Pengkalan Pasir: Berita bernama putar belit
Wednesday, November 16 @ 14:31:53 MYT


Oleh AMIRULREZA
Assalamualaikum w.b.t.
SESUNGGUHNYA jiwa dan minda pemimpin Umno, tidak kiralah daripada peringkat Umno Kelantan ataupun daripada peringkat Umno Pusat sungguh 'berkecamuk' sekali mutakhir ini.

Mungkin kerana begitu 'ketagihan' kuasa untuk memerintah Kelantan maka seantero pemimpin Umno memainkan modal 'tulo'(sama) bermula dari mulut Annuar Musa sehinggalah ke mulut Najib dan Pak Lah. Semuanya memberikan kenyataan sama iaitu bubar...bubar dan bubar.
Alasan yang dipakai pula adalah: "Dari segi moralnya...dari segi moralnya...," tetapi mereka tak sedar pula bahawa mereka dengan tanpa bermoralnya menaikkan harga minyak, tanpa bermoralnya memberikan AP(Approved Permit) kepada kroni masing-masing, tanpa bermoralnya menyeleweng wang yang sepatutnya diagihkan kepada rakyat (Wang PPRT) yang dilakukan oleh Annuar Musa sendiri, tanpa bermoralnya menabalkan raja Kelantan di Ketereh oleh Annuar Musa sendiri dan bermacam-macam lagi kesalahan moral yang dilakukan oleh pemimpin Umno daripada pelbagai peringkat dan bahagian di Malaysia ini.
Jadi dengan bermoralnya, Umno perlulah memberikan pilihan kepada rakyat untuk 'mengajar' kerajaan Umno Malaysia yang tidak bermoralnya mengetepikan maruah dan kuasa rakyat untuk bersuara dalam segala isu.
Sudahlah suara demokrasi di seluruh IPTA di Malaysia telah di'paksa' untuk tunduk kepada Umno kini makcik, pakcik di kampung pun pihak Umno turut mahu mereka itu berada di bawah kekuasaan Umno.
Apa yang IPT dapat? Yang dapat adalah senarai IPT pilihan pada peringkat dunia kebanyakan IPT menurun dari segi rankingnya. Mengapa terjadi begini? Ini sudah lain dan tidak bukan adalah kerana tiadanya kuasa pengimbang di dalam pentadbiran persekutuan.
Faktor apakah yang menyebabkan Umno Kelantan terutamanya yang begitu 'kemaruk' untuk menekan kerajaan Kelantan dibubarkan? Adakah faktor kekacauan dalam politik Umno Kelantan yang melibatkan pencarian pengaruh dalam Umno Kelantan menyebabkan Annuar Musa mahupun Mustapha Mohamad cuba mengalih perhatian rakyat terutamanya para pengundi Pengkalan Pasir kepada isu untuk mendesak Kerajaan Kelantan dibubarkan?
Malah jika sesiapa yang membaca laporan dari media arus perdana (Bernama), mereka ada memberi paparan bahawa Kelantan Sedia Untuk Bubarkan DUN Kelantan sedangkan hakikatnya Husam mendakwa cadangan oleh Najib itu adalah tidak wajar dan kurang biadap.
Malah ujar Husam: "Jangankan nak dapat keputusan pilihan raya, penamaan calon pun belum lagi, jadi tak perlulah nak bangkitkan perkara ni, nampak sangat tamak kuasa dan nak kerusi."
Malah dalam laporan berita di NT7 turut memaparkan berita mengenai kenyataan Husam Musa bahawa Kelantan Tidak Akan Bubarkan DUN (jika kalah). Tetapi kenapa surat khabar yang kononnya demokratik, telus, dan benar itu membuat laporan berlainan dari apa yang dihasratkan oleh Husam!
Jelas Umno Kelantan termasuklah Umno Pusat sudah kehabisan modal untuk memburuk-burukkan kerajaan PAS Kelantan. Sekarang terserahlah kepada pengundi Pengkalan Pasir menilai yang mana benar dan yang mana yang batil!
Kalau Nak Menurut Biar Berakal, Kalau Mengikut Biar Pintar. Sekian. - lanh


Yahoo! Messenger NEW - crystal clear PC to PC calling worldwide with voicemail

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke