Projek e-village gagal, kerajaan diseret ke mahkamah
Thursday, November 17 @ 12:21:24 MYT


Oleh SALMIYAH HARUN
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Hrkh) - Setiausaha Parlimen Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Dato' Mohd Ruddin Abdul Ghani gagal menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh Dato' Kamaruddin Jaffar (PAS-Tumpat) berhubung tindakan sebuah syarikat yang dikenali sebagai Astrio yang menyaman kerajaan.

Menurut Kamaruddin dalam sesi soal jawab semalam, syarikat berkenaan juga menyaman Menteri Kewangan, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan CEO Multimedia Development Corporation (MDC) dan Naib Presidennya kerana gagal menjalankan kontrak perjanjian MDC dengan Astrio untuk menjadikan e-village satu projek yang berjaya sebaliknya mengalami kegagalan.
Berhubung dengan masalah ini, Kamaruddin terus bangkit sebaik sahaja Mohd Ruddin menjawab soalan asal, meminta beliau menjelaskan kedudukan dan pendirian kementerian sebenar memandangkan masalah itu sudah dibawa ke peringkat mahkamah.
Bagaimanapun, Mohd Ruddin berkata, beliau akan mengemukakan jawapan bertulis kepada pertanyaan Kamaruddin kerana beliau tidak mempunyai jawapan yang tepat.
Sebaliknya Mohd Ruddin merasakan beliau tidak perlu menjawab isu e-village itu memandangkan perkara tersebut sudah dimaklumkan sebelum ini.


Yahoo! Model Search - Could you be the next catwalk superstar? Check out the competition now

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke