Sumber dariepada Harian Metro 9 November 2005
Kulit luar
kitab itu yang sekali imbas tertulis al-Quran dalam bahasa Arab
sebenarnya diubah kepada al-Furan apabila huruf Qaf ditukar kepada Fa.
Ayat suci dari beberapa surah turut ditukar dan diganti
sewenang-wenangnya seperti huruf Ya diletakkan pada ayat tidak
sepatutnya.
Antaranya tambahan huruf 'Ya' dilihat pada ayat pertama surah
at-Takaatsur yang sepatutnya berbunyi 'Alhakumuttakasur' sebalik
bertukar kepada 'Alyakumuttakasur'.
Al-Quran bercelaru itu turut mencantumkan dua ayat seperti ayat pertama dan kedua disambung menjadi satu pada surah al-Baqarah.
Kesilapan jelas dilihat pada surah al-Fatihah apabila perkataan 'al-Mustaqim' pada ayat kelima bertukar kepada 'al-Mustafin'.
Mohd Salleh Kassim, 71, berkata dia menerima kitab itu daripada seorang pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) kira-kira seminggu lalu.
"Pelajar itu memaklumkan dia menemui kitab itu di sebuah surau di Bangsar selepas solat Asar. Dia yang berhasrat untuk membaca al-Quran terperanjat apabila mendapati terlalu banyak kesilapan pada huruf, ayat serta terdapat tambahan huruf pada ayat tertentu sebelum menyerahkan kepada saya," katanya yang ditemui di kediamannya di Bandar Baru Bangi, di sini, semalam.
Menurutnya, kitab itu tidak mempunyai sebarang cop Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN) dan dipercayai dibawa dari luar negara.
"Hampir keseluruhan kitab ini mempunyai kesilapan seperti contoh huruf Nun tidak mempunyai titik di atas selain tambahan tanda seperti sabdu pada ayat tidak sepatutnya."
"Tindakan ini bukan saja mengelirukan pembaca dan menghilangkan maksud sesuatu ayat malah seolah-olah menghina kitab suci al-Quran," katanya.
Menurutnya, hasil maklumat daripada beberapa rakan, dia turut mendapati kitab sama ditemui di Klang dan Banting.
"Jika tindakan ini disengajakan, maka ia menghina al-Quran dan Islam. Tindakan tegas perlu diambil kepada pihak yang tidak bertanggungjawab kerana perkara ini tidak boleh dipandang ringan," katanya.
Mohd Salleh berkata, dia akan menyerahkan kitab itu kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menjalankan siasatan.
"Saya harap tindakan segera dapat diambil, jika ajaran sesat dapat dihapuskan, masalah ini juga wajar dibanteras," katanya.

--
"Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku kerana Allah Tuhan Seluruh Alam"
PakNgah70
http://pakngah70.blogspot.com/
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.