Selepas 48 tahun merdeka Melayu masih ketinggalan - Ku Li
Saturday, November 19 @ 18:03:21 MYT


KUALA LUMPUR, 19 Nov (Hrkh) - Biarpun Malaysia sudah mencapai kemerdekaan selama 48 tahun, masih banyak lagi perkara yang perlu dilakukan bagi menjamin kecemerlangan dan kestabilan bangsa Melayu di negara ini, tegas Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li).

Ku Li berkata bangsa Melayu masih ketinggalan dari pelbagai aspek seperti pendidikan dan ekonomi, dan selaras dengan itu, satu kongres kepentingan bangsa akan diadakan pada 16 dan 17 Dis akan datang.
Beliau yang diminta memimpin kongres berkenaan berkata, melihat kepada kepentingan negara masa kini berhubung bangsa Melayu, maka kertas kerja yang akan dibentangkan merangkumi bidang pendidikan, ekonomi, budaya, politik dan kepimpinan.
"Kita berharap, kongres ini akan dapat mengumpulkan pelbagai bahan dan pandangan berhubung kepentingan Melayu agar sama-sama dapat meningkatkan serta memantapkan lagi kecemerlangan bangsa Melayu," kata beliau dalam sidang media di kediamannya, tengahari tadi.
Kongres yang akan diadakan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Jalan Semarak itu diusahakan oleh beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang sama-sama komited dalam usaha memantapkan bangsa Melayu, yang digerakkan oleh Gabungan Persatuan Mahasiswa Semenanjung (GPMS).
Antara NGO yang turut sama menjayakan kongres berkenaan ialah Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Harmonis, Persatuan IPTS Bumiputera, dan beberapa NGO lain.
Katanya, jawatankuasa pelaksanaan kongres berkenaan akan menjemput beberapa orang wakil akademik dan profesional dari dalam dan luar universiti, serta ahli fikir yang boleh menyumbang ke arah kecemerlangan bangsa Melayu di masa akan datang.
Menurut Ku Li, usaha ke arah pemantapan bangsa Melayu tidak akan berakhir dengan kongres ini sahaja, tetapi akan diteruskan hingga ke akar umbi bagi mendekati dan memberi penerangan kepada masyarakat.
"NGO ini akan terus turun padang dalam usaha memartabatkan bangsa Melayu agar tidak terus ketinggalan dalam pelbagai aspek kehidupan," tegas beliau lagi.
Dalam pada itu, beliau turut menjemput Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail untuk merasmikan kongres berkenaan, manakala Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk majlis penutupan kongres berkenaan.
Tambah beliau, semua pihak yang berbangsa Melayu dijemput hadir untuk menyertai kongres berkenaan dengan bayaran RM20 seorang. - AN/mns.


Win a Yahoo! Vespa NEW - Yahoo! Cars has 3 Vespa LX125s to be won Enter Now!

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke