|
Suruhan tutup aurat untuk kebaikan lelaki,
wanita
Oleh Dr Harlina Halizah SirajPenyelesaiannya adalah interaksi lelaki dan wanita mestilah kembali
kepada penghayatan yang didasarkan kepada asas Islam yang
sahih.
Asas itu
adalah:
# Hubungan
habbunminnas antara lelaki perempuan adalah diasaskan atas dasar ukhuwah dan
persaudaraan, penuh rasa hormat dan saling bantu membantu ke arah iman dan
takwa.
#
Tanggungjawab moral terpikul sama beratnya di atas bahu lelaki dan wanita dalam
masyarakat. Dalilnya surah an Nur, ayat 30 dan 31. Lebih penekanan harus
diberikan kepada pemahaman dan penghayatan ayat 30 sekarang ini (untuk lelaki
beriman) bagi mengimbangi penekanan yang selama ini yang hanya memberikan
tumpuan kepada wanita semata-mata.
Lelaki
bertanggungjawab sepenuhnya mengekang nafsu syahwatnya melalui banyak cara yang
diajarkan oleh Rasulullah SAW.
# Kejelasan
mengenai perkara asas seperti apa itu kecantikan dan aurat, terutama di kalangan
wanita Islam hari ini.
Aurat meliputi
anggota badan manusia yang berkaitan dengan reproduksi.
Kecantikan
pula terbahagi kepada dua iaitu haiwaniah dan insaniah. Kecantikan haiwaniah
tertumpu kepada anggota reproduksi. Kalau melihat haiwan seperti kambing dan
lembu yang tidak perlu menutup aurat, genitalia yang terdedah perlu untuk
menarik perhatian pasangan kepadanya. Seterusnya berlaku kopulasi atau
persetubuhan yang akan menghasilkan zuriat keturunan.
Ia adalah
proses asas survival dalam kerajaan binatang. Siapa yang paling cantik dan
menarik akan mempunyai peluang untuk membiak. Dengan itu, kita boleh memahami
mengapa babun mempunyai punggung merah, kenapa burung merak jantan mempunyai
bulu yang sungguh memukau dan berwarna warni?
Namun bagi
manusia, kita mesti menilai kecantikan dari sudut insaniah dan nilai Ilahi.
Kecantikan insaniah hanya dianugerah kepada manusia yang tinggi dan mulia
tarafnya.
Dengan adanya
konsep aurat yang diperkenalkan seawal penciptaan manusia pert ama, Nabi Adam,
manusia menutup anggota reproduksi lantaran nasab keturunan manusia amat perlu
dijaga dan diurus sebaik mungkin.
Perasaan malu
secara fitrah diwujudkan dalam jiwa manusia normal, apabila auratnya
terdedah.
Kecantikan
haiwaniah diganti dengan nilai kecantikan insaniah yang dicirikan dengan
kesopanan (modesty). Bilakah pula kita boleh tonjolkan kecantikan haiwaniah
kita? Masa bersama dengan pasangan yang sah dalam lingkungan dinding kamar tidur
bagi memastikan adanya penerusan zuriat manusia.
Jadi jika ada
wanita atau lelaki yang keluar ke khalayak umum mendedahkan kecantikan
haiwaniahnya, jangan terkejut jika kopulasi atau persetubuhan haram akhirnya
berlaku (sama ada dengan rela atau tidak). Ketika itu perlakuan manusia
berkenaan tidak ubah seperti seekor haiwan.
# Wanita
Islam perlu membetulkan niatnya atau nawaitunya. Dia TIDAK mengenakan pakaian
menutup aurat kerana semata-mata mahu menjaga kepentingan iman lelaki.
Tanggungjawab menjaga dan meningkatkan iman adalah urusan setiap
INDIVIDU.
Begitu
juga kaum lelaki, lazimnya mereka
tidak mengenakan pakaiannya yang menutup aurat kerana niat semata-mata
perlu menjaga iman kaum wanita. Maka wanita Islam juga tidak melilit
tudungnya dengan memasang niat di dalam hati: "Saya perlu berbuat begini
agar lelaki di luar sana tidak akan terliur melihat tubuh badan saya dan gugur
iman dan serbannya."
Kita, wanita
menutup aurat dan sanggup melakukan apa saja untuk mematuhi perintah Allah yang
mengandungi terlalu banyak hikmah dan kebaikannya. Kita buat ini semua ini bukan
kerana orang lelaki.
Kita menutup
aurat sebab iman dan takwa. Kita tidak merokok sebab iman dan takwa. Kita tidak
simpan perempuan sebab iman dan takwa. Kita tidak minum arak dan tidak makan
babi, semuanya itu kita buat sebab kita beriman kepada Allah dan
Rasul-Nya.
Kadangkala
apabila kita menggunakan alasan saintifik untuk menyokong alasan kita, maka
orang yang berfikiran liberal akan sedaya upaya berusaha menumbangkan `teori'
kita.
Contohnya,
mengaitkan aurat dengan rogol. Apabila kita kata menutup aurat akan mengurangkan
jenayah rogol. Saya pasti banyak dokumen berasaskan penyelidikan dan kajian kes
dilonggokkan untuk melemahkan kita dan memalukan Islam.
Sekiranya
dengan wanita menutup aurat, peluang dan tarikan syaitan kurang menyerlah di
hati lelaki untuk mencabuli kehormatan wanita berkenaan, tentu sekali itu
adalah bukti kepada hikmah yang ditetapkan oleh Allah yang bertanggungjawab
memelihara hamba-Nya. Dalam masa yang sama, usaha meningkatkan iman dan
kegerunan terhadap azab serta kemurkaan Allah mestilah ditingkatkan dalam diri
setiap insan. Barulah masyarakat akan terjamin dari sebarang perlanggaran hak
dan sebarang bentuk jenayah akan dapat dibendung.
(Article
ini diterbitkan di Berita Harian di ruang Wadah Wanita
Islam) -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". YAHOO! GROUPS LINKS
|
