Assalammualaikum...
Suka disini saya
berikan peringatan dari ayat2 yang Allah turunkan.
| 90:18 Mereka
(orang-orang yang beriman dan saling berpesan itu) adalah golongan
kanan. |
|
90:19
Dan orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, mereka itu adalah
golongan kiri.
|
90:20 Mereka berada dalam neraka
yang ditutup rapat.
|
45. AL
JAATSIYAH
|
45:7
Kecelakaan yang besarlah bagi tiap-tiap orang
yang banyak berdusta lagi banyak berdosa,
|
45:8
dia mendengar ayat-ayat Allah dibacakan
kepadanya kemudian dia tetap menyombongkan
diri seakan-akan dia tidak mendengarnya. Maka
beri kabar gembiralah dia dengan azab yang
pedih.
|
45:9
Dan apabila dia mengetahui barang sedikit
tentang ayat-ayat Kami, maka ayat-ayat itu
dijadikan olok-olok. Merekalah yang memperoleh
azab yang menghinakan.
|
45:10
Di hadapan mereka neraka Jahanam dan
tidak akan berguna bagi mereka Sedikit pun apa
yang telah mereka kerjakan, dan tidak pula
berguna apa yang mereka jadikan sebagai
sembahan-sembahan (mereka) dari selain Allah.
Dan bagi mereka azab yang besar.
|
45:11
Ini (Al Qur'an) adalah petunjuk. Dan
orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Tuhannya
bagi mereka azab yaitu siksaan yang sangat
pedih. |
Semoga mendapat rahmat
dari-Nya... | | | | | | |
Assalamualaikum
warahmatullah...
Saya benar2 tertarik dengan ulasan Saudara Roslan kali
ini. Hm... Teringat
kepada cerita saya sendiri. Pada 1994, saya mengisi
borang untuk memasuki
UTM. Tak silap saya ia memerlukan tandatangan 2 orang
sebagai penjamin atau
pengesahan. Saya sudah lupa. Maka saya pun pergi ke
pejabat ADUN Tg. Puteri
untuk berjumpa dengan Mohd. Kasbi.
Saya
difahamakan YB sedang berada dibutiknya (Patutkah? Pejabatnya
bagaimana?).
Tetapi, memandangkan setiausahanya (atau mungkin kerani)
adalah kenalan
saya, maka tidak menjadi masalah. Tandangan pun hanya
gunakan rubber stamp.
Kemudian, Kak Nor (kenalan saya tadi ) bertanya "Dah
abis sekolah ke? Camni
dah boleh masuk UMNO la..."
Saya hanya tersenyum. Saya ketika itu
memang berminat untuk menyertai UMNO
tetapi hanya selepas tamat balajar.
Memandangkan saya hanya tersenyum, maka
Kak Nor pun cakap pada ayah saya
"Kalau masuk UMNO, nanti biasiswa senang
lulus..." Mendengar sahaja begitu,
segera saya isi borang UMNO. Yuran, dia
selesaikan. Kemudian dia cakap,
"Lepas abis belajar, ikut akak. Nanti kita
sama2 naik..."
Namun...
Haprak! Permohonan pinjaman saya ditolak (kalau dah pinjaman, kena
bayar,
kenapa nak kata orang belajar guna duit kerajaan pula ya?) hanya
semata2
kerana ayah saya orang Singapura. Sedangkan saya, ibu saya, 5 orang
abang2
dan kakak2 saya, semua orang Malaysia. Hm... Lantak la. Tanpa
pinjaman pun,
saya mampu juga tamat belajar. Cuma kesian ayah dan
ibu
tersepit....
Sehinggalah sekarang ni, bila jumpa Kak Nor, ayah
dan ibu saya sering
bertanya dan tertawakan dia bila mendengarkan
alasannya. Hehehe... Dasar
orang UMNO. Nak pengaruh memang pandai buat
janji palsu. Dia lupa kat
akhirat nanti ada gunting dari neraka yang akan
menggunting lidah2 penipu
ni. Agaknya entah berapa ramai lagi orang kena
tipu macam saya... Pada
1999, saya secara rasmi keluar UMNO setelah
menghalau Ketua UMNO yang
datang minta seringgit setelah memandai2 tolong
bayarkan yuran tahunan
untuk saya. Hehehe...
Kesimpulannya,
begitulah. Orang sokong UMNO bukan sebab nak perjuangkan
bangsa. Sebab
terpaksa. Ataupun sebab2 lain yang berkaitan dengan
kepentingan diri. Bukan
agama dan bangsa yang menjadi prioriti. Contohnya
saya sendiri dulu. Dan
saya tidak bersendiri...
Satu lagi contoh, pada pilihanraya 1999, saya
memang teguh dengan bendera
Pas dan PKR (ketika itu keADILan). Hinggakan
saya dipulaukan dan abang saya
dihalau dari rumah imam (penyokong kuat
UMNO) ketika menjemput imam
tersebut datang kenduri (abang saya ni wajahnya
mirip benar dengan saya).
Saya hanya berkempen kecil2an. Faham2 sajalah
orang Johor... Johor
Bahru....
Saya ada panggil sorang teman saya
yang sibuk benar dengan bendera dacing
berat sebelahnya. Saya ingin
berbicara tentang politik, saya katakan
kepadanya. Lalu saya tanyakan, apa
yang buat dia menyokong BN. Pantas dia
menggesekkan ibu jari dengan jari
telunjuknya. Hm... Duit la tu. "Lain2 aku
taknak tau." Katanya sambil
berlalu. Malam tu (pukul 1 am) saya dengar
mereka berarak dalam lori sambil
menyanyi2 dengan kuat. Hm... Stim ganja la
tu... Agaknya ganja pun
ditanggung kot? Hehehe... Wallahu'alam. Just
joking...
Dah la tu...
Fikir2kan tentang apa yang berlaku di sekeliling anda pula.
Pilihlah jalan
yang benar. Jalan yang diredhoi Allah. Hidup di dunia
sementara. Apa guna
kemajuan kalau kita terus2an dipijak? Apa guna kalau
banyak peluang
pekerjaan kalau kerja yang ada tu gajinya nak bagi anak
makan pun tak
mampu? Hm... Semua ada akal, fikirkanlah... Nak kata orang
tua2... 'SENDRI
MAU INGAT LA KAWAN'...
Terima Kasih buat Saudara Roslan dan Syed Dahij.
Semoga Allah memberkati
usaha anda dan kita semua. Wassalam...
- Abu
Naqibah -
(Esok balik, insyaAllah. Yey!
Yey!)
syed
dahij
<[EMAIL PROTECTED]>
To: [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED],
Sent
by:
[EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED]
[EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED],
ups.com
[EMAIL PROTECTED],
[email protected],
[email protected],
[EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED],
11/21/2005 10:43
PM
[EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED],
Please respond
to
[EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED],
harakahdaily
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED]
cc:
Subject: [harakahdaily] Price tag dalam
perjuangan
Roslan SMS <[EMAIL PROTECTED]>
wrote:
Berjuang dalam Umno memang kerana ada tanda harga
ROSLAN
SMS
Tanyalah orang kebanyakkan yang kita temui yang menyokong atau
menjadi
ahli Umno, kenapa sokong Umno? Tidak keterlaluan kalau saya katakan
pasti
kebanyakkan jawapannya adalah: Cari makan.
Mungkin adalah
sekerat dua yang akan menjawab kerana mahu berjuang untuk
agama, bangsa dan
negara.
Inilah realitinya hari ini.
Cari peluang
perniagaan,! masuk Umno. Cari duit dan kekayaan, masuk Umno.
Cari kontrak
dan mahu tender, masuk Umno. Hatta nak pastikan anak dapat
biasiswa, nak
mudah pinjam pinggan-mangkuk KEMAS untuk kenduri-kendara,
hendak bantuan
PPRT, hendak baja subsidi, hendak peluang dapat rumah kos
murah, hendak
peluang melancong percuma, semuanya maka kena masuk Umno!
Kerana itulah
jumlah yang masuk Umno untuk memperjuangkan dengan ikhlas
dan jujur nasib
agama, bangsa dan negara semakin hari semakin kecil.
Ataupun barangkali
sudah sampai keperingkat hampir pupus, macam badak
sumbu Sumatera dan
harimau Malaya.
Oleh itu saya tidak hairan apabila MB Negeri Sembilan
yang juga Pengerusi
Badan Perhubungan Umno negeri terpaksa merayu supaya
ahli Umno tidak
meletakkan tanda harga (price tag)dalam perjuangan mereka.
UTUSAN
melaporkan:
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan,
Datuk Seri Mohamad Hasan
meminta ahli UMNO supaya tidak meletakkan tanda
harga bag! i setiap
perjuangan dalam parti.
Kata Mohammad
lagi:
Kalau kita letak tanda harga pada perjuangan maknanya kita berada
dalam
landasan yang salah. Tugas UMNO ialah memastikan orang Melayu
bersedia
menghadapi situasi untuk menjadi negara maju
kelak
Masalahnya ahli Umno telah diajar oleh pimpinannya sedemikian
rupa sejak
zaman berzaman. Buat kerja minta upah, hadir mesyuarat minta
upah (jika
tidak mesyuarat tak cukup korum), jadi perwakilan minta upah dan
akhirnya
mengundi pemimpin si anu dan si anu juga minta upah.
Kerana
itu kita tidak hairan dalam kes pilihanraya kecil Pengkalan Pasir,
Kelantan
contohnya, ahli-ahli Umno akan berderu-deru turun ke sana dari
segenap
pelusuk negara untuk membantu jentera BN Kelantan kerana
masing-masing
telah digula-gulakan dengan upah dan habuan.
Kerana itu ada seorang
sahabat membuat jenaka, katanya kiranya ditakdirkan
Allah swt lebatlah
hujan sema! sa hari mengundi nanti pada 6 Disember,
kemungkinan besar PAS
akan menang. Saya tanya, kenapa?
Kata beliau kerana jentera PAS
bertugas ikhlas, mereka terlatih dan diikat
dengan disiplin agama,
jangankan hujan air, hujan batu pun mereka pasti
akan meredahnya tanpa
banyak soal bicara. Manakala jentera Umno, kata
sahabat tadi, samada yang
tua, puteri, pemuda, putera ataupun wanita,
turun sahaja hujan, soalan
pertama yang akan dimuntahkan dari mulut
masing-masing adalah: Berapa upah
untuk meredah hujan ini?
Oleh itu pesanan kepada jentera Umno, eloklah
sediakan tanda harga untuk
bertugas dalam hujan, kerana ramalan keadaan
cuaca menjangkakan 6 Disember
kawasan Pasir Mas akan hujan lebat.
[EMAIL PROTECTED]
SILA KE BLOG ROSLAN SMS
http://n32.blogspot.com/
!
Yahoo!
FareChase - Search multiple travel sites in one click.
How much
free photo storage do you get? Store your holiday snaps for FREE
with
Yahoo! Photos. Get Yahoo! Photos
Subscribe:
[EMAIL PROTECTED]
Unsubscribe:
[EMAIL PROTECTED]
Digest message:
[EMAIL PROTECTED]
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS
Homepage: http://www.parti-pas.org
HarakahDaily.com
disclaims any liability whatsoever or however arising from
the posting of
e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure
that the
contents of their e-mails do not attract any liability, civil
or
criminal.
YAHOO! GROUPS LINKS
Visit
your group "harakahdaily" on the
web.
To unsubscribe from this
group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of
Service.
IMPORTANT NOTICE:
This
e-mail constitutes a private, confidential and legally privileged correspondence
between the sender and the recipient(s) and is for information purposes only. It
is not intended to serve as a contractual commitment or confirmation of any
contractual transaction. Any comments, opinions or statements made herein do not
necessarily reflect those of UEM Builders.
This e-mail and attachment (if any) have been
scanned for viruses. We do not however guarantee that it is totally virus-free
and recommend that you conduct your own check. This message has been scanned by
Mail Marshal 6.0.3.8.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS