Sejak dilantik menjadi MB N.Sembilan, Dato’ Seri
Mohamad Hassan mulanya melantik seorang yang
berkaliber Ir Jamlus Ketua Pemuda UMNO NS dan ADUN
Gemencheh untuk menjawat EXCO yang menjaga urusan
bekalan air. Selepas berlaku krisis air, dalam
rombakan EXCO terbaru MB menggantikan Ir Jamlus dengan
YB Dato Rais Zainudin ADUN Chembong pula menjadi EXCO
menjaga urusan air. Semasa YB Rais baru dilantik EXCO
tersebut berlaku kebakaran rumah di Sg Gadut dimana
jentera tidak dapat memadam kebakaran kerana bekalan
air dicatu dikawasan tersebut dan YB Rais menyalahkan
bomba kerana tidak tahu jadual dimana ada catuan air
dan bila.

Sekarang ini pula Datuk Ishak Ismail ADUN Lenggeng
mengatakan dia boleh menyelesaikan isu air N.Sembilan
dalam masa 6 bulan jika beliau dilantik sebagai EXCO.

Apakah Datuk Ishak mencabar kewibawaan MB N.Sembilan ?
Cuma nak tanya yang EXCO-EXCO duk berbalah ni, rumah
depa ada catuan air atau tidak ? Dapat merasa atau
tidak betapa peritnya mereka yang mempunyai anak ramai
, orang tua menadah air ?

Berita Harian 17 Nov - Adun jamin atasi krisis air
dalam enam bulan 

Oleh Hussain Said

SEREMBAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lenggeng,
Datuk Ishak Ismail memberi jaminan mampu mengatasi
krisis air di daerah ini dalam tempoh enam bulan jika
diberi tanggungjawab sebagai Pengerusi Jawatankuasa
Tenaga, Air dan Komunikasi negeri.

Beliau berkata, krisis air yang berlaku bukan
disebabkan kemarau tetapi tindakan segelintir
juruteknik Jabatan Bekalan Air Negeri Sembilan (JBANS)
yang sengaja membocorkan paip dengan meningkatkan
tekanan.

Katanya, apabila berlaku masalah kebocoran paip,
mereka didakwa mendapat komisyen daripada kontraktor
yang mendapat tender bagi membaiki kebocoran itu.

"Beri saya enam bulan untuk memegang tanggungjawab
sebagai pengerusi air. Saya beri jaminan krisis air
yang dihadapi penduduk daerah ini sejak Jun lalu akan
diatasi.

"Kerajaan negeri juga tidak perlu membayar elaun
kepada saya atas perkhidmatan itu," katanya dalam
ucapannya di majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri
anjuran Umno Bahagian Seremban di Dewan Majlis
Perbandaran Seremban (MPS) di sini, baru-baru ini.

Januari lalu, Ishak mencuri tumpuan apabila mendakwa
mempunyai bukti kukuh kejadian paip pecah yang sering
berlaku didalangi dua juruteknik JBANS Seremban dan
seorang jurutera di ibu pejabat jabatan berkenaan
dengan kekerapan paip pecah ketika musim cuti
perayaan.

Ishak juga membuat laporan di Balai Polis Seremban
terhadap seorang juruteknik di pejabat sama yang
didakwanya menonton cakera padat video (VCD) lucah
menggunakan kemudahan komputer di pejabat agensi itu.

Ishak yang juga Ketua Umno Bahagian Seremban berkata,
beliau kecewa kerana pendedahan itu tidak diberi
perhatian walaupun kerajaan negeri menubuhkan pasukan
Lembaga Penyiasat Bebas.

"Saya hairan apabila saksi yang dipanggil bagi memberi
keterangan mengenai kes itu pula ditukarkan sedangkan
mereka yang terbabit masih kekal," katanya.


Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com
 
Untuk menyertai forum PAS N.Sembilan sila klik sini 
http://groups.yahoo.com/group/pasn9 

Untuk maklumat lanjut sila hubungi : 
Lajnah Penerangan dan Dakwah 
Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan 
Tingkat 2, Bangunan Tabung Haji, Ampangan, Seremban 
Tal : 013-3426346
e-mel : [EMAIL PROTECTED] 

“MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”





                
__________________________________ 
Yahoo! FareChase: Search multiple travel sites in one click.
http://farechase.yahoo.com




------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke