mengkerasi orang kafir atau orang-orang 
engkar dan Allah itu adalah sangat keras dan sangat memberi amaran 
kepada mereka."


Di sini kita akan bahaskan beberapa perkara :

1. berjuang pada jalan Allah
2. tidak diberatkan kecuali diri kita
3. bagi orang mu'min digalakkan
4. moga-moga Allah mengkerasi orang kafir dan memberi amaran kepada 
orang kafir

A. Perintah berjuang pada jalan Allah

Tuhan suruh kita berperang atau berjuang pada jalan Allah. Apa jalan 
Allah? berjuang pada jalan Allah di sini maksudnya ada 2 perkara 
penting :

1. Promosikan Aqidah Tuhan:

Iaitu memperkenalkan Allah hingga aqidah orang betul: iaitu 
memperkenalkan Zat, sifat dan perbuatan Allah pada manusia. Itulah 
aqidah asas, tauhid asas. Supaya manusia selamat dari tersalah 
aqidah. Kalau begitu yang kata berperang pada jalan Allah bukan 
untuk bunuh orang. Tapi orang tak nampak tugas ini. Yang ada, bila 
kata perang, mereka mau bunuh orang, mau pancung orang. Padahal 
patutnya untuk membetulkan aqidah orang yakni untuk fahamkan orang 
tentang Zat, sifat dan perbuatan Tuhan.

Selepas itu berjuang hingga orang menghayati aqidah yang betul tadi. 
Bila orang hayati aqidah yang tepat, maka orang takan takut dan 
cinta dengan Tuhan. Untuk membuat manusia takut dan cinta Tuhan, tak 
cukup hanya aqidah asas. Tapi kena diceritakan apa kebaikan Tuhan, 
apa yang Tuhan bagi pada kita, bagaimana Tuhan jaga kita bagaimana 
Tuhan menyelamatkan kita, dan cerita hingga nafas kita Tuhanpun bagi 
setiap masa. Setiap bumi yang kita pijak adalah Tuhan punya; setiap 
nafas dari Tuhan; pandanglah apa saja semuanya Tuhan punya. Mata 
yang kita gunakan untuk itu semua pun Tuhan yang punya; mendengarlah 
apa saja menggunakan telinga yang Tuhan jadikan; bercakaplah 
sebanyak mana kita mahu sedangkan mulut itu Tuhan yang ciptakan ; 
kita makan dan minum nikmat dari Tuhan ; bekerja menggunakan tenaga 
dari Tuhan  bila letih bekerja datang rahmat Tuhan kita mengantuk, 
tidur. Kita sudah rehat itu nikmat dari Tuhan  bertenaga semula. 
Janganlah ajar aqidah yang asas saja nanti orang tak takut dan cinta 
dengan Tuhan. 

Ceritakan apa lagi nikmat Tuhan, kebaikan Tuhan, baru tumbuh rasa 
cinta dengan Tuhan. Kita ingin berhibur Tuhan ciptakan lelaki dan 
perempuan. Dengan ada lelaki perempuan kita boleh berhibur. Kalau 
Tuhan buat lelaki saja atau perempuan saja sepi hidup ini. Tapi 
Tuhan beri nikmat ada lelaki dan perempuan terasa rahmatNya dari 
Tuhan. Ingin berhibur ada cara khusus Tuhan lakukan. Begitulah 
caranya kita akan ceritakan begitu banyak nikmat hingga orang takut 
dan cinta Tuhan. Orang mengajar sifat 20 hanya sekadar untuk sahkan 
aqidah, sampai jemu bila dengar kelas sifat 20, jemu. Sedangkan 
cerita tentang Tuhan patutnya seronok, terasa Tuhan penyelamat, 
pelindung, terasa Tuhan segala2nya, terasa tak boleh hidup tanpa 
Tuhan, Tuhan segala-galanya barulah orang rasakan ada Tuhan sangat 
terhibur. Tapi diajar oleh tok guru kita jangan sampai orang rosak 
aqidah itu saja, tapi tak diajar sampai orang takut dan cinta Tuhan. 
Ini adalah satu kesalahan yang paling besar, sedangkan Tuhan itu 
kalau disyarahkan dengan baik orang rasa Tuhan itu keselamatan dunia 
akhirat, tiap hari kita harap jangan Tuhan tinggalkan kita, kita 
perlukan Tuhan, Tuhan adalah segala-galanya. Kita ada Tuhan, kita 
rasa kuat. Mana ada orang ajar semua itu. Sebab itu bila dengar 
orang mengajar tauhid jemu. Bagaimana cinta dan takut Tuhan tak 
diajar? Ini adalah satu kesalahan. 

