Assalamualaikum,

Minta tolong beritahu Surau di Bangsar yg dikatakan , dari surau mana?


Terima Kasih
 ----------
From: [EMAIL PROTECTED]
To: [email protected]
Subject: Bismillah [hidayahnet] AWAS QUR'AN PALSU
Date: Friday, November 18, 2005 9:37AM

<<File Attachment: ENVELOPE.TXT>> <<File Attachment: FILE0001.HTM>>
 *Sumber dariepada Harian Metro 9 November 2005*


 BANGI: Seorang pengamal perubatan secara Islam terkejut mendapati sebuah
kitab al-Quran yang diserahkan seorang pelajar kepadanya mempunyai pelbagai
kesilapan termasuk beberapa ayat ditokok tambah sewenang-wenang sehingga
hilang maksud sebenarnya.

Kulit luar kitab itu yang sekali imbas tertulis al-Quran dalam bahasa Arab
sebenarnya diubah kepada al-Furan apabila huruf Qaf ditukar kepada Fa. Ayat
suci dari beberapa surah turut ditukar dan diganti sewenang-wenangnya
seperti huruf Ya diletakkan pada ayat tidak sepatutnya.


Antaranya tambahan huruf 'Ya' dilihat pada ayat pertama surah at-Takaatsur
yang sepatutnya berbunyi 'Alhakumuttakasur' sebalik bertukar kepada
'Alyakumuttakasur'.

Al-Quran bercelaru itu turut mencantumkan dua ayat seperti ayat pertama dan
kedua disambung menjadi satu pada surah al-Baqarah.

Kesilapan jelas dilihat pada surah al-Fatihah apabila perkataan
'al-Mustaqim' pada ayat kelima bertukar kepada 'al-Mustafin'.

Mohd Salleh Kassim, 71, berkata dia menerima kitab itu daripada seorang
pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) kira-kira seminggu lalu.

"Pelajar itu memaklumkan dia menemui kitab itu di sebuah surau di Bangsar
selepas solat Asar. Dia yang berhasrat untuk membaca al-Quran terperanjat
apabila mendapati terlalu banyak kesilapan pada huruf, ayat serta terdapat
tambahan huruf pada ayat tertentu sebelum menyerahkan kepada saya," katanya
yang ditemui di kediamannya di Bandar Baru Bangi, di sini, semalam.

Menurutnya, kitab itu tidak mempunyai sebarang cop Kementerian Keselamatan
Dalam Negeri (KKDN) dan dipercayai dibawa dari luar negara.

"Hampir keseluruhan kitab ini mempunyai kesilapan seperti contoh huruf Nun
tidak mempunyai titik di atas selain tambahan tanda seperti sabdu pada ayat
tidak sepatutnya."

"Tindakan ini bukan saja mengelirukan pembaca dan menghilangkan maksud
sesuatu ayat malah seolah-olah menghina kitab suci al-Quran," katanya.

Menurutnya, hasil maklumat daripada beberapa rakan, dia turut mendapati
kitab sama ditemui di Klang dan Banting.

"Jika tindakan ini disengajakan, maka ia menghina al-Quran dan Islam.
Tindakan tegas perlu diambil kepada pihak yang tidak bertanggungjawab kerana
perkara ini tidak boleh dipandang ringan," katanya.

Mohd Salleh berkata, dia akan menyerahkan kitab itu kepada pihak Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menjalankan siasatan.

"Saya harap tindakan segera dapat diambil, jika ajaran sesat dapat
dihapuskan, masalah ini juga wajar dibanteras," katanya.

*
*


 --
"Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku kerana Allah Tuhan
Seluruh Alam"

PakNgah70
http://pakngah70.blogspot.com/






------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke