komplen dan kritik pasal kereta proton: power window problem tak
sudah2,injin berbunyi walaupun umur kereta tak sampai tiga bulan, dll
seumpamanya. Maknanya, masalah kualiti.
Design (rekabentuk)kereta tak menarik: tu soal taste,tiap individu
lain taste dia, namun Juara,Tiara,memang teruk design dia, tapi
jadikanlah itu sejarah dan iktibar,semoga Mgmt Proton tak akan approve
design yg "berani" macam tu lagi di masa depan. Balik bab design tu
tadi,it's all about individual taste. Ada org suka design Peugeot, ada
org tak suka.Ada yg suka design Citroen,ada org meluat.
Soal kualiti -- bab ini tidak ada kompromi sebenarnya. Kalau kualiti
jadi komplen, salah sapa sebenarnya? Salah semua dan setiap pihak lah:
Lembaga Pengarah, CEO, senior mgmt, engineer dan pentadbir, operator,
suppliers dan vendors, semua mesti pikul beban kutukan pembeli. setiap
individu yg terbabit -- dari org yg mula2 design kereta, org yg beli
bahan, org yg terima bahan, sampai kpd org yg putar dan ketatkan screw
atau nut terakhir kat kereta tu, sampai kpd QC checkers, org di
service centre, wajib ada rasa dlm diri dia: ini adalah kereta yg aku
buat utk kepuasan pelanggan, aku mesti buat kereta ni supaya pelanggan
tak komplen. pelanggan puas hati, kereta ni laku, syarikat untung, aku
pun dapat faedah sikit-sebanyak. bulih bela anak-bini, bulih jaga
anak2, sekolah depa, makan-pakai depa, hasil dari upah dan gaji yg aku
dapat dari kilang proton ni. bila berjalan2 bawak anak bini, bulih
rasa megah tunjuk kat depa: 'tu Savvy yg kilang ayah buat'.
Masalahnya, atau sebahagian dari masalahnya, ialah kita (saya pun)
bila buat kerja, rasa bangga tentang kerja almost nil. Passion tu
sangat kurang. Jadi bila kita buat sesuatu kerja, kualiti jauh sekali
kita nak pedulikan. Janji siap, tak elok? Lantaklah. Kita tak malu
bila kereta yg kita tolong siapkan tu tak baguih, org komplen.
Salah sapa?
Salah Mahathir? Salah Tengku Mahaleel? Salah mgmt? Salah QC? Salah
vendor? Salah mekanik di service centre? Salah sapa?
Salah kita semualah, anda dan saya, sebab kita semua tidak ada
"passion for our job". Kita tidak ada "pride in the things that we do
or make or produce". Kita takdak "quality culture". Kita kerja
semata-mata nak makan gaji, buat kerja cincai sudahlah. Vendor pulak,
nak untng semata-mata. Short-cut sana short-cut sini, asalkan untung.
Mgmt tak rasa bangga dgn pekerjanya, jadi dia tak jaga pekerja,
pekerja pun tak bangga dengan Mgmt. Semua kira "aku apa peduli?" Kita
takdak langsung nak ingat "kerja itu satu ibadah".
Dalamkopnteks ini, kita semua sama sebenarnya -- taktaulah bila kita
akan berubah. Tak taula bila kita akan ada budaya "passion for our
work" dan "pride in the things that we do". Kita ni teruk sungguh.
Cuba kita perhati, cara kita solat. Jgn perhati org; perhati kita
sendiri. Anda perhati diri anda, saya perhati diri saya. Bila kita
solat sorang-sorang, speed kita pnya lah laju. Bangun dari ruku', kita
i'tidal. tangan berhayun2 lagi,kita dah mula sujud. mana dia
tomaninahnya? Sujud pun, ala kadar saja, satu saat dahi cecah lantai,
kita dah spring balik.
--- In [email protected], "Abd Mutalib Ibrahim" wrote:
>
> Kepada saudara-saudari semua,
> Saya tidak dapat dan tak boleh nak mengutuk dan merendahkan bangsa saya
> dan negara saya. Saya juga pengguna kereta nasional dan juga Toyota.
> Jadi saya juga tahu masalah pengguna kereta nasional macam orang lain.
> Saya tidak boleh dan tidak dapat mengutuk bangsa dan negara saya, juga
> keazaman negara saya untuk mencapai negara maju dengan memulakan
> industri kereta nasional pada awal 19801an.
> Saya melihat proton lebih dari sekadar kereta nasional.
> Saya melihat proton sebagai permulaan langkah utk berdiri sama tinggi
> dgn orang lain.
> Saya melihat proton sebagai satu cara untuk melebarkan ekonomic base
> negara ini.
> Saya melihat proton sebagai alat yang berguna untuk memperkuatkan
> hubungkait ekonomi (economic linkages).
> Saya melihat proton sebagai industri yang memberikan banyak pekerjaan
> pada setiap hektar tanah jika dibandingkan dengan aktiviti pertanian.
> Saya lihat proton sebagai satu perjudian yang besar pada negara. Dan
> sekurang-kurangnya kita sebagai rakyat perlu menyokong perjudian besar
> ini agar ianya berjaya.
> Saya bukan orang proton. Saya tidak ada saham proton dan saya juga
> tidak menyokong secara politik bekas PM terdahulu. Tapi saya rakyat
> Malaysia.
> Kalau Wira saya setakat masalah power window, plastiknya tanggal sana
> tanggal sini, boot kereta masuk air kalau hujan dan bumper tanggal kalau
> tepuk sikit, itu perkara kecil pada saya.
> Satu sahaja yang saya harapkan.
> Agar Proton jangan menghampakan kami semua dimasa akan datang.
>
>
> >>> Zam 12/11/2005 13:02:35 >>>
> hidekan id saya yek.gunakan zam aje
>
> Assalamualaikum.......
>
> sebagai manusia kita takan pernah berpuas hati dengan apa yang kita
> dapat
> dan sebagai manusia gak kita tak sempurna. Walau camana sekalipun kita
> cuba
> jadik sempurna tetap takan sempurna. Camtu gak la dengan keta proton
> tu.
> yang buat tu manusia......
>
> oh ya.......nape pandang kat keta nasional je.....keta import yang lain
> pun
> apa kurangnya. ada gak kerosakan pd keta2 yang baru dibeli tapi tak de
> lak
> yang komplen giler2.
>
> pasal design lak. bg saya juara memang tak berapa cantik or memang tak
> cantik pun tapi savvy ok pa.
>
> heran sungguh org2 malaysia ni. kutuk keta nasional giler2. tak elok
> lah,
> injin tak power lah or body tak kuat lah.....boleh kata macam2 yang
> tak
> elok pasal keta negara sendiri......TUP! TUP! bila beli
> keta.......haaaaaaa
> order keta nasional gakkkkkkk..............entah la.
>
> HE!HE!HE..........
>
>
>
>
>
>
>
> @
>
> Sent by: To:
> [email protected]
> [EMAIL PROTECTED] cc:
>
> groups.com Subject: Re: Bismillah
> [hidayahnet] Re:
> Something about
> Proton...fromproton staff I
> guess....
>
> 11/11/2005 08:49
>
> AM
>
> Please respond
>
> to hidayahnet
>
>
>
>
>
>
>
>
>
> memang betol, aku sokong ko shah.... kita sebagai rakyat malaysia
> memang la berbangga sangat kalo ada keta buatan malaysia...
> sapa tak bangga geng.
> tapi kalo ko nengok design je dah rasa nak muntah (contoh keta juara &
> savvy)... camner ko nak beli, dah la harga pun mahal, kuality pun tah
> pape tah....
> contoh bapak aku guna proton wira (beli 5 tahun lepas)... baru guna
> berapa bulan (kurang 2 bulan kalo tak silap) power window jammed..
