Orang tua kata kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang. Kalau tak ada sebab
tak akan ada rusuhan secara besar besaran di Perancis dan kini katanya merebak
ke Belgium dan German. Rusuhan besar besaran adalah disebabkan oleh sesuatu
ketidakadilan yang berpanjangan dan meluas pula.
Jadi dimanakah amalan keadilan yang dilaung laungkan oleh barat selama ini yang
ingin mengajar kita tentang erti demokrasi, hak persamaan dan liberal dan
toleransi ?.
Jika kita lihat index index yang entah apa apa itu yang berkenaan hak asasi
manusia, index rasuah, index corporate governance, semuanya memihak dan memberi
pandangan positif kepada barat dan negara maju.
Adakah mereka bagus sangat seperti yang dicatatkan didalam index -index itu?.
Kenapa terjadinya rusuhan yang dilakukan oleh pemuda miskin yang tidak ada apa
apa itu? Adakah mereka ini semua gila atau telah putus harapan untuk mencari
kehidupan yang lebih baik.
Lebih dekat lagi dgn kita, kenapa ketidakstabilan berlaku di Selatan Siam?
Kenapa Melayu disana menentang kerajaan mereka? Ganas sangatkah orang Melayu
Pattani, Naratiwat dan Yala jika dibandingkan dengan Melayu Kelantan dan Kedah?
Kenapa tidak ada rusuhan yang serupa di Kedah dan Kelantan yang dilakukan oleh
rakyat Malaysia yang berketurunan Siam? Kenapa tidak ada berita yang buruk
langsung tentang rakyat Malaysia yang berketurunan Siam di sini?
Saya rasa semua jawapan pada persolan diatas adalah berpaksikan kepada
keikhlasan dan keadilan. Bukan semua kerajaan didunia ini ikhlas dan adil.
Tetapi yang nyatanya, semua kerajaan didunia ini mahu nampak macam mereka itu
adil dan ikhlas. Ehsan tidak ada didalam kamus kehidupan mereka.
Jadi sebelum kita merungut dan komplen tentang ketidakadilan yang terjadi
dinegara kita, ada lebih baik kita selaraskan fikiran kita mengikut perspektif
yang adil dan saksama. Jangan terlalu percaya kata kata ahli politik yang punya
kepentingan samada peribadi atau parti dan samada dari pembangkang atau
kerajaan sebelum kita membuat "perspective check".
Untuk "perspective check" yang terbaik, adil dan saksama eloklah juga kita
mengikut suatu piawaian yang standard dan yang terbaik. Saya sarankan Al Quran
dan sunnah Nabi Muhammad SAW sebagai satu piawaian untuk kehidupan yang adil
dan saksama kerana ianya datang dari Pencipta alam dan manusia itu sendiri.
Ngah 12/11/2005 21:23:00 >>>
*TAG 1921:*
*Rusuhan di Paris Harus Menjadi Tumpuan Kita*
(The riots in France must concerns us)
Drp: *Lidah Pengarang Manila Times* * 9/11/05- Laman [EMAIL PROTECTED]
------------------------------
Rusuhan dan pembakaran kereta, sekolah dan gereja di bahagian setinggan
Paris dan di beberapa bandar besar di Peranchis sudah menjadi satu igauan
kepada kerajaan Peranchis.
Selepas dua belas malam berturut-turut berlakunya keganasan itu, Presiden
Jacques Chirac telah mengadakan mesyuarat darurat Kabinet pada hari Selasa
lalu untuk memberikan kuasa kepada kerajaan tempatan untuk menguatkuasakan
perintah berkurung (curfew) dan menyekat anak-anak muda yang merusuh untuk
berada di rumah kediaman mereka. Orang Peranchis tidak menganggap kebebasan
mereka secara ringan sahaja. Chirac terpaksa menguatkuasakan undang yang
dirangka pada 1955 dulu untuk menyekat rusuhan dan tunjuk perasaan rakyat
Algeria, satu ketika dulu yang menuntut kemerdekaan daripada Peranchis, di
jalan raya Peranchis dan juga di Algeria.
Para penganalis berkata Peranchis belum pernah mengalami kemusnahan seperti
ini di Paris sejak berlakunya rusuhan 'Commune' (keagamaan * penterjemah)
pada abad yang ke-18 dan semasa puak kiri mengadakan tunjuk perasaan dan
mogok dari tahun lima puluhan.
Pada malam Isnin sahaja, terdapat 330 kes tangkapan oleh polis dan 1,173
buah kereta terbakar. Dua belas pegawai polis telah mengalami kecederaan
dalam pertempuran.
Bagaimana semua itu bermula? Penjelasan yang paling mudah ialah menyalahkan
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Nicolas Sarkozy yang pada Oktober 19,
mengisytiharkan 'satu peperangan tanpa belas kasihan' disebabkan keganasan
yang berlaku di pinggir Paris. Pendekatan beliau yang tegas telah
menyebabkan beliau dibenci oleh anak-anak muda yang papa kedana.
Pada 25 Oktober, semasa melawat Argenteuil, di pinggir Paris, Sarkozy telah
mencemuh anak-anak muda yang merusuh itu dengan memanggil mereka sebagai
penyangak setelah mereka membaling batu dan botol terhadap beliau. Anak-anak
muda memberitahu para wartawan bahawa mereka naik angin setelah melihat
mukanya di kaca TV sehingga mereka mahu memecahkan kaca TV itu.
