Bukan Islam tambah yakin dengan Kerajaan PAS Kelantan![]()
Thursday, November 17 @ 15:10:38 MYT
PASIR MAS, 17 Nov (Hrkh) Masyarakat bukan Islam yang terdiri daripada kaum Cina, India serta berketurunan Siam bertambah yakin dengan corak pemerintahan kerajaan PAS Kelantan yang disifatkan adil dan saksama.
Mereka mula yakin dengan pemerintahan PAS sejak tahun 1990 apabila Angkatan Perpaduan Ummah pada waktu itu berjaya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) Kelantan.

Penghulu masyarakat Tionghua, Hin Hock Bing berkata, kerajaan PAS negeri diyakini oleh masyarakat bukan Islam kerana corak pemerintahan yang adil serta saksama.
Katanya, orang Tionghua di negeri ini turut mendapat tempat kerana dilantik menjadi penghulu mukim, penghulu tanpa mukim dan ahli majlis
daerah.
Kita yakin dengan corak pemerintahan kerajaan PAS Kelantan di bawah kepimpinan Dato Nik Aziz yang adil dan saksama kepada semua kaum, Tionghua, India dan keturunan Siam.
Kami pun dilantik jadi penghulu mukim, penghulu tanpa mukim dan ahli-ahli majlis daerah kerajaan tempatan sebagai wakil masyarakat bukan Islam dalam kerajaan negeri, ujarnya ketika ditemui di Bilik Gerakan Penyokong PAS Kaum Tionghua di Jalan Pasar Lama, di sini malam tadi.
Sehubungan itu, katanya apabila berlaku pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, sebahagian besar masyarakat bukan Islam di negeri ini akan menyokong serta mengundi PAS.
Rakannya, Loo Hui Song, 56, berkata corak pemerintahan kerajaan PAS Kelantan memberi faedah kepada semua kaum kerana keamanan, keadilan dan senang cari makan.
Dato Nik Aziz perintah negeri ini bagus, comel, adil dan aman. Kita semua senang cari makan. Kita ikhlas sokong PAS, ujarnya.
Menurutnya, masyarakat bukan Islam
bebas mengamalkan tradisi kebudayaan masing-masing selaras dengan corak serta dasar kerajaan PAS Kelantan.
Kami bebas amal budaya kami mengikut corak dan dasar kerajaan Kelantan kerana sudah biasa bercampur, bergaul dengan orang-orang Melayu, ujarnya.
To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
Bagi ahli Majlis Daerah Tanah Merah, Siri Sena a/l A George, 47, masyarakat India juga yakin dengan cara pemerintahan kerajaan PAS sepanjang tempoh 15 tahun di bawah Menteri Besar, Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Saya dan beberapa orang rakan setiap malam datang ke Pengkalan Pasir ini untuk bantu dan sokong PAS. Kita yakin dengan cara PAS perintah Kelantan sepanjang masa 15 tahun lalu, ujarnya. KAM/ayu
To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.