> heheheh bangga??? pastu hantar balik kat tempat dia... kena wat
> appoinment plak... bukan esok atau lusa... dekat dua minggu baru
> dapat. Bangga????
> member aku baru beli Gen2 a week before raya... power window dah
> kong dah, pastu pintu belakang sebelah kanan tutup tak boleh rapat...
> hehehe... kualiti ke??? nak buking date untuk appoinment???
> katanya bulan doblas baru dapat date.
> macam shah kat, bukan nak tegakkan benang yang basah..
> pikir la balik..
>
> [EMAIL PROTECTED] wrote:
> that wrong answer.....
>
> siapa yg salah....dan patut dipersalahkan
> bukan nak menegakkan benang basah...
> tapi nak menegakkan keadilan....
>
> kenyataan dibawah ini patut di tujukan pada pihak yg sepatutnya:
>
> "memang dah nasib atau sumpahan kita orang Malaysia, semua yang
> datang
> dari lura negara itu sangat baik, tidakada cat cela. kereta, kain,
> barang permainan, pinggan, selipar, kayu pembaris, doktor, pakar
> pengurursan, peguam, konsultan, just name it. hatta mee, kalau bukan
> mee jawa, sure tak sedap, nasi ayam, kalau bukan singapore chicken
> rice, tak berapa sedap"
>
> kalau kerajaan sendiri dah mengiktiraf rakyat malaysia ni golongan
> kelas ketiga (hampir2 paria) apa nak buat....
>
> utk rakyat sendiri...kereta buat asal boleh...tin milo lagi kuat...
> yg di eksport...lain pulak..harga murah....rugi pun tak pe...
> kalau kain....utk rakyat malaysia...kain kapan lagi baik....
> kalau selipar....utk rakyat malaysia..selipar jepun RM2 lagi baik....
>
> cakap tak serupa bikin....suruh rakyat pakai buatan Malaysia...
> dia shoping...dlm rumah satu barang buatan malaysia pun takde...
> yg ada...itali....london....new york....ntah apa2 lagi....
>
> so nak salah kan sapa.....
>
> arios
>
>
> ----- Original Message -----
> From: <"Abd Mutalib Ibrahim"@od22.sharp.co.jp>
> To: <[email protected]>
> Sent: Wednesday, November 09, 2005 5:13 PM
> Subject: Bismillah [hidayahnet] Re: Something about
> Proton...fromproton
> staff I guess....
>
>
> > Bangsa yang tak akan maju tu ialah bangsa yang suka merendahkan
> kaum
> > sendiri. Tidak payah ada orang lain dari bangsa lain yang
> merendahkan
> > mereka. Cukup bangsa sendiri untuk merendahkan kaum mereka sendiri.
> > Banyak juga saya tengok orang Melayu nak jadi orang putih ni.
> Sebabnya
> > mereka nak jadi orang putih ialah sebab mereka memnadang rendah
> pada
> > bangsa sendiri. Cakap macam orang putih. Pakaian dan hiburan macam
> orang
> > putih. Cara makan macam orang putih. Pendek kata segala-galanya nak
> jadi
> > macam orang putih.
> > Pandai betul orang Inggeris dulu-dulu menyematkan perasaan rendah
> diri
> > dalam datok nenek kita dulu. Sampai sekarang anak cucu orang Melayu
> > masih terhegeh-hegeh nak jadi macam orang putih.
> >
> >
> > >>> "tokpayne" 31/10/2005 18:59:40 >>>
> > memang dah nasib atau sumpahan kita orang Malaysia, semua yang
> datang
> > dari lura negara itu sangat baik, tidakada cat cela. kereta, kain,
> > barang permainan, pinggan, selipar, kayu pembaris, doktor, pakar
> > pengurursan, peguam, konsultan, just name it. hatta mee, kalau
> bukan
> > mee jawa, sure tak sedap, nasi ayam, kalau bukan singapore chicken
> > rice, tak berapa sedap.
