Assalamualaikum wrt Saya nukilkan disini nukilan dari seorang penulis yang diri sendirinya sedang menjalani dialysis. Untuk memudahkan kefahaman kerana konteks ceritanya agak panjang - saya ubahkan susunan ayatnya. Moga dengan ini dapat kita menghargai arti Cinta Sejati yang sering dilaungkan oleh muda mudi pada hari ini.
@@@@ Assalamualaikum, Kira-kira lima tahun yang lalu saya menyaksikan satu peristiwa yang amat mengesani jiwa ini. Ketika menziarah arwah ibu di hospital yang sedang menjalani dialysis di Seremban. Masuk seorang pakcik yang telah berumur mendukung isterinya yang begitu uzur untuk menerima rawatan dialysis. Saya perhatikan si isteri sudah tidak mampu bergerak lagi. Si suami dengan penuh kasih sayang mengusap rambut isterinya. Si isteri hanya mampu mengebilkan matanya sekali-sekala. Kata arwah ibu begitulah keadaannya setiap kali, 3 kali seminggu. Rupa-rupanya, itulah dia cinta sejati. Agaknya anak-anak muda kita kena lihat contoh-contoh ini. Apa itu yang dinamakan cinta? Cinta bagaimanakah yang akan diberkati dan berkekalan sepanjang hayat. Kerana cinta yang didasarkan pada rupa paras atau kekuatan fizikal, akan sirna dimamah usia atau ditimpa penyakit, lalu meliriklah mata pada yang lain. Kini saya juga menyaksikan buah kasih-sayang ini di tempat saya menjalani dialysis. Apa yang saya saksikan meyakinkan saya bahawa ia bukan sesuatu yang dipaksakan atau yang mampu dilakonkan. Ia lahir dari lubuk hati yang cinta dan kasih kepada suami/isteri masing-masing. Saya melihat si isteri duduk menemani suami sepanjang waktu menjalani dialysis iaitu selama 4 jam. Kadang- kadang saya melihat seorang isteri mengurut-ngurut kaki suaminya yang mengalami 'cramp' atau memicit-micit kepala si suami. Ini dilakukan 3 kali seminggu dan ada yang sudah lima tahun atau 10 tahun atau lebih menjalani dialysis. Sudah sebulan kini saya berulang alik ke hospital selayang ditemani oleh isteri. Walaupun badan masih kuat dan mampu memandu sendiri, isteri tersayang saya insist dia yang memandu. Selama 3 kali seminggu dia mengambil half day semata-mata untuk menemani saya menjalani dialysis. Saya tidak dapat menafsirkan ini selain dari kasih mendalam seorang isteri terhadap diri ini. Semuga Allah merahmati para isteri dan para suami yang benar pada 'cinta'nya. Semuga Allah ganjari mereka dengan pahala yang tidak putus-putus. Mereka korbankan kesenangan dan keselesaan diri demi seorang suami/isteri ....penulis dari UPM ... ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
