| CAIRO, 20 November 2005 - Lebih kurang 300 penyokong dan aktivis Ikhwanal Muslimoon telah ditangkap beberapa hari sebelum pusing kedua pilihanraya parlimen Mesir yang akan diadakan Ahad ini. "Sehingga ini lebih kurang 300 penyokong Ikhwanal Muslimoon
telah ditangkap di enam dari sembilan governorat," kata pemimpin Ikhwanal Muslimoon, Issam El-Aryan. "Kami mendesak agar pengundian ini diteruskan dan penangkapan ini membuktikan campurtangan parti pemerintah dalam pilihanraya ini." Lebih kurang seramai 100 penyokong Ikhwanal Muslimoon yang telah memeranjatkan parti pemerintah, National Democratic Party (NDP) dalam pusingan kedua telah ditangkap awal hari Ahad di governorat, lebih kurang 100 kilometer ke selatan Kaherah, sumber keselamatan memberitahu Agence France-Presse (AFP). Pada hari Sabtu, 19 November, seramai 80 penyokong calon Ikhwanal Muslimoon yang sedang berkempen di Bandar resort Luxor, Selatan Nile juga telah dikepung. Pada hari
Jumaat, empat penyokong mereka telah juga ditangkap semasa mereka sedang menyebarkan risalah di Alexandria, satu kawasan yang dikatakan kubu kuat Ikhwanal Muslimoon. Para pemerhati dan anggota Ikhwan telah memberi amaran bahawa pihak kerajaan akan bertindak berikutan kejayaan besar Ikhwan dalam pengundian pusingan pertama dulu, dimana mereka berjaya memenangi 34 kerusi, iaitu dua kali ganda berbanding pilihanraya tahun 2000 yang lalu. Pusingan kedua dari tiga pusingan akan bermula jam 8:00 pagi (0600 GMT) di sembilan governorat. Parti NDP telah berjaya
memenangi 112 kerusi dari 164 yang dipertandingkan dalam pusingan pertama yang lalu, Ikhwanal Muslimoon telah memenangi 34 kerusi. Pusingan pertama, yang berpusat di Kaherah telah berakhir pada hari Rabu yang lalu, 16 November, walaupun banyak tuduhan penyelewengan dilaporkan. Pusingan kedua akan menyaksikan seramai 1,800 calon bertanding bagi merebut 144 kerusi. Dijangkakan dalam dua pusingan seterusnya, Ikhwan akan memenangi 100 kerusi parlimen. Parti yang sah
memerlukan lima persen daripada jumlah kerusi parlimen -- atau 25 kerusi -- untuk membolehkan mereka bertanding dalam pilihanraya presiden. Tetapi menurut perlembagaan yang baru digubal yang dikatakan oleh Ikhwan ianya digubal untuk menghalang mereka daripada bertanding jawatan presiden, bahawa mereka yang bertanding di atas tiket bebas memerlukan sokongan sekurang-kurangnya 65 anggota. Mustafa Kamel al-Sayed, seorang professor sains politik di Universiti Amerika di Kaherah, mengandaikan bahawa regim Mesir tidak akan dapat menerima kemenangan besar Ikhwan di parlimen. Dalam satu demonstrasi untuk menunjuk kekuatan, Ikhwan telah menganjurkan satu demonstrasi di mana lebih daripada 20,000 wanita di jalanraya di Alexandria malam Jumaat lalu. |