Jadi bila Tuhan kata kena berjuang pada jalan Allah maka promosi 
Tuhan untuk kenalkan Tuhan pada manusia supaya jangan tuduh Tuhan 
yang bukan-bukan supaya orang kenal betul Tuhan, lepas itu 
dilengkapkan seperti yang disebutkan tadi. Sebabnya, bagaimana, 
boleh membuat hingga orang takut dan cintakan Tuhan itulah apa yang 
dikatakn Tuhan ajak kita berjuang. Bukannya bila "Mari berperang, 
berjuang!" maka kita hendak bunuh orang, demonstrasi, lawan orang.

2. Promosikan syariat Tuhan :

Berjuang pada jalan Tuhan itu kita nak kenalkan pada manusia syariat 
Tuhan. Ertinya cara hidup secara Tuhan atau perlembagaan Tuhan atau 
undang-undang Tuhan. Perkara aqidah di atas tadi tak begitu banyak 
perkaranya tapi kalau diceritakan dengan baik terasa indah, terasa 
kuat dapat Tuhan, terhibur dapat Tuhan. Yang kedua ini syariat, cara 
hidup jadi banyaklah perkaranya. Walaupun banyak tapi Rasulullah saw 
memperjuangkannya 10 tahun sedangkan mempromosi Tuhan 13 tahun. Ini 
menunjukkan promosi dan perjuangkan Tuhan lebih utama dari 
memperjuangkan syariat. Itulah rahsia kebahagian.

Kita disuruh memperkenalkan syariat Tuhan dalam makan minum, dalam 
pergaulan, syariat mendidik manusia dalam keluarga, dalam 
perjuangan, dengan jiran, dalam berekonomi, dalam berkebudayaan, 
dalam hal perhubungan, dalam pentadbiran, segala perkara bahkan 
syariat juga menunjuk jalan kepada kita bagaimana cara menyelesaikan 
masalah dengan sebaik-baiknya. Syariat mengenai semua aspek 
kehidupan supaya jangan accident satu sama lain di situ ada unsur 
keselamatan, kasihsayang, kerjasama, rasa bersama, ada unsur-unsur 
perlu memerlu satu sama lain. Itu syariat Tuhan. Kalau benar-benar 
kenal Tuhan dan diperjuangkan kemudian dicampur syariat Tuhan maka 
lagi nampak Islam itu cantik. Sudahlah cantik kenal Tuhan dicampur 
syariat Tuhan. Terasa Tuhan penyelamat dunia akhirat, Tuhan dan 
syariatnya sangat diperlukan. Tapi mana diajar begitu rupa. Dalam 
syariat, yang diajar hanya halal-haram saja tapi falsafahnya, misal 
mengapa Tuhan suruh, mengapa Tuhan tegah, tak disebut. Tak disebut 
hikmahnya jadi orang terseksa dengan hukum Tuhan, tak seronok karena 
approach, pendekatan, penjelasan tak betul. 

Jadi itulah yang Tuhan suruh berjuang maksudnya terhadap dua 
perkara : pertama promosikan aqidahNya, kedua promosi syariatNya. 
Gabungan dua perkara ini akan terasa indah berTuhan dan indah 
bersyariat bahkan manusia rasa mabuk dengan Tuhan dan dengan 
syariat. 


B. Maksud "Tidak diberatkan kecuali diri kamu bagi orang mukmin 
digalakkan"

Maksud "Tidak diberatkan kecuali diri kamu" ertinya hendak berjuang 
itu kita dulu. Orang lain tak boleh dipaksa ikut berjuang. Untuk 
orang lain hanya boleh dibagi tahu, digalakkan, diajak sama, 
didorong. Bukan boleh dikasari, bukan boleh dipaksa2. Yang boleh 
adalah paksa diri kita. Orang lain hanya didorong, dipujuk, 
gembirakan mereka dengan perjuangan. Yang kena paksa itu diri kita 
bukan orang lain walaupun anak isteri, bukannya paksa orang "jom 
berjuang, kalau tak mau kena tampar, kalau tak nak ikut, aku bunuh," 
jadilah militan. Itu tak boleh. Dalam ayat ini jelas yang dipaksa 
dan diberatkan adalah diri kita sedangkan orang lain digalakkan 
supaya cintakan perjuangan. Inilah peraturan dari Tuhan, ini cara 
Tuhan suruh kita bersyariat. Diri sendiri kita boleh paksa, orang 
lain digalakkan. 

Kalau begitu bentuknya kita berjuang paksa diri, orang lain kita 
galakkan. Tujuannya kenalkan Tuhan hingga takut dan cinta Tuhan 
kedua perkenalkan syariat Tuhan peranannya hingga terhibur dengan 
Tuhan dan syariat Tuhan.