> >
> > nasib proton ni pulak, bukan setakat economic reasons tapi saya
> > percaya lebih dari itu, ada agenda yang tersembunyi oleh
> pihak-pihak
> > tertentu yang sejak dulu tak suka, benci, cemburu, proton
> dilahirkan.
> > pihak dalam negara, pihak luar negara, sama saja. bukan kita tak
> > pernah tau bukan main banyak cubaan utk sabotage kereta proton.
> sampai
> > sekarang, berapa bijik proton dapat masuk indonesia, singapore,dan
> > lain-lain negara? ya la, depa meman bagi alasan, tapi itu lah dia:
> > "alasan". Hakikatnya ialah takbulih masuk.
> >
> > Yang kita ni pulak, terikut-ikut dengan dakyah orang lain. tanpa
> kita
> > sedari, kita termakan apa yang depa senmua kata. proton tak bagus,
> > proton itu proton ini. kerajaan kita pun akhirnya termakan jugak
> > dengan taktik halus ini.
> >
> > tapi jom kita tengok, yang jadi CEO proton tu orang bangsa apa
> > (melayu/malaysia), yang ramai kerja di proton tu orang apa
> > (melayu/malaysia), yang ramai jadi technician, engineer, manager
> > dsbnya orang apa (melayu/malaysia). tu sebabnya secara halus, orang
> > lain guna tektik untuk nak padamkan proton dari mukabumi ni. asakan
> > demi asakan, dari "pakar" luar hingga ke "pakar" dalam, orang biasa
> > hingga ke menteri, dari petani hingga ke ahli parlimen, sindir dan
> > kutuk proton.
> >
> > bab patriotik: memanglah, melayu, cina, india, iban, dusun dll
> rakyat
> > malaysia ni, tak pernah ada sikap patriotik. penjajah dari portugis
> > hingga british dah berjaya sangat padamkan semangat patriotik kita
> > dalam apa hal pun.
> >
> > buka kita rakyat biasa ni sahaja ynag macam tu, menetri pun tak nak
> > tunjuk semangat patriotik ni. kereta resmi proton perdana, tapi
> berapa
> > kerap depa pakai perdana? pakai mercedes jugak. menteri yang
> approve
> > AP pun pakai toyota harrier. yang herannya, pasai apa kerajaan
> > persekutuan dan kerjaan negeri tak buat official policy, kereta
> resmi
> > oleh PM, TPM, menteri, timbalan menteri, s/u parlimen, s/u politik,
> MB
> > exco, KSN, KSU dan sapa-sapa lagi yang entitled to offcial car,
> MUST
> > pakai ONLY perdana.Tengok PM India, pakai kereta Ambassador buatan
> > India jugak. walaupun kereta tu semua orang gelak kat shape dia.
> tu
> > patriotik namanya. Bila ada mesyuarat resmi antarabangsa, pakai
> > perdana. ni tidak, bila ada IC, pakai mercedes pakai bmw.
> >
> > ahh, malas la nak cakap bayak bulan2 posa ni. cakapun tak guna
> jugak.
> > kita orang melayu terutamanya, memang dah macam tu. yan pandai,
> fitnah
> > orang, adu-domba, surat layang, iri hati, hasad dengki. solat tak
> > tinggai, tapi hati berkarat dengan perangai buruk. tak tau mana
> > silapnya kita ni...
> >
>
>
> DISCLAIMER:
>
> This e-mail (including any attachments) may contain confidential
information. If you are not the intended recipient, you are hereby
notified that any review, distribution, printing, copying or use of
this e-mail is strictly prohibited. If you have received this e-mail
in error, please notify the sender or Bursa Malaysia immediately and
delete the original message. Opinions, conclusions and other
information in this e-mail that do not relate to the official business
of Bursa Malaysia and/or its group of companies ("Bursa Malaysia
Group") shall be understood as neither given nor endorsed by Bursa
Malaysia Group and Bursa Malaysia Group accepts no responsibility for
the same. All liability arising from or in connection with computer
viruses and/or corrupted e-mails is excluded to the fullest extent
permitted by law.
>
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved
otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the
title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/