Apa yang menyatu-padukan anak-anak muda beragama Islam itu adalah satu
peristiwa yang terjadi dua hari kemudiannya pada 27 Oktober di daerah
Clichy-sous-Bois. Di situ polis telah mengadakan sekatan dan memeriksa
anak-anak muda dan orang-orang yang disyaki. Dua orang anak muda - seorang
berasal daripada Mali, dan seorang lagi daripada Tunisia telah lari dan
menyorok di sebuah stesen janakuasa (pencawang) elektrik di mana mereka
terkena kejutan arus elektrik, dan mati. Sejurus kemudian Sarkozy
memburukkan keadaan dengan melabel anak-anak muda itu sebagai arsonis dan
pengganas.
Gelagat Sarkozsky laksana watak Inspektor Javert (dalam buku Les Miserables
oleh Victor Hugo) sudah tentu tidak merupakan satu-satunya penyebab kenapa
ribuan anak-anak muda naik menggila.
Kemarahan anak-anak muda itu adalah sama dengan kemarahan anak-anak
Afrikan-Amerika di dalam rusuhan di Watts (Amerika). Anak-anak muda yang
naik mengganas di beberapa pinggir kotaraya Paris mahukan satu keadaan
hidupan yang lebih baik seperti anak-anak muda di Watts yang merusuh di
Amerika satu ketika dulu.
Ramai anak-anak muda Peranchis telah membakar kereta, kedai bunga, sekolah
dan gereja kerana dipinggirkan walaupun mereka lahir di Peranchis dan
memegang kerakyatannya. Seperti yang disebut oleh seorang anak muda yang
merusuh "mereka mempunyai kulit yang lain warnanya, dan agama yang berbeza".
Kerana itu mereka tidak mempunyai pekerjaan dan masa depan. Mereka telah
dilahirkan di Peranchis daripada ibu bapa yang datang daripada bekas jajahan
Peranchis di Afrika. Kegemaran mereka hanyalah meniru lagu-lagu rap dan
stail menyanyi kumpulan kulit hitam Amerika. Mereka mudah menubuhkan kongsi
gelap dan cuba mengalahkan kongsi gelap lain ke jalan kemusnahan.
Seperti di mana juga di dunia ini, selalunya kumpulan samseng jalanan di
Peranchis adalah saling bermusuhan. Untuk kali ini mereka telah bersatu padu
disebabkan satu nawaitu dan kehendak naluri. Niat itu adalah meludah muka
pihak berkuasa kulit putih dan mungkin juga melumpuhkannya.
Kita, RAKYAT FIIPINA, bukan sahaja harus sedar dan mempunyai perasaan
bersatu padu dengan rakyat Peranchis dan kesengsaraan mereka sekarang. Kita
juga harus rasa gusar betapa salah satu rakan niaga kita yang terbesar
sedang digugat oleh rusuhan. Pengeksportan kita ke Peranchis pada 2004
berjumlah US$1285.36 juta dan pengimportan kita adalah dalam lingkungan
US$333.47 juta.
Marilah kita sama-sama berharap dan berdoa bahawa kegilaan disebabkan
peminggiran kaum miskin dan terpinggir ini tidak merebak laksana selesema
unggas, beralih daripada Peranchis kepada negara lain di Eropah (kini sudah
merebak ke Belanda dan Belgium * penterjemah). Laporan yang terkini menyebut
bahawa sudah berlaku pembakaran kereta di Jerman, khususnya di Berlin.
Frankfurt yang merupakan pusat kewangan antarabangsa sudah semakin
menghadapi bahaya. Jumlah penduduknya sekarang adalah lima puluh peratus
warga Turki dan umat Islam daripada negara-negara lain. Mereka juga adalah
laksana golongan miskin di Peranchis dan sedang hidup melarat dan merempat.
Eloklah pengalaman Peranchis in mengingatkan kita kepada peminggiran rakyat
Filipina beragama Islam Mereka ini adalah kaum Aeta, Subanon dan Cordilleran
yang hidup merempat di tengah-tengah bandaraya kita. Kita mesti bantu mereka
merasa tidak disisihkan oleh penduduk yang bukan beragama Islam. Kita juga
mesti menghormati semua minoriti etnik yang miskin, tidak kiralah di mana
mereka tinggal, baik di ghetto bandaraya kita ataupun di perkampungan nun
jauh di Pampanga, Tartac, Mindoro dan Mindanao.
Tamat
Terjemahan *MT-SPAR* - 11.11.2005 (suntingan [EMAIL PROTECTED] - Emel:
[EMAIL PROTECTED] <[EMAIL PROTECTED]>/
[EMAIL PROTECTED]<[EMAIL PROTECTED]>
)
Laman [EMAIL PROTECTED] dihoskan oleh: Kelatedaily.net
<http://www.kelatedaily.net/>.
Cerminan:bakongnet.com <http://www.bakongnet.com/>
DISCLAIMER:
This e-mail (including any attachments) may contain confidential information.
If you are not the intended recipient, you are hereby notified that any review,
distribution, printing, copying or use of this e-mail is strictly prohibited.
If you have received this e-mail in error, please notify the sender or Bursa
Malaysia immediately and delete the original message. Opinions, conclusions and
other information in this e-mail that do not relate to the official business of
Bursa Malaysia and/or its group of companies ("Bursa Malaysia Group") shall be
understood as neither given nor endorsed by Bursa Malaysia Group and Bursa
Malaysia Group accepts no responsibility for the same. All liability arising
from or in connection with computer viruses and/or corrupted e-mails is
excluded to the fullest extent permitted by law.
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved
otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the
title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/