C. Huraian 

"Moga-moga Allah mengkerasi orang kafir dan memberi amaran kepada 
orang kafir"

Kalau berjuang begitu, rupanya untuk mengalahkan orang kafir bukan 
tugas kita. Untuk musnahkan orang kafir bukan bahagian kita tapi 
Tuhan. Kalau berjuang dalam hal mengalahkan musuh bukan kita tapi 
Tuhan buatkan. Tuhan yang akan menghukum setelah kita buat untuk 
Tuhan. Kenalkan orang pada ZatNya hingga orang suka dan cinta Tuhan 
dan kenalkan syariat. Iaitu kita buat kerja Tuhan, Tuhan akan 
buatkan untuk kita. Orang yang menentang Tuhan, yang akan 
memusnahkannya adalah Tuhan. Tuhan tahu bagaimana  bertindak. Apa 
yang kita susahkan dengan hal Amerika kuat? orang berjuang mula 
fikir kekuatan Amerika, takut yahudi, sedangkan itu kerja Tuhan dan 
kerja kita, kita tak buat. Bila diajak berjuang kita takut mereka. 
Mereka banyak duit, kaya. Kalau mereka banyak duit, kaya itu bukan 
kerja kita tapi itu kerja Tuhan. Kerja kita ialah promosi Tuhan dan 
syariat Tuhan. Kalau selesai kerja kita maka 10 kali Amerika pun 
Tuhan boleh kalahkan. Kesilapan orang Islam hari ini bila kata 
berjuang nampak musuh yang kuat, nampak musuh yang jahat. Akhirnya 
orang Islam jadi lemah semangat ketakutan pada musuh. Padahal Tuhan 
suruh promosi Tuhan dan syariat Tuhan, kerja terhadap musuh Tuhan 
punya kerja, itu ketetapan Tuhan. Kalau buat yang Tuhan suruh maka 
Tuhan buat untuk kita. 

Apa fakta yang berlaku dalam sejarah bila buat kerja kita Tuhanlah 
yang kalahkan musuh-musuhnya? contoh zaman Nabi Musa. Nabi Musa 
kerja dia kenalkan kepada Firaun dan bani Israel tentang Tuhan. Itu 
kerja Nabi dan orang bertaqwa. Masa itu dia tak sentuh kerja Tuhan. 
Bila ditentang oleh Firaun dia tak ajak berperang tapi lari-lari 
(menghindar). Akhirnya setelah lengkap kenalkan Tuhan, Tuhan buat 
kerja orang beriman, tenggelamkan Firaun. Apakah Nabi Musa yang 
tenggelamkan Firaun? 

Nabi Nuh berjuang memperkenalkan Tuhan, syariat Tuhan tapi kaumnya 
bermusuh dengan Nabi Nuh, susahkan dia dan pengikutnya tapi Nabi tak 
ajak orang-orangnya berperang. Akhirnya setelah buat kerja Tuhan 
maka Tuhan buat kerja Nabi Nuh, datang banjir besar. 

Rasulullah setelah berperang pada jalan Allah, buat kerja Allah, 
telah datang 3000 malaikat menolongnya. Tuhan buat untuk Rasul dan 
sahabat. Dalam perang Khandak Tuhan datangkan angin ribut hingga 
akhirnya lintang pukang, pecah belah musuh, bukan Rasul dan sahabat 
buat tapi Tuhan yang buat, setelah Rasul dan sahabat buat kerja 
Tuhan, nampak ini adalah peluang untuk orang berjuang.

Mengapa kita takut dengan musuh bila perkenalkan Tuhan dan syariat? 
hadapi musuh  bukan kerja kita, itu kerja Tuhan yang kuasaNya tak 
terbatas. Apa kita takut? seolah-olah kita bincang dengan Tuhan aku 
buat kerja aku, Engkau akan buat untuk aku. Kita hairan bagaimana 
orang boleh jadi militan dan ganas? Kenapa sebut berjuang tak fikir 
untuk kenalkan Tuhan hingga orang takut dan cinta pada Tuhan? supaya 
hasil perjuangan kita orang akan rasa indah, aman damai? 

Sedari sekolah, mengaji tauhid tak rasa indah, tak rasa seronok. 
Mengaji tauhid aqal-aqal jadi letih. Itu saja pendekatannya padahal 
Tuhan adalah segala-galanya. Dapat Tuhan manusia akan kenyang, 
indah, dan rasa kuat.

Sekian.

SILA LAYARI WWW.RUFAQADAILY.COM










------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke