Salam....
Diorang ni sebenarnya dah tahu benda2 macam gini bang.
Tapi disebabkan IMAN yang tak " "hadhir dalam diri",
maka KEBESARAN ALLAH itu ditolak. Kalo tak ditolak,
tak dapat laa diorang nak buat apa yang diorang buat
sekarang. Kita tengok kat Malaysia ni, macam2 hal yang
mungkar berleluasa dgn jayanya. Muka depan suratkhabar
pun kekadang tu tak boleh lari dari gambar PEREMPUAN
MELAYU YANG BERAGAMA ISLAM, tapi dok bergambar
dekat-dekat nak bogel!, kalo diikutkan hukum Tuhan,
tak dapat mereka nak menikmati benda2 yang cam gini.
Dan macam2 lagi kemungkaran, macam2 lagi
kesundalan....dianjur, disokong, ditaja dan disanjung
dgn setinggi-tingginya, seolah2 itu semua tidak
menjadi satu DOSA.
Dalam Al-Quran semua dah cakap, complete dah....tapi
tak nak juga diorang ni ikut.... Tak takut Tuhan ker?
Atau tak jumpa ayat mana yang suruh kita follow, yang
suruh kita rujuk.
Kalo ada orang kata .... "itu semua pekerjaan
orang-yang KAFIR!!!...." Pandai pulak diorang ni
melenting!
"KAFIR"....perkataan yang diambil dari bahasa Arab,
dah diguna pakai sebagai perkataan melayu sebagaimana
lain2 perkataan seperti syukur( syukran), Ilahi, Rabb
dll. Tetapi sejauh mana pengertiannya difahami oleh
kita semua??? Orang2 yang KAFIR ni bukan kerana
mereka bukan Islam (non-muslim), tetapi, ADALAH ORANG2
YANG TAHU HUKUM2 ISLAM, TETAPI MENOLAK DARI
MENGAMALKANNYA, demi untuk kepentingan diri mereka
sendiri.......KAFIR (KUFFAR) bermaksud MENOLAK, ENGKAR
(INGKAR), ENGGAN dan yang seumpama dengannya. So kalo
kita ini tergolong dari kalangan orang2 yang MENOLAK,
TAKLEH TERIMA, atau ENGGAN untuk mengambil / mengikut
/ menurut / menerima pakai hukum2 yang telah
ditetapkan oleh ALLAHU RABB AL-'AALAMIIN dan dipandu
(guided) oleh RASULNYA....maka adakah kita termasuk
dalam golongan orang2 yang MENTAUHIDKANNYA? Setakat /
sampai ke mana jer SYAHADAT kita kalo kita masih
membesarkan yang lain selain dari yang berHAK
DIBESARKAN?
"Dan sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu
(wahai Muhammad) ayat-ayat keterangan yang jelas nyata
(Al-Quran) dan tidak ada yang akan mengingkarinya
melainkan orang-orang yang fasik. " AL-BAQARAH ayat
39.
WA BILLAAHI TAUFIQ WA AL-HIDAAYAH.
Wassalam.
--- [EMAIL PROTECTED] wrote:
> Sebab kelemahan manusia lah kita di suruh ikut HUKUM
> yg ALLAH
> dah suruh manusia ikut....cukup lengkap...
>
> kalau zina bujang sebat....bukan denda RM2000 siap
> boleh tawar2
> kalau zina dah kahwin sula...bukan denda RM2000 siap
> boleh tawar2 jugak
>
> masalah yg memerintah kena lah usaha kearah
> itu....nak ikut apa
> yg ALLAH suruh....
> PAS ke UMNO ke...sama2 ada kelemahan..tapi....
> usaha tu betul2 atau main2 aje...ikut sedap mulut @
> tembolok....
>
> kalau ikut pendapat anda ("Jadi semuanya berbalik
> kepada penghayatan Islam dalam diri seseorang...")
> sia-sia lah apa yg ALLAH buat HUKUM...atau anda tak
> yakin ALLAH itu MAHA MENGETAHUI...
>
> AL_QURAN dah lengkap....SUNNAH dah tunjuk
> jalan/cara...
> apa nak di tokok tambah ikut dgn UNDANG KAFIR tu....
>
> ahhh..penat lah bercakap org yg tak faham2 benda
> simple ni....
>
>
>
> ----- Original Message -----
> From: [EMAIL PROTECTED] ;
> [EMAIL PROTECTED]
> To: [email protected]
> Sent: Friday, November 18, 2005 10:09 AM
> Subject: Re: Bismillah [hidayahnet] Re: 12 tahun
> Umno tadbir Kelantan, Pasir Mas tidak berubah
>
>
> Assalamualaikum
>
> mungkin perlu consider faktor lain?
> 1. kelantan mengekang maksiat, jadi rakyat2
> kelantan nak buat maksiat kena cari negeri lain
> yang menyediakan medium untuk buat maksiat. (jadi
> apa ertinya kelantan berjaya mengekang maksiat,
> tetapi penghayatan Islam dalam jiwa rakyat kelantan
> tidak menyeluruh)
> 2. Mungkin terpaksa menjadi pelacur di negeri
> lain, sebab tiada peluang pekerjaan di kelantan,
> hatta tempat untuk melacur pun takde (alhamdulillah
> la takde, at least lebih ok dari negeri lain),
> tetapi bagaimana dengan peluang pekerjaan lain. Ada
> ke orang yang bercita-cita "oh, bila besar saya nak
> jadi pelacur?"......ini semua sebab desakan hidup
> dan tuntutan nafsu yang tinggi.
>
> Komen ini spesifik kepada topik kita iaitu rakyat
> kelantan paling ramai jd pelacur di singapore?????
>
> Sebenarnya nak jadi jahat atau tidak ni bertitik
> tolak pada diri masing-masing..saya dri kecik sampai
> besar duduk KL ni tak tepengaruh pun
> (Alhamdulillah)...Jadi semuanya berbalik kepada
> penghayatan Islam dalam diri seseorang...
>
> kadang-kadang saya tergelak sendiri, tau saudara
> penyokong PAS, tapi janganlah semua kesalahan tu
> seboleh-bolehnya nak dipusingkan kepada orang lain,
> seolah-olah pentadbiran PAS di kelantan tu perfect
> bebenor...tak ada kelemahan pentadbiran sedikit
> pun.....
>
> memang ler bagus berlandaskan Islam, cuma kekadang
> kelemahan manusia ni kekadang kena diakui, jangan
> ler terlalu ego sangat sampai sikit pun macam tiada
> kelemahan langsung.
>
> malas nak pro kan diri ni kaler apa dalam
> hidayahnet ni..pokok pangkal diri sendiri....kat
> ofis saya ni pun, ad asorang pompuan, dulu kawen
> dengan ustaz, pakai tudung labuh, cakap pun
> tunduk....bila bercerai, kawen ngan negro yg masuk
> Islam, ingat dia yg buleh bimbing orang tu, rupanya2
> dia pulak yg makin seksi...mata pun dah berwarna
> warni asik tukar kontek lense yg pelbagai
> kaler.....kalau macam ni nak salahkan siapa? diri
> sendiri tu kalau tak cukup pengisian yang
> bahaya.....
>
> Alhamdulillah la KB dah diumumkan bandar
> Islam..harap2nya lepas saya turun KB ni saya dah tak
> rasa takut lagi sbb dulu masa saya turun KB, kat
> stesen bas KB tu penuh dgn anak-anak muda berambut
> punk yang ke hulu dan hilir. semoga dgn pengumuman
> ini, pemandangan seperti itu tidak dapat lagi saya
> lihat...jika tidak tiada bezanya saya berjalan di KB
> atau di KLCC sebab pemandangan orang di sekitarnnya
> adalah hampir serupa.....dan dihrp bandar KB akan
> lebih bersih ke arah cara hidup sihat, dengan
> pembangunan yang lebih tersusun, semua rumah dan
> perkampungan dilengkapi dengan kemudahan asas yang
> baik(supaya sayatidak perlu lagi mandi berkemban di
> tepi sawah sebelum subuh kerana tidak mahu dilihat
> orang kerana rumah tiada bilik air!!!!--apa nak
> buat, rumah dibina atas biaya send iri, nak buat
> bilik air pun kena tunggu budget) dan juga peluang
> pekerjaan yang lebih cerah, supaya rakan-rakan
> kelantan saya tak perlu lagi beramai-ramai memohon
> KPLI sbb tiada kerja bila balik ke kampung halaman.
>
> Dan saya rasa lebih selesa beribadah dalam suasana
> yang selesa, lebih khusyuk. Itu saya, orang lain
> saya tidak tahu.
>
> Ok,sekadar bertukar pendapat.......itu sahaja.
>
> Salam Aidilfitri...................
>
> [EMAIL PROTECTED] wrote:
> Assalamualaikum warahmatullah...
>
> Betul jugak ape yang suria katakan... Cuma...
> Orang jahat ni ikut negeri
> asal atau ape? Contoh la... Selalu kat JB, orang
> kutuk mat2 Kelantan ni
> macam2 (dulu la... Skang dah banyak ok). Kata
> dorang, mat2 dan minah2
> Kelantan ni, kat tempat dia takleh buat, kat
> tempat oran g lelebih pulak.
>
> So saya tanya la... Siapa yang bersalah? Johor
> atau mat & minah kelantan
> tu? Bagi saya, bila Johor dah sediakan tempat
> maksiat, bila orang luar
> datang dan buat maksiat, dah terang salah
> penyedia maksiat tu! Kalau dalam
> kes pelacuran di singapore plak... Kes pelacuran
> ni lain sket. Ada kala
> banyak kes terpedaya & paksa rela. Ha... yang
> kes ni tak salah. DUITNYA PUN
> HALAL. TAK CAYA TANYA MASHITAH.
>
> Tapi itu menunjukkan betapa kerajaan negeri
> Kelantan berjaya mengekang
> perbuatan maksiat dalam negeri. Hinggakan orang
> yang buat maksiat pergi ke
> tampat lain. Jadi, apa cara kita kurangkan angka
> dalam statistik tu pulak?
> Nak bukak pusat2 pelacuran di kelantan? Supaya
> senang nanti minah2 kelantan
> ni gi singapore dan bila dapat 'offer' jadi
> pelacur dia boleh cakap "Ele...
> Setakat jadik pelacur... Kat kampung kawe pun
> banyak kerja ni..." Nak
> gitu???
>
> Di sinilah peranan kerajaan negeri lain. Di
> Kelantan terdapat kekangan yang
> kuat terhadap acara2 maksiat. Tapi, jika negeri
> lain terus2an menggalakkan,
> idea untuk melahirkan masyarakat lebih
> berkualiti tak menjadi. Jangan la
> nak sebut orang Kelantan mudah terpengaruh.
> Orang JB pun, yang kononnya
> salah satu bandar besar kat Malaysia ni pun,
> hancur lebur gak sampai KL...
>
> Teringat kawan saya, anak seorang peneroka felda
> di Kota Tinggi. Sama2
> belajar di KL dulu. Dia ni memang kampungan &
> naif gila. Sampai KL, bila
> nampak 'so called kemajuan', dia berubah gila.
> Duit loan enjoy abis2an...
> Jadik keki betina. Bawak betina balik & last2
> kitorang kena halau dari
> rumah sewassebab dia kantol dengan tuan rumah.
> The bloody f bukan orang
> Kelantan. Orang Kota Tinggi, Johor!
>
> Kenapa tak nilaikan perkara ni... Kelantan
> adalah salah sebuah negeri yang
> kadar jenayahnya terendah di Malaysia. Itu baru
> menunjukkan kecekapan
> kerajaan negeri. Orang Kelantan hidup dengan
> kebimbagan yang minimum
> terhadap jenayah. B ukan macam KL dan JB. Pagi
> pegi keje ok. Balik keje
> tengok rumah dah licin...
>
> Kita cuma cuba praktikkan Islam dengan sebenar2
> Islam. Tapi kitalah yang
> dipandang sebagai penjahat dan tak pandai takbir
> kerajaan. Sedang orang
> yang memijak2 hukum Islam, menggalakkan maksiat,
> merosakkan jiwa & minda
> masyarakat, menanam fahaman Islam itu kolot,
> manambahkan bilangan jenayah
> dalam negeri, pecah amanah, salah guna kuasa dan
> berbagai2 lagi sering
> dipandang sebagai orang yang baik dan pandai
> mantadbir.
=== message truncated ===
__________________________________
Yahoo! Mail - PC Magazine Editors' Choice 2005
http://mail.yahoo.com
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Get fast access to your favorite Yahoo! Groups. Make Yahoo! your home page
http://us.click.yahoo.com/dpRU5A/wUILAA/yQLSAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved
otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the
title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/