WALlahu'alam
 

Amaran pengganas serang negara ASEAN


LELAKI bertopeng, yang dipercayai oleh pihak berkuasa Indonesia sebagai Nordin Mat Top membuat pengakuan untuk melancarkan serangan di sasaran yang ada kepentingan dengan Barat. Pengakuannya disiarkan oleh Metrotvnews semalam. - AFP.

JAKARTA 17 Nov. Ñ Ketua Polis Indonesia, Sutanto hari ini menggesa negara-negara Asia Tenggara berjaga-jaga terhadap kemungkinan serangan berani mati selepas serangan-serangan yang dilancarkan di negara itu baru-baru ini.
 
Sutanto yang bercakap pada majlis pembukaan pertemuan ketua-ketua polis ASEAN berkata, kumpulan-kumpulan militan sentiasa menukar strategi bagi mengelak mereka daripada ditangkap.
 
Beliau menyatakan demikian selepas penyiaran sebuah video yang dirampas oleh polis Indonesia pada minggu lalu yang menunjukkan seorang lelaki bertopeng memberi amaran serangan-serangan lanjut akan dilancarkan ke atas Barat terutamanya Australia.
 
``Kebanyakan serangan bom ini dilancarkan oleh penyerang berani mati dan ia juga mungkin berlaku di negara-negara anggota ASEAN ekoran kita gagal mencari jalan menghalangnya,'' katanya.
 
Beliau berkata, pihaknya mendapat maklumat pengganas berkenaan sentiasa meningkatkan kecanggihan mereka dan kerjasama dengan pelbagai kumpulan bagi mengelak dikesan oleh pihak berkuasa.
 
Dalam pada itu, lelaki bertopeng berkenaan, yang dipercayai oleh pihak berkuasa Indonesia sebagai Nordin Mat Top memberi amaran lebih banyak serangan akan dilancarkan ke atas negara-negara Barat terutamanya Australia.
 
Naib Presiden Indonesia, Yusoff Kalla yang dipetik oleh akhbar Kompas berkata, beliau yakin anggota militan bertopeng itu merupakan Nordin, operatif kanan Jemaah Islamiyah (JI) dan pengganas paling dikehendaki.
 
Nordin kini menjadi sasaran buruan pihak berkuasa Indonesia.
 
``Kami ulangi bahawa Amerika, Australia, England dan Itali adalah musuh,'' kata anggota militan terbabit yang bertopeng hitam dan acap kali mengangkat jari kanannya.
 
``Kami memberi peringatan, khususnya Australia dan kamu, Downer dan Howard membunuh Australia, membawa kepada kegelapan dan kemelaratan dan keganasan,'' kata lelaki tersebut dengan merujuk kepada Perdana Menteri Australia, John Howard dan Menteri Luar, Alexander Downer.
 
``Ketahuilah selagi kamu (semua) terus menjajah bumi Iraq serta Afghanistan dan selagi menakut-nakutkan umat Islam kamu akan merasai ketakutan dan keganasan,'' katanya.
 
Militan itu juga memberi amaran kepada pihak yang menyokong tindak-tanduk Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush dan Perdana Menteri Britain, Tony Blair. Reuters
 

Pengebom Bali dakwa `berada di syurga'

JAKARTA 17 Nov. - ``Sekarang saya sudah berada di jannah (syurga). Insya-Allah,'' kata seorang lelaki yang dikenal pasti oleh polis Indonesia sebagai seorang daripada tiga orang yang terlibat melakukan pengeboman di Bali pada 1 Oktober lalu yang membunuh 23 orang termasuk mereka bertiga.
 
Ucapan dalam satu video yang turut merakamkan pengakuan oleh tiga lagi lelaki yang dikaitkan dengan pengeboman berani mati itu, ditontoni bersama oleh Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla dan beberapa ulama dari Jawa Timur di kediamannya di sini malam tadi.
 
Pengakuan itu dikatakan dirakam beberapa hari menjelang kejadian di Kuta dan Jimbaran, dua pusat tumpuan pelancong di pulau peranginan terkemuka itu, demikian menurut laman web berita Metrotvnews hari ini.
 
Seorang pengebom berani mati, yang rupanya dikatakan mirip kepala lelaki yang tertanggal dalam aksi bom bunuh diri di Cafe Nyoman, Jimbaran dirakam berkata demikian selain membacakan beberapa petikan ayat dalam al-Quran untuk membenarkan tindakannya.
 
Seorang lagi berkata: ``Dalam al-Quran disebutkan seseorang yang mati syahid itu berada dalam perut burung hijau yang terbang ke jannah.
 
``Jangan sekali-kali menyangka yang terbunuh di jalan Allah itu mati, padahal mereka hidup,'' katanya.
 
Dalam rakaman itu dia juga ditampilkan bercakap dalam bahasa Arab.
Lelaki berwajah mirip kepala pengebom berani mati di Raja's Bar & Restaurant di Kuta dalam rakaman itu pula mengucapkan salam perpisahan kepada ibunya dengan menyebut: ``Terima kasih kepada ibu. Ibu, aku teringat akan semua nasihat yang sangat berharga bagiku. Lebih berharga dari semua kemewahan dunia ini,'' katanya.
 
Dia meneruskan ucapan dalam bahasa Arab.
 
Seorang lagi yang dipercayai oleh polis Indonesia sebagai rakyat Malaysia, Nordin Mat Top kerana bercakap dalam loghat Melayu dalam video yang sama.
Menurut akhbar Jawa Pos pula, pelbagai alasan disebutkan oleh ketiga-tiga pengebom berani mati itu untuk menjelaskan kenapa mereka bertindak demikian, termasuklah demi melakukan jihad melawan Amerika Syarikat, Australia, Britain dan Itali.
 
VCD selama 15 minit itu dijumpai oleh polis di sebuah rumah yang dipercayai tempat persembunyian Nordin di Semarang, Jawa Tengah baru-baru ini.
 
Selepas menonton rakaman video itu, beberapa ulama berkata, pengebom berani mati berkenaan keliru dan ajakan mereka untuk berjihad juga salah tempat kerana di Indonesia majoriti rakyatnya beragama Isam.
 
Polis Indonesia dikatakan akan menyebarkan salinan pita video itu khususnya kepada para ulama untuk membantu menjelaskan kepada masyarakat konsep jihad yang sebenar dan kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan oleh pengebom berani mati itu. - Bernama


Panduan untuk bakal pengantin & sudah berkahwin.. cara utk mengawal kewangan, meningkatkan dana kewangan utk berkahwin & sesudah berkahwin, berbelanja secara berhemah.. insha ALlah

layari laman web>> http://www.maskahwin.com/index.php?ref=delete
untuk keterangan lanjut


New and Improved Yahoo! Mail - 1GB of free storage!

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke