Anggap PAS provokasi: Umno benar-benar terdesak
Saturday, November 19 @ 13:23:10 MYT


PASIR MAS, 19 Nov (Hrkh) – Ketua Penerangan PAS Kelantan menganggap Umno dan Barisan Nasional (BN) benar-benar terdesak bagi menghadapi pilihan raya kecil DUN Pengkalan Pasir apabila mendakwa PAS melakukan provokasi ketika berkempen.

Ustaz Nusuruddin Daud berkata, tidak ada unsur provokasi yang dilakukan dan mereka perlu membuktikan tanpa mengeluarkan kenyataan tidak berasas bagi mengelakkan orang ramai terkeliru.
“Kalau sekadar hendak dirujuk kepada kain sepanduk yang dipasang oleh masyarakat Cina ia adalah perkara biasa bagi menggambarkan sokongan padu mereka kepada kerajaan negeri dan PAS,” katanya di sini.
Malah menurutnya, kaedah seumpama itu sudah lama digunakan Umno melalui media massa ketika menghadapi pilihan raya umum lalu.
Lagi pun beliau berkata, PAS mempunyai garis panduan bagi setiap penceramah ketika berkempen antaranya, hati yang ikhlas kerana Allah untuk memenangkan perjuangan Islam.
Dimulakan dengan pujian kepada Allah, Solawat dan petikan ayat al-Quran/ Hadis RasululLaah S.A.W, menggunakan dalil, fakta dan bukti yang betul, bahasa yang menarik, mengelakkan bahasa kasar dan kotor.
Selain itu, mengelakkan kata-kata yang menyentuh mana-mana peribadi, dan menggunakan kaedah 'Defensif - Ofensif' iaitu bertahan sambil menyerang.
Semalam Timbalan Presiden Umno, Dato’ Seri Najib Razak memberitahu Umno tidak sama sekali melatah atau bertindak balas terhadap tindakan PAS yang melancarkan kempen bercorak provokasi.
Sebelum ini jentera kempen PAS di kalangan masyarakat Cina memasang sepanduk di bandar Pasir Mas yang bertulis ‘Oghe Cina sokong PAS, lagu mano demo oghe Melayu?’.
- mJ
Printer Friendly Page  Send this Story to a Friend


How much free photo storage do you get? Store your holiday snaps for FREE with Yahoo! Photos. Get Yahoo! Photos

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke