Assalamualaikum warahmatullah...

Saya benar2 tertarik dengan ulasan Saudara Roslan kali ini. Hm... Teringat
kepada cerita saya sendiri. Pada 1994, saya mengisi borang untuk memasuki
UTM. Tak silap saya ia memerlukan tandatangan 2 orang sebagai penjamin atau
pengesahan. Saya sudah lupa. Maka saya pun pergi ke pejabat ADUN Tg. Puteri
untuk berjumpa dengan Mohd. Kasbi.

Saya difahamakan YB sedang berada dibutiknya (Patutkah? Pejabatnya
bagaimana?). Tetapi, memandangkan setiausahanya (atau mungkin kerani)
adalah kenalan saya, maka tidak menjadi masalah. Tandangan pun hanya
gunakan rubber stamp. Kemudian, Kak Nor (kenalan saya tadi ) bertanya "Dah
abis sekolah ke? Camni dah boleh masuk UMNO la..."

Saya hanya tersenyum. Saya ketika itu memang berminat untuk menyertai UMNO
tetapi hanya selepas tamat balajar. Memandangkan saya hanya tersenyum, maka
Kak Nor pun cakap pada ayah saya "Kalau masuk UMNO, nanti biasiswa senang
lulus..." Mendengar sahaja begitu, segera saya isi borang UMNO. Yuran, dia
selesaikan. Kemudian dia cakap, "Lepas abis belajar, ikut akak. Nanti kita
sama2 naik..."

Namun... Haprak! Permohonan pinjaman saya ditolak (kalau dah pinjaman, kena
bayar, kenapa nak kata orang belajar guna duit kerajaan pula ya?) hanya
semata2 kerana ayah saya orang Singapura. Sedangkan saya, ibu saya, 5 orang
abang2 dan kakak2 saya, semua orang Malaysia. Hm... Lantak la. Tanpa
pinjaman pun, saya mampu juga tamat belajar. Cuma kesian ayah dan ibu
tersepit....

Sehinggalah sekarang ni, bila jumpa Kak Nor, ayah dan ibu saya sering
bertanya dan tertawakan dia bila mendengarkan alasannya. Hehehe... Dasar
orang UMNO. Nak pengaruh memang pandai buat janji palsu. Dia lupa kat
akhirat nanti ada gunting dari neraka yang akan menggunting lidah2 penipu
ni. Agaknya entah berapa ramai lagi orang kena tipu macam saya... Pada
1999, saya secara rasmi keluar UMNO setelah menghalau Ketua UMNO yang
datang minta seringgit setelah memandai2 tolong bayarkan yuran tahunan
untuk saya. Hehehe...

Kesimpulannya, begitulah. Orang sokong UMNO bukan sebab nak perjuangkan
bangsa. Sebab terpaksa. Ataupun sebab2 lain yang berkaitan dengan
kepentingan diri. Bukan agama dan bangsa yang menjadi prioriti. Contohnya
saya sendiri dulu. Dan saya tidak bersendiri...

Satu lagi contoh, pada pilihanraya 1999, saya memang teguh dengan bendera
Pas dan PKR (ketika itu keADILan). Hinggakan saya dipulaukan dan abang saya
dihalau dari rumah imam (penyokong kuat UMNO) ketika menjemput imam
tersebut datang kenduri (abang saya ni wajahnya mirip benar dengan saya).
Saya hanya berkempen kecil2an. Faham2 sajalah orang Johor... Johor
Bahru....

Saya ada panggil sorang teman saya yang sibuk benar dengan bendera dacing
berat sebelahnya. Saya ingin berbicara tentang politik, saya katakan
kepadanya. Lalu saya tanyakan, apa yang buat dia menyokong BN. Pantas dia
menggesekkan ibu jari dengan jari telunjuknya. Hm... Duit la tu. "Lain2 aku
taknak tau." Katanya sambil berlalu. Malam tu (pukul 1 am) saya dengar
mereka berarak dalam lori sambil menyanyi2 dengan kuat. Hm... Stim ganja la
tu... Agaknya ganja pun ditanggung kot? Hehehe... Wallahu'alam. Just
joking...

Dah la tu... Fikir2kan tentang apa yang berlaku di sekeliling anda pula.
Pilihlah jalan yang benar. Jalan yang diredhoi Allah. Hidup di dunia
sementara. Apa guna kemajuan kalau kita terus2an dipijak? Apa guna kalau
banyak peluang pekerjaan kalau kerja yang ada tu gajinya nak bagi anak
makan pun tak mampu? Hm... Semua ada akal, fikirkanlah... Nak kata orang
tua2... 'SENDRI MAU INGAT LA KAWAN'...

Terima Kasih buat Saudara Roslan dan Syed Dahij. Semoga Allah memberkati
usaha anda dan kita semua. Wassalam...

- Abu Naqibah -
(Esok balik, insyaAllah. Yey! Yey!)



                                                                                
                                                        
                      syed dahij                                                
                                                        
                      <[EMAIL PROTECTED]>           To:      [EMAIL PROTECTED], 
[EMAIL PROTECTED],                   
                      Sent by:                         [EMAIL PROTECTED], 
[EMAIL PROTECTED],                 
                      [EMAIL PROTECTED]            [EMAIL PROTECTED], [EMAIL 
PROTECTED],                
                      ups.com                          [EMAIL PROTECTED], 
[email protected],                         
                                                       
[email protected], [EMAIL PROTECTED],                               
                                                       [EMAIL PROTECTED], 
[EMAIL PROTECTED],                      
                                                       [EMAIL PROTECTED], 
[EMAIL PROTECTED],      
                      11/21/2005 10:43 PM              [EMAIL PROTECTED], 
[EMAIL PROTECTED],          
                      Please respond to                [EMAIL PROTECTED], 
[EMAIL PROTECTED],                       
                      harakahdaily                     [EMAIL PROTECTED], 
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],    
                                                       [EMAIL PROTECTED], 
[EMAIL PROTECTED],                    
                                                       [EMAIL PROTECTED]        
                                              
                                                     cc:                        
                                                        
                                                     Subject: [harakahdaily] 
Price tag dalam perjuangan                                 
                                                                                
                                                        





Roslan SMS <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
 Berjuang dalam Umno memang kerana ada tanda harga

 ROSLAN SMS

 Tanyalah orang kebanyakkan yang kita temui yang menyokong atau menjadi
 ahli Umno, kenapa sokong Umno? Tidak keterlaluan kalau saya katakan pasti
 kebanyakkan jawapannya adalah: Cari makan.

 Mungkin adalah sekerat dua yang akan menjawab kerana mahu berjuang untuk
 agama, bangsa dan negara.



 Inilah realitinya hari ini.

 Cari peluang perniagaan,! masuk Umno. Cari duit dan kekayaan, masuk Umno.
 Cari kontrak dan mahu tender, masuk Umno. Hatta nak pastikan anak dapat
 biasiswa, nak mudah pinjam pinggan-mangkuk KEMAS untuk kenduri-kendara,
 hendak bantuan PPRT, hendak baja subsidi, hendak peluang dapat rumah kos
 murah, hendak peluang melancong percuma, semuanya maka kena masuk Umno!

 Kerana itulah jumlah yang masuk Umno untuk memperjuangkan dengan ikhlas
 dan jujur nasib agama, bangsa dan negara semakin hari semakin kecil.
 Ataupun barangkali sudah sampai keperingkat hampir pupus, macam badak
 sumbu Sumatera dan harimau Malaya.

 Oleh itu saya tidak hairan apabila MB Negeri Sembilan yang juga Pengerusi
 Badan Perhubungan Umno negeri terpaksa merayu supaya ahli Umno tidak
 meletakkan tanda harga (price tag)dalam perjuangan mereka. UTUSAN
 melaporkan:

 Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan
 meminta ahli UMNO supaya tidak meletakkan tanda harga bag! i setiap
 perjuangan dalam parti.

 Kata Mohammad lagi:

 Kalau kita letak tanda harga pada perjuangan maknanya kita berada dalam
 landasan yang salah. Tugas UMNO ialah memastikan orang Melayu bersedia
 menghadapi situasi untuk menjadi negara maju kelak

 Masalahnya ahli Umno telah diajar oleh pimpinannya sedemikian rupa sejak
 zaman berzaman. Buat kerja minta upah, hadir mesyuarat minta upah (jika
 tidak mesyuarat tak cukup korum), jadi perwakilan minta upah dan akhirnya
 mengundi pemimpin si anu dan si anu juga minta upah.

 Kerana itu kita tidak hairan dalam kes pilihanraya kecil Pengkalan Pasir,
 Kelantan contohnya, ahli-ahli Umno akan berderu-deru turun ke sana dari
 segenap pelusuk negara untuk membantu jentera BN Kelantan kerana
 masing-masing telah digula-gulakan dengan upah dan habuan.

 Kerana itu ada seorang sahabat membuat jenaka, katanya kiranya ditakdirkan
 Allah swt lebatlah hujan sema! sa hari mengundi nanti pada 6 Disember,
 kemungkinan besar PAS akan menang. Saya tanya, kenapa?

 Kata beliau kerana jentera PAS bertugas ikhlas, mereka terlatih dan diikat
 dengan disiplin agama, jangankan hujan air, hujan batu pun mereka pasti
 akan meredahnya tanpa banyak soal bicara. Manakala jentera Umno, kata
 sahabat tadi, samada yang tua, puteri, pemuda, putera ataupun wanita,
 turun sahaja hujan, soalan pertama yang akan dimuntahkan dari mulut
 masing-masing adalah: Berapa upah untuk meredah hujan ini?

 Oleh itu pesanan kepada jentera Umno, eloklah sediakan tanda harga untuk
 bertugas dalam hujan, kerana ramalan keadaan cuaca menjangkakan 6 Disember
 kawasan Pasir Mas akan hujan lebat. [EMAIL PROTECTED]

 SILA KE BLOG ROSLAN SMS
 http://n32.blogspot.com/
 !
 Yahoo! FareChase - Search multiple travel sites in one click.



How much free photo storage do you get? Store your holiday snaps for FREE
with Yahoo! Photos. Get Yahoo! Photos

Subscribe: [EMAIL PROTECTED]
Unsubscribe: [EMAIL PROTECTED]
Digest message: [EMAIL PROTECTED]
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from
the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure
that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or
criminal.


                            YAHOO! GROUPS LINKS



       Visit your group "harakahdaily" on the web.

       To unsubscribe from this group, send an email to:
       [EMAIL PROTECTED]

       Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.








------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke