Salam.......
Marilah kita sama-sama berdoa agar PEMIMPIN2 KITA (
TAK KIRA LAA BULAN PURNAMA KE, DACING KE, KEPALA
KERBAU KE, BULAN SABIT BERLAGA KE) dan seluruh rakyat
amnya, mencontohi akhlaq Rasuul Allah. Semoga kita
semua sentiasa dalam keredhaanNya, semoga negara kita
sentiasa dalam piliharaanNya....amiin!
Wassalam.
--- [EMAIL PROTECTED] wrote:
> >
> >Adalah Rasulullah SAW merupakan seorang yang banyak
> merendahkan diri dan
> >berdoa ke hadhirat Allah SWT agar menganugerahkan
> baginda dengan kebaikan
> >adab dan kemuliaan budi pekerti/akhlak. Antara doa
> baginda yang bermaksud :-
> >
> >Ya Allah Ya Tuhanku, perbaikkanlah kejadianku dan
> akhlakku
> >
> >Maka Allah SWT menganugerahkan baginda Al Qur
> anulKariem yang mengandungi
> >pengajaran mengenai adab dan kesopanan. Aisyah r.a.
> pernah menyamakan
> >akhlak Rasulullah SAW dengan Al-Qur an (Riwayat
> Muslim Saad Hisham)
> >
> >Mafhum Firman Allah SWT:-
> >
> >Dan Engkau (Wahai Muhammad) sesungguhnya mempunyai
> akhlak yang tinggi
> >(Surah Al-Qalam : 4)
> >
> >Rasulullah SAW adalah manusia yang :-
> > * paling penyabar, paling berani, paling adil
> dan paling menjaga diri.
> > * Tiada sekali-kali tangan baginda menyetuh
> tangan wanita yang tidak
> > dimilikinya selaku sahaya atau ikatan perkahwinan
> atau wanita itu muhrimnya.
> > * Mengasihi umat dan menyayangi ahli bait dan
> sahabatnya.
> > * Adalah baginda manusia yang pemurah hati,
> suka bersedekah apa yang
> > ada pada dirinya, makanannya hanyalah tamar dan
> syair. Selebihnya adalah
> > untuk jalan fiisabilillah
> > * Menampal sandalnya, kainnya dan mengurus
> kepentingan keluarganya.
> > * Sangat pemalu tidak tetap pandangannya pada
> muka seseorang
> > * Suka memperkenankan undangan sahaya dan orang
> merdeka
> > * Menerima hadiah walaupun seteguk air/sepaha
> arnab dan membalas
> > hadiah berkenaan.
> > * Tidak memakan harta sedekah
> > * Tidak sombong
> > * Memarahi dan melaksanakan kewajipannya atas
> dasar kebenaran
> > * Tidak pernah meminta pertolongan orang musrik
> > * Suka berpuasa mengikat batu pada perutnya
> apabila lapar jika makan
> > tidak pernah kenyang
> > * Paling beradab dalam makan Antaranya - makan
> tanpa bersandar dan
> > tanpa meja saputangannya adalah kedua telapak
> kakinya.
> > * Lebih mengutamakan orang lain daripada diri
> baginda sendiri.
> > * Tawaddhak dan Tenang
> > * Tidak terganggu dengan urusan dunia
> > * Menyukai jubah bulu/syamlah
> > * Bercincin perak di jari manis kanan dan kiri
> > * Mengunjungi orang sakit
> > * Berkenderaan kaldai dan unta
> > * Menyukai bau-bauan
> > * Duduk dan makan bersama orang-orang miskin
> > * Berbuat baik dengan kaum bangsawan
> > * Memuliakan orang-orang berakhlak
> > * Bergurau/tersenyum dan tidak mengatakan
> kecuali yang benar.
> > * Tidak takut kepada raja kerana kerajaannya
> > * Ummi dan hafiz/paling fasih/merdu bacaan
> Al-Qur an/Lughah Arab
> > * Tidak pernah mencaci, memaki hamun, mengutuk,
> memfitnah, mengumpat,
> > menganiaya, hasad dengki, tamak haloba dll.
> > * Tidak memukul kecuali di atas jalan Allah
> SWT, Tidak berdendam,
> > Tidak memutuskan silaturrahim
> > * Paling kuat ibadatnya, paling berilmu/arif,
> paling banyak taubat dan
> > syukurnya dll.
> > * Memuliakan tetamu dan jiran tetangga
> > * Berkinayah/berdiam diri dengan tampak tanda
> tidak menggemari perkara
> > yang tidak disukainya (makruh contohnya)
> > * Pembela wanita
> > * Suka menasihati
> > * Dan banyak lagi.
> >Maksud Sabda Rasulullah SAW :-
> > * Demi Allah yang nyawaku dalam kekuatanNya!
> Tiada masuk syurga
> > kecuali orang yang berakhlak mulia/baik"
> > * Bahawa Allah mengelilingkan Agama Islam
> dengan akhlak/budi pekerti
> > yang mulia dan amal perbuatan yang baik
> >Mafhum Firman Allah SWT :
> > * Sesungguhnya Allah memerintahkan supaya
> dijalankan keadilan dan
> > berbuat kebaikan (Surah An-Nahl :90)
> > * Maka dengan rahmat Allah, engkau (Muhammad)
> berlemah-lembut dengan
> > mereka dan sekiranya engkau berkasar dan
> bengis/pemarah, tentulah mereka
> > akan melarikan diri dari kelilng mu
> >Maksud Sabda Rasulullah SAW:-
> >
> >Aku mewasiatkan engkau supaya bertaqwa kepada
> Allah, bercakap benar,
> >menepati janji, menunaikan amanah, meninggalkan
> perbuatan khianat, menjaga
> >jiran tetangga, mengasihani anak yatim, lemah
> lembut perkataan, memberi
> >salam, bagu amal perbuatan, pendek angan-angan,
> harus kuat keimanan,
> >memahami Al-Qur an, mencintai akhirat, merasa gusar
> mengenai hisab amalan
> >dan merendahkan diri. Dan aku melarang engkau,
> memaki hakim atau
> >mendustakan orang yang benar atau mentaati orang
> yang berdosa atau
> >mendurhakai imam yang adil atau merosakkan muka
> bumi. Dan aku mewasiatkan
> >engkau agar bertaqwa kepada Allah pada setiap batu,
> kayu dan tanah. Dan
> >engkau datangkan taubat bagi setiap dosa. Taubat
> rahsia dengan rahsia dan
> >yang terang dengan terang.
> >
> >Ali r.a. berkata :
> >
> >Alangkah hairannya orang muslim! Datang kepadanya
> saudaranya muslim yang
> >memerlukan. Lalu ia melihat dirinya tidak berhak
> membuat kebajikan kepada
> >saudaranya itu. Sekiranya ia tidak mengharapkan
> pahala dan tidak takut
> >kepada siksaan, sesungguhnya, sepatutlah ia
> bersegera kepada akhlak yang
> >mulia kerana akhlak yang mulia itu adalah di antara
> penunjuk kepada jalan
> >bebas/pelepasan (dari dosa umpamanya)
> >
> >Antara doa baginda yang masyhur (mengenai
> peradaban/akhlak mulia) :-
> >
> >Ya Allah Ya Tuhanku, Perlihatkanlah kepadaku
> kebenaran itu kebenaran, lalu
> >aku mengikutinya. Perlihatkanlah kepadaku
> kemungkaran dan anugerahilah aku
> >menjauhkan diri daripadanya. Lindungilah aku
> daripada apa-apa yang
> >meragukan lalu aku mengikuti hawa nafsuku, tanpa
> petunjuk dari Engkau.
> >Jadikanlah hawa nafsuku patuh mentaatiMu. Ambillah
> kerelaan diri Engkau
> >dari diriku kepada keafiatan. Dan tunjukkanlah aku
> kebenaran yang aku
> >perselisihkan padanya, dengan keizinan Engkau.
> Sesungguhnya Engkau
> >menunjukkan (jalan) siapa yang Engkau kehendaki
> atas jalan yang lurus
>
__________________________________
Yahoo! Mail - PC Magazine Editors' Choice 2005
http://mail.yahoo.com
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved
otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the
title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/